Salam buat semua. Macam mana hujung minggu kawan-kawan semua. Alhamdulillah hujung minggu saya penuh dengan aktiviti bersama keluarga. Kebetulan mingggu ni suami cuti, so dapat la meluangkan masa bersama-sama keluarga. Maklum la dah ada 2 keluarga ni kena la bahagi-bahagikan masa.
Jumaat malam saya bawa mak pergi rumah adik di Shah Alam. Mak rindu kot kat adik. Ye la adik ngah pregnant ni mak risau sikit kalau dia banyak sangat bergerak kesana sini. Pengalaman gugur anak pertama aritu membuatkan mak cepat risau.
Kami tak kemana-mana pun. memandangkan suami kerja malam tu. Hanya lepak-lepak dirumah & makan-makan bersama. Lama dah tak dapat makan bersama-sama. ye la kalau balik pun tak semua adik-adik yang lain balik. Nak tunggu semua balik memang susah la. Lepas lunch tu saya mak dan suami bertolak balik ke kampung. Adik laki tinggal sebab abang ipar dia ada projek ngan dia...
Actually nak duduk lama kat Shah Alam tapi mak mertua nak ke ipoh plak rumah abang ipar. So saya ajak mak saya sekali ke Ipoh. Petang tu jugak kami bertolak. Dah kawen ni ramai adik beradik yang ajak ke rumah. Insya Allah kalau takde aral melintang akan kami usahakan. Cuma kena sabar la sikit menunggu turn. Sebelah saya memang tak ramai adik beradik. Yang dah kawen pun saya ngan adik je. Tapi pakcik makcik plak yang dah bising-bising cakap lepas kawen tak mo datang umah dorang. Bukan tak nak datang cuma kena bahagi-bahagikan masa jer...Sabar yer...
Kami pergi berempat jer. Bertolak pukul 4.45 ptg sampai di rumah abang ipar dalam pukul 7 petang. Duduk rehat-rehat pastu keluar pergi makan. Ahad pagi tu dapat call dari abang ipar yang kat klang bgtau anak dia masuk wad sebab demam panas. Ingat nak stay sampai petang, mak mertua plak tak sedap ati nak pergi tengok cucu. Kebetulan suami pun ada perkara yang perlu diselesaikan...maka kami pun bertolak balik pukul 9.45pg. Insya Allah ada masa nanti kami sampai la lagi ke Ipoh...
Sampai-sampai jer rumah lepas hantar mak kat rumah, suami terus uruskan hal dia. Saya ngan mak mertua dapat la rehat kejap. Petang baru kami menuju ke DEMC melihat anak bauh suami Adam namanya. Adam ni aktif sangat budaknya. Tak boleh duduk diam. Dalam demam-demam tu pun nak jugak dia berlari-lari. Sian kat mak ayahnya tak larat nak kejar hehehehe...
Lepas dari hospital kami singgah sekejap dirumah adik ipar untuk solat & dinner. Kesian tgk mak mertua tapi happy sebab dapat gembirakan hati dia. Padat sungguh xtvt kami hujung minggu lepas. Next week dah ada anak buah yang menunggu kat rumah. Sebelah suami memang ramai anak buah so kena la sabar mak uteh sampai umah korang yer...
No comments:
Post a Comment