Monday, July 16, 2012

Berita setelah 4 bulan kawen...

10/07/2012 genap 4 bulan usia perkahwinan saya dan En Suami. Alhamdulillah atas kurniaan ini. Semoga perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat.

Malam 10 julai saya dikejutkan dengan satu berita yang sangat tak disangka. Kalau berita gembira tak apa la jugak. Ini sebaliknya. Suami terlibat dengan kemalangan semasa nk pergi kerja. Allah saja yang tau perasaan saya  waktu tu. Lagi2 bila dapat call dari orang yang tak dikenali. Sangat panic. Mak mertua dah nangis2... badan sume dah menggeletar. Saya call suami balik. Dia tak tahu apa yang terjadi. Ada sorang lelaki ambik tefon terus cakap ngan saya minta saya terus ke hospital klang. Lagi la saya panik. Saya pun siap2 terus gerak. Alhamdulillah saya masih tenang dapat drive sampai hospital dengan selamat. Saya tak mau tunjuk kat mak mertua saya yang saya lemah nanti dia lagi lemah.

Saya terus ke emergency room. Saya nampak doktor tengan cek2 suami. Keadaan dalam tu sangat kelam kabut. Mulanya pak guard tu tak bagi masuk. Seb baik ada sorang akak ni kata masuk jer...saya pun redah jer la. Suami dh pening2... 3 4 kali muntah2...doktor kata nak wat xray. saya tengok muka dh penuh darah. Suami asyik kata pening jer. Saya tak tahu nak buat apa.Risau sgt time tu. Muka luka. siap bengkak2 lagi. siku pun luka. Tiba2 dia kata kaki sakit. Bila saya nak luruskan dia kata sakit. Ah sudah......macam-macam dalam fikiran saya. Tak sanggup rrasanya tengok keadaan suami time tu. Saya pun tak boleh buat apa-apa. Doktor pun x buat apa-apa kat suami. Saya hanya boleh tenangkan dia jer..

Dalam kul 1 cam tu baru doktor tolak dia kat bilik xray. Saya berdoa semoga dipercepatkan segalanya. tak sanggup tengok suami dok mengerang camtu. Habis xray tunggu result pastu dktr suh register masuk wad. Saya dah lega. Kalau kat wad selesa sikit berbanding kat dlm bilik emergency tu. Macam-macam kerenah manusia. macam-macam kes kecemasan. Xcident, asma, demam panas, jatuh mcm2 la...

Dlam bilik pemerhatian ni ok sikit. Doktor check lagi sekali. Kali ni lebih detail lagi. Tapi kat dalam ni saya tak dibenarkan menunggu. Boleh masuk sekejap2 jer. Dktr kata nk pantau keadaan dia sampai pagi. Dktr minta saya bagi dia makan & minum. Orang dlm keadaan camtu mmg xde selera nak mkn. Lagi2 dalam keadaan dia yang pening nk muntah. Dengan berat hati saya tinggalkan suami kat hsptl. Saya blk umah rehatkan badan.

Esoknya pagi2 saya dah ke hsptl. mak mertua dah tak larat nak ikut. makanya saya sorang jer. Sampai hspt saya tgk suami sama jer. Dktr dtg bgtau nak buat ct scan. Saya keluar masuk bilik tu bg suami mkn & minum bg dia ada tenaga. Sambil saya bagi kata-kata semngat kat dia. tak mau dia lemah. Tengahari tu adik ipar datang. Bila tgk abang dia camtu terus minta tukar pergi hsptl private....

.....bersambung.....




1 comment:

fateem fatima said...

bleh lakk bersambung novel ko nehh haih!teruk ke cik n??sabar k