Semasa dialam percintaan & pertunangan (sy bercinta dgn dia masa sy bertunang) saya selalu berfikir apa persamaan saya dengan dia. Terlalu banyak perbezaan. Boleh ke saya nak hidup dengan dia lepas kawen nanti. Memang tak ada yang sama. Sebab tu selalu jer berselisihan faham dengan dia.
Saya banyak berkecil hati dengan dia. Tak pernah bersependapat. Kalau nak tengok wayang pun nak gaduh dulu. Tapi masing-masing cuba untuk memahami pasangan. Betul la kata orang perbezaan itu yang membuatkan dia begitu istimewa pada diri kita kan...perbezaan itu juga yang melengkapkan antara satu sama lain.
Alhamdulillah sebulan bersamanya ada juga persamaan yang saya perasan. Dan saya tersenyum sendiri bila mengingatinya.....
No comments:
Post a Comment