Wednesday, September 18, 2019

ZF jr. (anak ke3)

Asslammualaikum...

Fuhhh...lama betul ambik masa nak mengarang ni. Mood tenggelam timbul. Hati meronta-ronta nak menaip. Tapi jiwa asik kacau je hehehehe...

Macam yang mummy mention sebelum ni, mummy akan abadikan segala kenangan dan pengalaman bersalinkan anak-anak mummy. Ni dah masuk anak ke3. Harus la tulis dalam ni jugak. senang nak trowback nanti.

Anak ke3 mummy ni mummy namakan dia Amaira Firzanah Binti Mohd Firdaus.


Amaira = kecantikkan abadi
Firzanah = pintar, bijak

Besarlah harapan mummy agar anak mummy ni nanti menjadi khalifah Allah yang penuh dengan kecantikkan paras rupa, budi bicara, perbuatannya serta akhlaknya. Juga bijak membezakan antara buruk dan baik. Menjadi penyejuk hati mummy dan ayah selamanya. Aamiin YRA





Tuesday, September 17, 2019

Mummy Anak 3

Tak sangka dah anak 3 hehehehe. Macam tak percaya je. Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan. Tak pernah terfikir pun na tambah anak lagi. Ni semua rezeki. memang tak plan pun.

Plannya nak mengandung 2019, nak dapat baby 2020 hehehehe...tapi perancangan Allah tu kan terbaik.

Moga dengan kehadiran insan baru dalam keluarga kami akan menambahkan lagi rezeki kami sekeluarga. Juga menambahkan lagi kebahagiaan kami hingga ke syurga.

Maka bertambah juga la tanggungjawab kami sebagai ibu bapa. Tanggungjawab yang cukup besar. Dengan pelbagai cabaran di era sekarang ni. Kadang-kadang takut nak hadapinya. Insya Allah kami cuba sebaik mungkin...


***hutang pengalaman bersalin sikecik tu. Bila tah nak buat huhuhu...


Wednesday, September 4, 2019

hai..hai..hai...

Selamat kembali hehehe

Alhamdulillah baby selamat keluar seminggu sebelum raya. Now baby dah 3 bulan. Bila tah nak cerita pasal pengalaman bersalin anak ketiga ni.

Asik la malas nak mengarang. Cuba la kumpul kekuatan tu sikit-sikit...moga bersemangat kembali la yer hehehehe