Tuesday, March 31, 2009

Happy Birthday K.zai

Happy Birthday to K.zai...yea yea k.zai dh tuabertambah usia....tp ttp kelihatan muda(ayat bodek ni...)

Yg syoknya blh K.zai celebrated besday aku masa besday dia...Aku x la mharap apa2 pun...K.zai dh ingat pun syukur sgt2...Tp aku pun ada gak sesuatu untuk dia...

v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tada.....



CC yg dtempah khas dr K.Meen http://chocolatevanilla-jasmeen.blogspot.com/




Sedap sgt....



Tgk la betapa sedapnya....




















Sunday, March 29, 2009

BAHAYA COKE!!!

Cubalah try dan buktikan secara saintifik.satu_duo menulis - " Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajiansantifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/so di USA dan Britainserta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Lebuhraya, adakah mereka guna?Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :
1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!
2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?
3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!
4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!
8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
9. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.Wahh!Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan id yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll. Sama jer! Anak Bapak dan Keluarga 69.Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang mai perkataan CocaCola tu.Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, try cara ni, kot-kot gigi tu bleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
10. Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.Saper ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker? Yang pernah pi Mekah bleh confirm kot?Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/ penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat rumah.

Tuesday, March 24, 2009

Monday, March 23, 2009

Ngantok!!!

Ngantuknya mataku ini pagi....tadi mmg ssh sgt nk bangun pagi. Mata ni rasa x larat sgt nk buka. Semalam xde la lewat sgt tido. Cam besa gak. Ptg tu pun mmg dh tido. Pagi tu pun lepas g pasar kabut smbg tido lagi. tapi nape pagi2 ni ngantuk. dh la hari isnin...kalo kamis ke jumaatt ke blh la terima ni ....????????? apa kes ni????????!!!!!!!
Aku rasa ni sbb tlebih tido ni..tp x la byk sgt aku tido...huhuhu masih x ngaku tlebih tido..x kisah la ngaku ke tak yg aku tau aku tgh ngantok ni!!!!

Sunday, March 22, 2009

Peribadi disebalik nombor kelahiran

Sebagai panduan dari kajian. Tak semestinya betul.

Peribadi disebalik nombor kelahiran




K alau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
1


No.1----Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
2


No.2----Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
3


No.3----Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
4


No.4----Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
5


No.5----Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
6


No.6----Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
7


No.7----Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
8


No.8----Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.
9


No.9----Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Friday, March 20, 2009

Crazy photography
































Adoh la...

Adoh la wei ssh nya nk apply jawatan gomen ni...skrg ni sume dh pakai online. ok la tu kira dh maju la...tapi kan ada pro & kontranya apply guna online ni. akceli sblm ni cek ada isi dlm portal gomen ni. dia bgtau kat situ kalo ada jawatan kosong dlm gomen dia akan email tp sampai sekarang xde 1 pun yg dorang hantar. pada hal belambak2 jawatan kosong dlm gomen sekarang ni...so sapa nk tlg jawap ni?????????

ni lagi 1...mmg la memudahkan pihak kompeni yg kuarkan iklan tu bila kita apply online. tp knp plak dorang suh kita pos apa yg kita dh isi tu. dorang nk wat apa ha???? kan kita dh send suma maklumat2 tu so secara otomatiknya dorang dh dpt la bila application kita tu dh berjaya. ni yg memusykilkan pala otak cek ni..

dh la nk buka laman wb dorang tu sikit punya payah...ye la cek paham la gak kan kdg2 ramai sgt yg akses laman web tersebut...kdg2 internet kita plak yg k.o...tp hangin la gak kan kita dh separuh jalan isi tiba2 plak x blh nk akses...sapa yg x hangin. dah la nk buka berjam2 nk kuar...huh mmg mnguji kesabaran ku ini...

dr pengalaman cek apply online ni mmg xde yg menyenangkan la...sumenya ada masalah...
sabor je la yer..........

Thursday, March 19, 2009

Tips Dalam Berpasangan. ......... .

Ni dapat dari seorang kawan...

1. Beriman
Untuk menjadi pasangan yang lebih baik, kunci pertama adalah menguatkan iman anda sendiri. Dengan adanya pasangan yang beriman, maka pasti hubungan cinta antara kedua pasangan akan mencapai titik yang maksimum.

2. Jangan ‘minder’ dan selalu mengenang masa lalu
Janganlah bersikap minder terhadap pasangan anda. Bila anda pernah membuat suatu kesalahan dimasa lalu , jangan selalu dikenang atau diingat. Berfikirlah positif. Bila anda minder, sama saja anda mengatakan bahwa anda tidak sepadan untuk pasangan anda. Bila anda tidak percaya diri, bahwa anda adalah pasangan yang sepadan untuk dia, maka anda akan benar-benar menjadi pasangan yang tidak sepadan.

3. Romantis
Ketika suatu hubungan cinta mulai mengalami keretakan, tanda pertama yang terlihat adalah mulai berpudarnya romantisme antara pasangan. Umumnya pasangan yang akan retak melupakan bagaimana senangnya ketika pertama kali mereka menjalin hungan tersebut. Suatu hubungan cinta adalah sesuatu yang harus terus menerus dibina dan bersikap romantis dalam membina hubungan tersebut adalah mutlak.

4. Jangan membuat sesuatu hanya kerana ingin membahagiakan pasangan anda
Berapa kalikah anda pernah mengerjakan sesuatu untuk pasangan anda yang sebenarnya tidak ingin anda lakukan, tapi tetap anda lakukan kerana ingin membuat pasangan anda bahagia.. Bagaimana perasaan anda ketika mengerjakan hal tersebut? Setiap kali anda membuat kompromi atas sikap anda tersebut, anda memperlebar jurang hubungan cinta anda. Sebaiknya anda secara jujur mengatakan pada pasangan anda bahawa anda kurang senang mengerjakan hal tersebut, dan mencari alternatif lain untuk mengatasinya bersama.

5. Jangan paksa pasangan anda untuk melakukan hal-hal yang dia kurang senangi
Ini adalah kebalikan dari tip diatas. Kalau anda tahu pasangan anda kurang senang melakukan sesuatu hal, mengapa dipaksakan… ..??

6. Jangan merendahkan pasangan anda
Tidak ada manusia yang sempurna didunia ini. Masing2 mempunyai daya fikir, kerja dan daya tahan tersendiri. Bila anda selalu merendahkan pasangan anda dengan menyalahkan apa saja yang dia salah lakukan, bagaimana anda akan berharap dia akan berbuat benar?

7. Jangan memberi janji yang anda tidak mampu penuhi
Kepercayaan adalah hal penting pada suatu hubungan cinta. Kepercayaan harus dibina dan dikembangkan. Bila anda tidak memenuhi janji anda pada pasangan anda, bagaimana pasangan anda akan percaya pada anda pada masa yang akan datang?

8. Usahakan untuk selalu berada disisinya
Pasangan anda merupakan teman anda untuk seumur hidup… .Usahakan untuk berada disisinya baik dalam suka maupun duka… .

9. Komunikasi
Dunia berubah dari hari ke hari. Bila anda tidak terus menerus berkomunikasi dengan pasangan anda, anda akan terkejut apabila pada suatu hari anda baru menyadari bahwa jurang perbezaan antara anda berdua telah semakin lebar.

10. Jangan berlaku kasar dan semena-mena terhadap pasangan anda
Cukup jelas…
Hormatilah pasangan anda sebagaimana anda menghormati manusia lainnya. Jangan sampai anda lebih menghormati teman anda daripada menghormati pasangan anda.

11. Jujurlah selalu
Biasanya suatu hubungan cinta tidak akan berlangsung lama apabila dibangun dan didasari atas kebohongan. Walaupun pasangan anda tidak pernah mengetahui kebohongan yan tersimpan, tetapi fakta bahwa anda mengetahui kebohongan itu, akan mempengaruhi perasaan anda maupun pasangan anda. Dengan itu, hubungan cinta tak akan mencapai titik yang maksimum.

Semoga dapat dijadikan panduan...

Wednesday, March 18, 2009

YuuuuHuuuu.........



Yuhuuuuu....






Semalam besday i...hepi besday to me..i dapat apa semalam????cam biasa la bila tiba besday i mesti kena cuti...so i appply cuti 2 hari isnin & selasa. dan cam biasa la kan kalo dh cuti wat apa lagi pegi jenjalan la kan...















My birthday cake...yummy sedapnya. Akceli i dapat 2 kek camtu tp 1 i dh habiskan. mmg sedap. i suka sebab sekali ngup je terus dlm mulut i hehehehe...









Nak tau apa i dapat semalam....











Taraaaaaaaaaaaa....................




Hehehe.....ni dia. Berjaya gak mendapatkannya walaupun penat kaki ku berjalan sambil memikirkan hadiah apa yg aku nk untuk kali ini. dan......yg bestnya bukan i yg bayar huhuhuhuhu....bestnya kalo hari2 besday i kan????

Ada lagi....



Sekuntum mawar pink, sebatang pen...untuk gadis pilihan ooooo dibulan mac...hehehehe. Ni sebanarnya pen tp i x ambik plak gmbar pen tu. Batang dia yg ijau tu la pen. kalo cabut dr bunga dia nmpak la..


Dan 1 lagi....(amboi byknya adiah)


I mmg dh lama nk cari benda ni. Tup tup dapat plak semalam...(ye ke dapat?????) hehehe yer la i nk bayar tp dh org tu nk tlg byrkan i nk wat camne kan???rezeki jgn tolak tau
Sebenarnya ada lagi...tp i lupa plak nk ambik gambar. COKLAT yg diterima dari FARA ELINA.. thanks Fara...nnti kalo i ingat i upload dlm n3 lain yer...



Friday, March 13, 2009

Pagi yg Ujan

Malasnya aku nk bangun pagi tadi...rasa berat jer mata ni. Tiba2 terasa nk cuti plak arini. Mana bleh beb...kerja tetap kerja...

Dengan kesejukkan yg menusuk ke tulang sum2 ku, aku gagahi jua langkahku ke bilik air (eceh cam ayat novel plak) tu kalo ikutkan mata tu mau pejam lagi dlm bilik ayor tu. Teringat masa kecik2 dulu kalo nk g skolah. Kena bangun pagi2...pastu duk dlm bilik ayor tido lagi hehehehe...sampaii mak aku jerit oi....x siap lagi ke mandi????hikhikhik...sejuk oooo mandi pagi2 ni. Tau je la budak2 kan mana suka bangun pagi mandi. pagi2 tu sesuai untuk tido jer...tarik selimut fuh...sonoknya...

Dah pagi ni ujan plak...elok aku siap nk kuar umah ujan pun turun...2 3 hari lepas ptg2 dia ujan. Ni arini pagi plak.. Aku pun dh x tau cuaca sekarang ni. X menentu. Tu belum kira kalo aku balik keje separuh jalan basah separuh lagi kering. Kalo mula2 kering pasru basah xpe la jugak. Ni basah dulu baru kering. Nak2 lagi kalo ada traffic light ke roundabout ke....malu woooo orang tgkk kita basah kuyup. Tapi nk wat camne kan??? Dah namanya merempit biasa la tu kan???

Kalo esok mmg x cuti maunya aku maunya aku el jer arini. Basah gak la td. tapi sikit la...(x sampai ke s****** lagi yer k.zai!!!!!) ai ada baju ujan tau!!!!!!!!

Wednesday, March 11, 2009

GeRaMm.. ii

Ni geram versi ii...kali ni geram kat orang plak. kalo td geram ngan benda yg x bernyawa kali ni ngan manusia yg xtau nk cakap camne dah....

rasa cam nk maki hamun jer !@#$%^&*&^%$#@@*^%!%#!$@!$@^%!$%@%#%$@#^!*^*@!%!$#!^&#!#$!*&%#!$#*!^&!%#!*^#&%#*!^@#!%##!%%$^$^%#@#*&%^

ha ambik ko...pueh hati aku. apa dia ingat dia tu besar sgt. blh wat suka2 hati jer...blh kuar masuk ikut sedap dia jer....helllllllooooooooooooooooooooooooo ni tpt keje ok. klo rasa xnak keje x payah keje. duk umah senang. x pon p la lepak mana2..... jgn nk menyemak jer...sakit mata aku tengok tau!!!!!!!!!!!!

gERAm

Semalam dh geram ngan sistem...1 hari wat hal. sampai ada lecturer nk wat complain. Mmg la dorang ada hak nk komplain tp kena la faham. Sume orang nk cepat. Sume orang sibuk...nk wat camne kalo dh sistem tu camtu. Bukan aku y jaga sistem tu. Bukan aku yg maintain benda tu. Tu suma diluar bidang kuasa aku. kalau aku tau dah lama aku buat benda tu. Seb bek student kat sini dh faham bila sistem down ke lembab cam siput b*** ke...nmpknya dorang dh mula faham keje librarian ni. syukur............... tp ada gak yg x faham or wat2 x faham. masing2 dh ada keje sendiri kan??? wat la keje tu. toksah nk sibuk2 hall org blh x?!!! kalo sume org memainkan peranan & mjalankn tugas yg dberikan ngan penuh komitmen insya allah sume akan ok.

Friday, March 6, 2009

Huhuhu...

Ni tgh berusaha untuk mencantikkan blog ni lagi. Ye la tgk org lain punya blog sume cantik2... cam teruja plak nk ikut dorang wat blog cantik2. tp tu la tgh usaha ni. ni pun ambik masa gak nk wat. kiranya dalam proses pembinaan lagi. Insya Allah bila dh siap nnti akan di war2kan ke seantero dunia....perh..angan2 tinggi menggunung.

Actually xde idea langsung nk wat konsep apa ngan blog ni. Belasah je la janji aku menarik nk tgk. Kalo dh bosan nnti aku tukar lagi. Asyik tukar je bila nk siap kan???? x kisah la...ni pun byk berterima kasih pada K.zai sbb bg semangat membara untuk mengindahkan lagi rumahku ini...

Tapi tu la asyik mekap blog jer...nk update tu belum tentu lagi...Insya Allah bila dh cantik akan ku update selalu :-))