Hari tu g print kat tpt PA bos. Pc sy buat hal x boleh nak direct print(tension sgt!!) maka terpaksa la saya naik ke atas berjumpa PA bos. (naik lif jer pun...) Kebetulan PA bos saya tengah up date cuti staf. Maka saya pun sesajer la wat2 lama-lama kat situ. Nak tau cuti saya tinggal berapa hari lagi. Bila dah sampai turn saya dia pun bagitau la. Terkejut saya. Baki ada lagi 35 hari....mula la kepala ni plan macam-macam (agak2 leh ke nak bercuti cik liza oiiiii) Saya ada 10 hari untuk dihabiskan pada tahun ni. Yang selebihnya boleh bawa tahun depan. Ye la tahun depan kan dah ada baby (hui...hui....) mesti banyak nak kena cuti kan. Nak bawa baby g klinik, tu belum baby tak sihat lagi. Harap-harap baby mummy ni kuat yer...membesar dengan sihat yer....
Saya dah plan cuti 10 hari tu nak guna masa bila. Kenapa cuti saya banyak lagi. Ye memang saya jarang cuti. Dari dulu lagi. Tu pun sebenarnya baki-baki cuti yang saya forward ke depan. Kalau sebelum ni memang saya ada cuti ganti. Sebab Sabtu Ahad saya bekerja. So kalau nak cuti ambik jer cuti ganti. Sekarang dah tak kerja Sabtu Ahad lagi. Tapi kenapa cuti masih banyak???? jeng...jeng...jeng....Saya memang susah nak bercuti. Kalau cuti pun sehari dua jer...bukan tak nak tapi selalunya cuti saya ditolak( sob...sob...sob...) saya punn tak tahu la kenapa bos sayang sangat kat saya (hikhikhik...)
Sebelum kawen dulu saya wajib ambik cuti pada birthday saya dah akhir tahun. Selalunya start krismas sampai new year. Bawa famili jalan-jalan....Rasayna itu jela kot cuti yang paling lama saya penah apply. Cuti kawen hari tu pun saya apply 6 hari jer. Plus ngan cuti company bagi 3 hari plus ngan sabtu ahad. Saya nak apply 12 hari tapi bos tak bagi. (saya kan staf kesayangan bos hahahhaha) bukan apa sebab kat sini saya sorang jer. Tak de yang boleh ganti nak wat kerja-kerja saya. Kalau sikit-sikit tu boleh la....kalau dah lama-lama saya gak yang pening nanti...tahun ni saya plan nak cuti raya haji ngan akhir tahun. Cuma tahun ni tak de kot nak berjalan-jalan. Tapi tengok la dulu camne....
Actually nak cerita cuti 3 hari yang lepas. Cuti hari Malaysai. Korang buat apa ha??? Saya??? sangat la bz... tiga-tiga hari sibuk memasak. Bukan la saya yang masak. Entah bila la saya boleh masak. Sibuk ngan kenduri. Sabtu adik saya buat kenduri lenggang perut. Ahad plak atok buat kenduri kesyukuran sempena dia dah keluar hospital & bertambah sihat( smg atok akan sentiasa sihat seperti dulu) dan Isnin plak famili tunang adik saya datang untuk hantar belanja. Memang sangat penat. Walaupun saya tak masak tapi saya tolong la buat apa-apa yang patut. Gambar memang tak ada langsung. Sekarang cam dah malas nak ambik gambar. Kenapa yer????
Semalam seharian di opis perut saya asyik krem jer...pinggang pun sakit-sakit. Dah 2 malam tido cam tak selesa jer...kenapa yer? Adakah disebabkan perut semakin membesar. Oh hari ni dah 15 minggu....sonok...sonok....jap jer kan. minggu depan dah masuk 4 bulan...Pakai baju kurung pun kain dah kena letak atas perut. Cam nak kena soping baju baru jer ni hikhikhik....bila tido nak menggeliat adoii la tegang je perut. Kadang-kadang lupa dalam perut ni ada baby...suke-suke jer menggeliat kanan kiri hehehehe....nanti kalau perut dah besar mesti susah nak tidur mengereng kan. Saya dah la tak reti nak tidur telentang...apa-apa pun semoga dipermudahkan segalanya & semoga anak mummy ni sihat sentiasa...
No comments:
Post a Comment