Showing posts with label check up. Show all posts
Showing posts with label check up. Show all posts

Monday, March 25, 2019

Officially Buka Buku Pink/Merah

7/11/2018 diusia kandungan saya 9 minggu baru saya buka buku pink/merah di klinik kesihatan. Memandangkan ini kandungan saya ke3, jadi saya hanya bawa buku mengandung yang sebelum ni iaitu buku mengandung anak ke2.

Seeloknya buka buku ni sebelum usia kandungan 12 minggu. Lebih dari tu saya tak tahulah...ada baca kat nurse bising-bising. Ye la kalau awal kan senang nurse nak pantau. Tapi ada je yang tak suka buat awal sebab malas nk berulang ke KK terlalu awal. Pada saya usia 9-10 minngu tu just nice. Ye faham ada KK yang sesak terpaksa tunggu lama. Ada jugak terbaca kalau kat swasta pun sama je. Pilihan ditangan masing-masing.

Untuk saya dari anak pertama lagi memang saya buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan(KK) je. Masa anak pertama dulu memang stress jugak la. Kadang sampai tengahari baru settle. Dengan keadaan klinik yang kurang selesa. Time pack tu ada ibu yang terpaksa berdiri. Tapi bila nurse nampak cepat-cepat nurse ambikkan kerusi. Nurse kat sini memang semuanya prihatin.

Now, alhamdulillah keadaan klinik semakin selesa. Masa tunggu giliran pun tak lama. Kadang pukul 9.30 dah settle. Syukur sangat fasiliti di klinik kerajaan sekarang ni semakin baik.

Berat masa mula-mula ni 69.7kg. Saya alami alahan yang teruk. Bulan seterusnya berat turun jadi 68. Lepas tu statik je sampai usia kandungan 4bulan. Muntah takde sangat. lebih kepada takde selera nak makan je. Balik kerja memang terus terbaring. Syukur sangat alahan waktu petang ke malam. Kalau dari pagi tak tahu la nak cakap apa. Rumah memang terbiar, dengan anak-anak sekali terbiar. Cuti jre la boleh mengemas waktu pagi. Tapi masak sampai kandungan 5bulan lebih memang tak boleh. Maka bertabahlah satu famili makan luar.

Ujian minum air gula kali nii sangkut hahahahaaha. Penat puasa tau!!! tak pe la maybe ada hikmahnya. Kalau tak mesti melantak tak hengat dunia kan. Selalu memang camtu la. Tu anak no 2 beso kuarnya 4.1kg walaupun takde kencing manis. Dah berumur ni beringat la sikit kan. Tu peringatan dari Allah la tu. Maka bermula la rutin buat bsp 2minggu sekali. Check up pun 2 minggu sekali.

Masa mula-mula result keluar tu frust sangat. ye la air kosong memang tak pernah miss. sehari 2 3 liter boleh habiskan. Tu la macam yang saya cakap mungkin Allah nak saya beringat bila dah berusia ni. Dah lama-lama tu ok je sebenarnya. Result bsp saya pun alhamdulillah takde la lebih 5.5. Masih under control lagi.

Rasanya saya stop kat sini dulu la yer. Nnti ada masa boleh sambung lagi...



Friday, February 1, 2013

34 sudah...

Alhamdulillah dah masuk 34 minggu Rabu lepas. Masa untuk check up lagi. Kena plak saya demam time tu. Malam tu memang dah rasa tekak lain macam jer. Tido malam hingus dah meleleh, terpaksa sumbat hidung pakai tisu. Saya kalau nk selsema memang kena sumbat hidung. Sebab hingus jenis yang cair keluar tanpa diundang. Ikut suka dia je bila dia nak kuar. Tu pasal kena sumbat hidung tu. Pagi bangun siap mandi kepala dah berdenyut-denyut jer. Ingatkan nak baring kejap jer tup-tup tertido plak. Sedar-sedar jer en suami kejutkan kul 8. Memang x larat nak bangun. Sudahnya kita cuti sajer...

Petang tu g check up alhamdulillah tak ramai orang. Ada harapan la nak balik awal. Tak macam yang sebelumnyer punya la ramai patient dengan budak kecik yang menangis tak berhenti-henti. Result check up alhamdulillah sume ok cuma kencing agak kotor. Maybe malam tu saya kurang minum air. Ditambah plak dengan demam, selsema & batuk memang saya kurang minum air kosong. Saya sendiri terkejut tengok kencing saya tak seperti biasa. Dalam hati dah agak dah mesti ada yang tak kena. Nasib baik yang lain-lain ok.

Kaki dah sembab. Camne xnakb bagi kaki ni sembab. Tido dh tinggikan kaki. habis semua bantal saya konker sorang. En suami dapat 1 bantal jer. Seb baik dia bukan jenis yang tido pakai bantal banyak-banyak.  Tapi aritu saya perasan bila saya banyak berjalan kaki saya ok plak. tapi yang jadi masalahnya saya tak larat nak berjalan lama-lama. Aritu pun sebab saya tunggu en suami kerja tak tahu nak buat apa so saya pusing ole-ole seksyen 18 tu. Lama kot tak jalan-jalan kat situ. Tempat jatuh lagikan dikenang (ewahhhh...) Lama giler kot tak window shoping ni. ahhhh rindu sangat....En suami bukan suka sangat nak window-window ni. Ajak g aeon rawang pun susah bukan main lagi. Setia City Mall pun tak jejak lagi. Cik CT nanti kita jalan-jalan sama yer....



Tuesday, January 22, 2013

Check up 32 minggu

Last week check up untuk 32 minggu. Sekarang dah check up 2 minggu sekali. Nanti 30hb check up lagi.
Result last week...BP turun naik, 3 kali nurse check baru ok. Maunye bp tak naik dari sampai dok dengar sorang budak tu melalak jer. Kalau baby tak pe la jugak. Ni budak dlm 2 3 tahun. Muanya tak tension dibuatnyer...HB nai sikit. Tapi still pen merah gak. Kaki dah bengkak. Last week memang tak sihat. Demam, sakit kepala, batuk. Sampai sekarang batuk pun tak ok lagi. Dah seminggu telan ubat batuk sama jer. Selalu minum madu jer. Alhamdulillah bila makan madu malam tak ada la terbatuk-batuk tengah-tengah dok sedap tido kan...

Cumanyer sekarang ni bila dah terjaga mesti susah nak tido balik. Selalunya tterjaga sebab nak terkencing. Padahal sebelum tido memang dh kencing siap-siap. Paling tak suka bila tebgok jam baru pukul 2...nak tunggu tido balik tu memang susah la. mengiring kekanan tak lelap mengiring kekiri pun sama gak. time-time ni la baby pun terjaga gak. sama dok pusing-pusing cam mummy gak. Camne la mummy nak tido sayang oi...kul 5 or dkt kul 6 baru la mata ni nak lelap. Tu pun dalam otak dok pikir mana la en suami tak sampai-sampai rumah lagi. So kesimpulannya kul 9 or 10 memang dah kena tido takut tak cukup tido plak nanti...tv pun dh tak layan sekarang ni. aktiviti malam mmg tdo jer la...

Monday, January 7, 2013

Mabuk






Masuk 7 bulan saya rasa macam kembali masa mula-mula pregnent dulu. Terasa mual-mual. Pagi-pagi mesti rasa nak muntah. Memang ada yer orang camni. Ingatkan dh nk bersalin ni tak ada la nak mabuk-mabuk lagi. Sangat tak selesa. Baru nak rasa keadaan yang biasa-biasa. Dah la makan ubat pun nk muntah. HB dah turun. Check up dah 2 minggu sekali. Kalau HB turun lagi mau kene bebel ngan nurse. Mabuk yang aritu tu pun ambik masa 5 bulan. Ni mabuk lagi huhuhuhu....tak larat la rasanya....

Friday, September 7, 2012

Sakit kepala & 2nd checkup








Tiap kali nk checkup ada jer yg tak kena. 1st aritu selsema 2nd ni plak sakit kepala. 2 hari sebelum checkup memang saya sakit kepala. Lepas siap-siap nak pergi kerja mesti baring dulu. Ikutkan hati malas je nak pergi kerja. 

Hasil 2nd ckeckup ni sgt2 tak memberangsangkan. Bp saya naik. Memang 2 3 hari ni saya agak stress. Ditambah dengan sakit kepala. Keadaan cuaca yang tidak berapa best sejak akhir-akhir ni pun penyumbang utama gak. Tido pun agak lewat lately ni. Dari segi pemakanan, akhir2 ni suka makan kari ngan kicap. Mak kata kicap memang tak elok untuk mereka yang ada darah tinggi. Saya tak ada la darah tinggi cuma arwah abah dulu memang ada. So memang saya berisiko la...

Bacaan pertama 140/90...dah g ambik darah ngan air kencing check lagi sekali 140/100. Dah kena ulang lagi. Hari ni alhamdulillah 114/74. Semalam lagi dah set dalam kepala takmo stress2. Cuma kepala masih sakit sikit-sikit. Apa yang saya stress pun saya tak pasti. Rasanya ada la 1 sebab ni...biarlah saya sendiri yang tahu...ari Isnin kena ambik bp lgi. Next week jumpa doktor lagi.

Kawan-kawan ada suggest makan belimbing. Masalahnyer susah bebenor nak cari belimbing kat sini. Kat tesco kalau ada pun dah x selera nak tengok. Sudahnya saya makan epal hijau jer...harap-harap dapat la membantu...lagi apa yer makanan yang boleh menurunkan darah???