Tuesday, April 30, 2019

Penghujung April

Hai...assalammualaikum. selamat pagi semua. Sihat ke pagi ni. Minggu lepas ramai yang tak sihat. Saya pun terkena juga virus selsema. Mujur la tak lama.

Rupanya mak di kampung pun tak sihat. 2 hari cuti tak bekerja. Ala kerja kat kampubg je. Saya kan orang kampung. Mak jarang sangat sakit. Tapi bila dah sakit memang ambik masa. Tu nasib 2haru je. Khamis ngan Jumaat. Takde pergi klinik pun. Just adik belikan panadol soluble je. Tu pun tak makan tah tak. Biasa la orang tua-tua memng cenggitu.

Tapi ada juga dia pergi berurut. Memang dia ada mengadu sakit bahu. Asik angkat berat-berat je. Actually mak saya ni kerja di kantin sekolah. Kadang kalau ada event kat sekolah ada la cikgu-cikgu order nasi ayam ke. Selalu sangat angkat periuk kuali berat-berat.

Kami adik beradik dah lama suruh mak berhenti kerja. Ye la takde sapa dah nak ditanggung. Adik bobgsu pun dah bekerja. Tapi tu la....panjang tapinya😔

Sabtu lepas sempat la balik sekejap. Sebab pagi-pagi tu mak dah call bagitau ada buah kuini. Mak dah tolong kutipkan😊😊😊 bahagia je rasanya hahhahaha. Maka menjeles la adik badik yang lain. Ala kena nak upload gambar tak boleh plak ni.  Mana hilangnya gambar saya ni huhuhu

Baru nak menayang pic buah kuini yang mak kutipkan untuk anak kesayang dia ni hehehehe. Tu la lama sangat tinggalkan blog ni. Kan banyak yang dah lupa. Nampaknya kena belajar balik ni...


No comments: