Showing posts with label Demam. Show all posts
Showing posts with label Demam. Show all posts

Monday, September 7, 2015

Bila anak-anak tak sihat

Rasanya satu famili dh berjangkit dengan demam, batuk & selsema. Cik Auni pakej dia memang batuk+selsema. Demam memang kejap je la dah kebah. Adik pun camtu gak. Cik Auni kalau batuk+selsema memang lambat la nak baik. Ubat paling berkesan setakat ni 'ngempeng' je la. 

Adik pun kalau demam balut ngan tuala basah je alhamdulillah ok. Cumanya kali ni hidung dia mudah tersumbat. So susah la dia nak tidur & menyusu malam-malam. Lagi kalau dia menangis. Kalau keluar hingus yang meleleh-leleh tu senang la nak sedut. Ni jenis hidung tersumbat tak tahu nak buat camne. Dah la adik ni alergik ngan garlic oil. 

Masa Cik Auni kecik-kecik dulu memang lumur ngan garlic oil je la. Nanti nak try lemon sock plak la. Mana tau serasi ngan adik.

Sapa yang mulakan demam ni??? En Suami la...dia start dulu bersin-bersin pastu selsema. Habis semua orang dia cium memang berjangkit la. Budak-budak kan mudah dapat penyakit. Pastu tak nak mengaku. Kata saya yang jadi puncanya. memang la lepas dia selsema saya yang demam teruk. Masa cuti merdeka tu saya boleh sambung cuti sehari lagi sebab memang tak larat langsung nak angkat kepala malam tu. Kebetulan Cik Auni pun demam gak malam tu. Alhamdulillah saya tahan gak dari ambik sebarang ubat-ubatan. Kesian plak pada adik tu. Walaupun nak pejam mata pun rasa tak larat je. Sakit sampai tak boleh nak tidur. Saya paksa jugak...Esok pagi dah ok.

Cik Auni sekarang dah pandai memilih makan. Kalau boleh nak minum air sejuk je. Air kosong langsung tak disentuhnya. Camne la nak ajar dia minum air kosong ni. Kalau dah camtu camne nak baik selsema ngan batuk tu. Kadang-kadang geram je dengan budak tu...

Takpe la...sakit tu kanpenghapus dosa. Mungkin mummy semakin lalai so Allah bagi ujian melalui anak-anak yang tak sihat. Semoga lepas ni mummy dah tak lalai lagi. Semoga anak-anak mummy cepat sembuh semuanya...


Wednesday, April 15, 2015

Bila Anak Demam

Anak dara saya demam. Dah seminggu rasanya. Demam kali ni yang paling lama. Mulanya selsema dengan batuk je...dia jarang demam. Kali ni memang agak teruk la. Dengan tak makannya. Susut teruk badan dia. Nasib la nak jugak minum susu. Dah berapa hari tak makan bila dukung dia terasa sangat. Perubahan paling ketara bila dia tak aktif. Asik nak duduk dalam buai je. Selalunya kalau demam pun tak reti duduk diam budak ni. 

Berlari kesana kesini. Ni bila dia tak nak keluar buai risau plak saya. 3 4 hhari jugak la badan dia on off demam. Masuk hari ke5 alhamdulillah dia nak aktif sikit. Risau gak la. Ingatkan nak bawa dia pergi cek darah. Bila tengok dia dah start makan, dh berlari sana sini, dh joget2 bila tengok video favourite dia Alhamdulillah...

Cumanya mummy terkilan sikit sebab kadang-kadang time nak tido mummy tak dapat nak peluk dia. Ye la time nak tidur tu la adik dia bangun nak menyusu. Sedih bila mummy hanya mampu tepuk2 dia kat kaki je. Mummy pun sebenarnya rindu nak peluk dia time tidur. 

Mummy doa cepat la anak mummy sembuh seperti biasa. Rindu nak tengok gelagat dia yang sangat keletah tu. Mungkin demam nak banyak cakap kot. Dah pandai cerita sekarang ni. Mummy suka layan dia cerita time nak tidur...

Cepat sembuh yer sayang...Mummy sayang sangat kat Auni...

Monday, January 19, 2015

Perubahan Cuaca

Malam tadi tekak dah rasa perit-perit. Anakanda dh 2 hari batul selsema berkahak. Nak buat steam macam tak larat plak dengan keadaan sekarang ni. Tapi kesian dia bila tidur malam batuk-batuk. Ubat memang ada bagi tapi biasa la mummy memang tak puas hati selagi tak buat steam. Tapi tu la bila tah nak balik umah mak. Kat kampung mak boleh tolong pegangkan sama. Tau la Cik Auni dah besar ni kuat la merontanya. Harapnya cepat la sembuh.

Harap dengan perubahan cuaca yang panas sekarang ni mummy dapat la bertahan. Kalau mummy sakit sapa plak nak jaga Cik Auni nanti. Sapa plak nak jaga insan-insan tersayang yang lain. Tapi tu la...beringat beringat juga tapi kalau dah pagi-pagi melantak ais apa kes???Tu pun tak sedar lagi. Dah la semalam cuti duduk rumah pun melantak ais. Lagi-lagi panas-panas MIL buat air cincau. Bergelas-gelas minum tak ingat dunia. Berkali-kali plak tu. Selagi ada air dalam jug tu memang asik nak ke dapur je la. Kalau ke dapur tu minum air kosong tak pe la jugak.

Kekonon tekak tu dh rasa lain macam malam tu nak minum air kosong banyak-banyak la. konon je la. Walaupun dah sediakan air dalam bekas siap bawa masuk bilik lagi tapi punya la liat nak minum. Bukan susah pun. Bangun pastu capai bekas air kat tepi katil tu pastu minum....tapi tu la mata lagi berat nak bukak. Nak-nak plak En Suami yang buatkan susu Cik Auni memang heaven la kan dapat tidur. Tapi kesian kalau dengar Cik Auni batuk berkahak. Cepat la sihat anak mummy....

Wednesday, January 7, 2015

Cuti di tahun baru

2015 baru seminggu. Tapi semalam saya dah EL. memang mencatat rekod la. Sebelum ni seingat saya la mana pernah saya ambik cuti awal-awal tahun. Tapi dah namanya EL kan. kecemasan...

Alkisah masa buat susu untuk cik Auni dalam kul 6 lebih tu saya rasa badan dia panas je. Malam masa tidur tu ada la dia mengingau sebut nama ayah...ayah...ada 2 kali gak la. Saya ingatkan dia rindu ayah dia. Dah kenapa hari-hari jumpa pun nak rindu. Sentap la mummy dia kan. Rupanya dari malam lagi kot dia dah rasa tak sedap badan.

Lepas menyusu tu tak de la plak dia nak sambung tidur ke hapa. En suami balik kerja terus bagitau dia. Tapi Cik Auni ni jenis tak duduk diam. Berlari, main kesana sini macam tak demam. Suhu badan dia tak la tinggi sangat. Walaupun saya tak ambik pun suhu badan dia. Main agak-agak je. Ada masa x panas pun badan dia. Ada masa tu memang panas. 

Saya just mandikan & lap-lap je badan dia dengan tuala basah. Walaupun hakikatnya Cik Auni tu bukan suka pun nak letak tuala basah kat kepala dia. Menjerit-jerit lagi ada la...tapi tak kira la nak menjerit ke hapa ke demi nak tengok dia sihat saya lap la jugak. 

Ubat memang saya tak bagi langsung. Sebab saya rasa dengan kerap mandikan dia boleh turunkan suhu maka itu je la yang saya lakukan. memang ada niat nak bawa dia pergi klinik tapi dalam hati dok kata nanti la nanti la maka sampai ke sudah la tak bawa.

Malam tadi & pagi ni alhamdulillah dah ok. Harap suhu dia tak naik & dia sihat seperti biasa. Saya tak risau sangat sebab dia aktif, minum susu ok makan pun takde masalah walaupun dia kurang makan sekarang ni. Budak -budak kan ada masa memang tak nak makan. Tapi saya bagi roti ada la jugak dia makan sikit-sikit. 

Semoga anak mummy sentiasa sihat dan menceriakan mummy selalu. Mummy sayang Auni!!!

Monday, December 8, 2014

Cerita yang lemau

Asal senin je nak lemau. Asal lemau je nak senin. Kenapa????kenapa???itu saya ler tu hikhikhik...serius pagi tadi malas giler nak bangun. Alarm bunyi pun leh sambung tidur lagi (eh bukan mmg cmtu ke hari hari...) tidur tidur ayam jer....tapi kadang terlajak la jugak. Tapi sebelum pukul 7 dh settle mandi la.

Ni semua sebab anakanda beta la ni. Dia kena campak. Bukan campak dari tingkat tujuh ke hapa yer..kena demam campak. Tapi dia tak demam sebenarnya. Dah camne tu????

Jumaat lepas balik umah, mak bagitau kaki tangan Cik Auni merah-merah gatal. Tak tahu la kenapa. Saya syak mungkin ada kena gigit serangga ke hapa kan. So malam tu memang dia menggaru je la. Sian Cik Auni tak tidur lena. Sebotol minyak gamat saya lumur. Jap-jap garu...memang kesian sangat la. 

Sabtu saya bawa dia pergi klinik. Doc kata maybe alergik. Kalau sebab makan mungkin tak kot sebab sepanjang setahun 9bulan ni Cik Auni memang takde elergik pada makanan langsung. Tapi mana nak tau kan. So doc bagi ubat sapu, ubat tahan gatal, ubat elergik ngan ubat demam. 

Ubat demam memang tak bagi sebab saya tengok dia ok je. Syukur la dia masih aktif seperti biasa. Cuma makan agak kurang sikit. Biasa la budak kan memang ada mood dia. Susu pun minum macam biasa gak. So sepanjang sabtu & ahad memang itu je la pakaian rasmi Cik Auni. Jimat sabun xyah basuh baju yer.

Cuma semalam saya perasan ada kuar biji biji kecik kat badan. Pastu naik ke muka & kepala sikit. merah merah macam ruam tu dah takde. So takde la dia menggaru sangat. Cik Auni kalau menggaru boleh smpai meleceh & berdarah. Perangai ayah sangat dia ni hehehehe...

Saya tak tahu nak cakap campak ke ruam ke hapa ke. Malam tidur pun dah ok takde nak menggaru sangat la. Lega sikit la hati saya ni walaupun pagi tadi rasa macam nak cuti jer. Memandangkan last week saya dah EL so gagah kan jua la seret kaki ke tempah kerja. 

Semoga anakanda beta cepat sembuh....

Monday, April 28, 2014

Cik Auni Demam Panas

Selasa lepas dalam pukul 3 En Suami call bagitau Cik Auni demam. Cam pelik plak sebab masa saya pergi kerja tu elok jer ceria macam biasa. Tapi dah itu ketentuan Allah kan. So En Suami bawa la dia pergi klinik. Suhu memang tinggi dalam 39 camtu. Tapi En Suami tak bagi saya balik. Kebetulan saya bertugas di Shah Alam waktu tu. Macam malas jugak la nak rushing balik BB hantar bodyguard saya yang gagah perkasa itu, then balik ke rumah.

So saya berdoa je la semoga suhu dia menurun selepas dimasukkan ubat vontot. Sian Cik Auni kan...Malam tu dalam pukul 12.30 saya bagi lagi ubat. Cik Auni memang tak lena tidur. Macam terkejut-terkejut jer. Saya lap-lap badan dia dengan towel basah. Letakkan towel basah tu kat kepala.

Cik Auni dah banyak ragam sekarang ni. Dia bukan suka kalau letak towel basah-basah ni. Kita letak dia buang, letak lagi kang dia melalak. Basahkan sikit-sikit rambut dia je la. Tu yang suhu lambat nak turun. Panas je badan dia. Lagi satu dah susah nak letak termometer kat ketiak dia. Mesti dia angkat angkat tangan. Patutnya dalam keadaan dia macam tu saya kena pantau sejam sekali suhu dia. Tapi saya dapat buat dalam 2 3 kali jer. Itu pun time dia betul-betul lena. Nampak gayanya kena beli yang tembak kat dahi itu. Senang sikit. Berapa yer harga termometer tu?

2 hari saya EL. Rabu dengan Khamis. Actually Khamis tu dia dah macam ok. Tapi still tak nak dengan orang lain. Wan yang jaga dia hari-hari pun dia tak nak. Nak berkepit dengan saya jer. Saya nak buang air pun susah. Ada la jugak saya angkut je dia masuk dalam bilik air. Melalak-lalak dia bila saya berdirikan dia kat tepi bilik air tu. Cabaran sungguh. 

Tengahari Khamis tu entah kenapa Cik Auni menangis menjerit-jerit. Meronta-ronta. Saya baringkan dia tak mahu. Dukung pun tak nak. Duduk peluk dia pun tak jalan. Keluar masuk rumah. Keluar masuk bilik. Hampir sejam jugak la. Last sekali Wan buatkan air mandikan dia. Alhamdulillah dengan berkat izinNya Cik Auni berhenti nangis. Badan still panas gak. Saya rasa suhu dia mmg tak turun. Dalam 38 or 39 C. 

Dalam 2 hari tu memang Cik Auni tak pakai baju. Saya biarkan dia pakai diapers jer. Towel basah memang sentiasa dalam tangan saya. Dia bukan nak kalau letak towel tu kat badan dia. So saya lap-lap je la badan dia. Dengan baju-baju saya sekali basah.

Tak tahu la Cik Auni ni nak pandai apa lepas ni. Harap dia cepat la berjalan. Tak sabar nak tengok dia berjalan terkedek-kedek. Siap sedia je la nak layan dia nanti. Syukur 2 hari je demam...

Monday, November 18, 2013

Seminggu yang berlalu

Dah seminggu rupanya blog ni dibiarkan sendirian...eceh, cam hari-hari je update blog. Apa perkembangan seminggu ni? Saya??? ofkos la makin kembang. Cik Auni masih batuk & selsema lagi. Saya masih buat teknik steam kat rumah. Ubat pun bagi jugak. Kita cuba dua-dua kaedah. mana yang sesuai kita ikut. Eh tapi saya ada terbaca, yang baby bawah setahun tak elok bagi ubat sangat. Lagipun baby dalam proses membina dia punya antibodi. tak tahu la betul ke tidak. 

Setakat ni cik Auni ok jer. Batuk & selsema sejak Selasa lepas semakin ok. Kahak pun macam dah takde sangat. Tapi ayah dia risau terlebih. Asyik la suruh gii klinik. Pada saya as long dia menyusu & makan dengan ok, so ok la. Tak perlu la nak bertukar-tukar ubat. Lagipun ubat dia pun tak habis lagi. Setengah pun tak habis lagi. Ye la makan pun 2x sehari jer. Bukannya makan ubat macam kita yang dewasa ni 3x sehari 15ml. Cik Auni punya ubat cuma 1.8 ml jer. Cer kira berapa lama dia nak habiskan ubat tu. Tapi kalau dah ok xde la saya bagi dia makan. Cuma ubat antibiotik jer la yang saya habiskan. Lagipun sepamjang cuti saya hanya bagi susu badan jer kat Cik Auni. Dia pun aktif macam biasa jer. So tak perlu la nak risau lelebih kan...tapi yer la sapa yang tak sayang anak kan.

Habis cerita pasal anak. Ni ayah cik Auni plak yang demam selsema batuk. Saya pun dah start batuk-batuk. Dah berapa hari en suami balik keje kena hujan. Tu yang terus demam. Actually mak mertua saya pun tak sihat. So untuk seminggu ni cik Auni berada di kampung duduk dengan mak saya. En suami start demam hari jumaat. Sabtu tu dia keje jugak. So saya balik umah mak berdua jer  ngan Cik Auni. Petang semalam saya balik rumah mak mertua tengok mak mertua pun tak sihat. So saya patah balik rumah mak. Ye la cik Auni baru nak sihat nanti berjangkit lagi. Lagipun kesian mak mertua nanti dia penat. So biar dia rehat dulu. En suami pun ikut saya balik rumah mak semula. Memang nampak sangat yang dia tak sihat. Sakit-sakit badan. Saya rasa badan dia pun panas. Lepas makan ubat suruh dia tidur jer.

Cik Auni plak malam tadi muntah-muntah. Mungkin salah makan kot. Saya ada suap dia kek secret resepi sikit. Saya just colek jer kek tu then suap dalam mulut dia. maybe dia tak boleh terima lagi. Kul 11 camtu dia dah tidur sampai ke pagi. En suami plak tak lena tido dok soksek soksek. Dengan saya sekali tak lena nak tidur. Lepas subuh camtu baru saya nampak dia dapat tidur dengan nyenyak.

Elok saya nak bersiap gi kerja cik auni bangun. menangis-nangis. Cam tau je nak kena tinggal. Dia kan jarang kena tinggal dengan nenek dia. Hopefully dia ok la ni.

Pagi tadi hantar en suami balik rumah mak dia tengok dia macam dah ok. Badan dah tak panas. Selsema ngan batuk jer memang degil sikit nak hilang. Semoga kesayangan-kesayangan saya cepat sembuh. Dan semoga saya juga bertabah supaya dapat menjaga mereka.

Monday, November 11, 2013

Lemau

Hari ni agak lemau sikit. Bukan disebabkan hari ni hari Isnin. Ramai yang tak suka hari Isnin kan...Tapi kalau Khamis Jumaat baru senyum lebar. 

Actually Auni tak sihat. Dia demam start Sabtu tengahari. Makan pun sikit. Nasib baik menyusu ok. Merengek je. Demam kali ni dia lain macam sikit. Auni jarang demam so dapat kesan la perubahan dia. Selalu kalau badan panas kita lap dengan kain basah dia ok. Ni dia macam tak suka. Patut la masa mandi pagi tu dia tak main air. Nak cepat je. Sejuk agaknye. Ye la luar panas dalam sejuk. Selalu dia la paling suka mandi. Nangis macam mana pun kalau mandi tetap riang gembira. 

Sebelum balik rumah mak petang tu bawa Auni gi klinik. Masuk ubat bontot untuk turunkan suhu. Malam tu tak lena dia tido. Merengek-rengek serba tak kena. 3 4 kali gak la kena siram dengan muntah Auni. Dengan berak-berak tapi bukan yang cherry berry tu. Buang air macam biasa cuma 2 kali sehari. Selalu tu sekali sehari ataupun 2 hari sekali. Kul 4 pagi bawa dia tengok tv. Main-main dengan dia kejap pastu tido. Tu pun kul 5 lebih baru nak lelap. Kul 6 lebih dah jaga balik. Makan pun sikit-sikit jer. Saya kalau boleh tak nak biasakan dia makan ubat. Sekali jer saya bagi dia ubat demam. Antibiotik yang kena habiskan. Nak biasakan dia. Biar dia bina antibodi dia sendiri. Alhamdulillah dia nak minum susu. Saya tak bagi langsung FM sepanjang dia demam. Nasib baik juga dia demam masa cuti. Kalau hari bekerja nak tak nak terpaksa jugak topup dengan FM. 

Malam tadi pun demam dah ok. Pagi ni makan masih sikit. Tapi ada gak dia makan. Risau plak kalau dia lapar nanti. Saya ni kepala macam tak betul sikit. Ye la kurang tido. Macam ni la kalau ada anak kan. Makan pun tak menentu. Tu yang saya tak suka. Saya ni kena jaga makan sebab nak maintain susu. Kalau dah makan pun tak menentu macam mana susu nak keluar. Tu yang lemau jer harini. Nak-nak plak pagi tadi hujan lebat. Nak melangkah keluar rumah tu pun macam seretseret kaki jer...

Kena ambik mood balik ni. Kena happy-happy. Aci tak kalau nak tido kejap. 15minit pun jadi la. Sambil-sambil mengepam ni...Nak bila balik keceriaan pagi Isnin ni. Semoga mood saya tak kelaut la harini. Pagi tadi hampir-hampir hilang mood dah. Nasib baik cepat-cepat sedar. Jom kita ambik mood pagi-pagi ni...




Wednesday, October 2, 2013

Bila Auni demam

Auni kan jarang demam. Bila dia demam memang lama la kan. Jumaat lepas saya cuti. Nak service kete. Boleh je suh en suami yang gi hantar. Sebenarnya memang dia pun yang buat semua tu hehehe. Boleh jer kalau tak cuti tapi saje je kan nak berehat-rehat kat rumah.

T.hari tu dah rasa badan dia dedar-dedar. Dalam hati berdoa sangat agar dia tak demam. Tapi semua tu meleset. Dia demam jugak malam tu. Bagi ubat demam gak. Auni pun dah mula merengek. Malam tu mamng tak tido la. Setiap jam pantau suhu dia. Risau sangat. Demam dia jap ok jap demam. 

Sabtu malam tu g klinik lagi sebab tengok dia cam on off jer. Pas makan ubat dapat la dia tido. Kalau tak gelisah jer. Yang saya perasan auni kalau demam dia akan tido kejap-kejap jer tapi kerap la. Pastu tak nak tido kat buai. Nak beriba jer. Selalu tu bukan main susah lagi nak tido kat riba. Mungkin sebab ubat tu kot. Ye la pas makan ubat jer tepuk-tepuk dah tido. Sedih jer tengok muka dia time tido tu.

Ahad tu balik kg urutkan auni. Memang ada salah urat. Yer la budak tengah nak melasak. Lagipun Auni ni jenis yang suka nak melentik-lentikkan badan. Mana la tak sakit-sakit badan camtu.

Ha ni nak cerita pasal makan ubat. Budak kan memang tak suka makan ubat. Auni lagi la dia bukan boleh ada benda lain masuk dalam mulut dia. Bagi makan bubur pun dia kuarkan balik. Dia susah nak terima benda baru. Sebelum ni kalau dia demam mmg susah la nak makan ubat kan. Melalak macam mummy dia dera. Hari 1st tu memang cam biasa la melalak kan. Padahal ubat tu manis kot. Masuk hari kedua dia dah pandai. cerdik sangat budak kecik ni tau!. Dia tak nangis pun. Ok la kan tak nangis. kalau korang mesti suke kan anak tak nangis time makan ubat. tapi tidak yer bagi auni. tu semua taktik dia untuk melepaskan diri supaya mummy tak bagi dia ubat. Sebab apa??? Sebab kalau dia tak nangis camne dia nak bukak mulut. Kalau nangis kan senang mummy picit jer ubat terus masuk dalam mulut. So taktik dia ialah dengan cara tak nangis & tutup mulut. Bijak...bijak....anak mummy ni

Isnin pagi saya dah bersiap nak g kerja . Bila pegang auni panas balik badan dia. Check suhu 39.5. Terus EL. Terus mandikan dia pastu makan ubat & tido balik. Mula la nak berdukung jer la budak kecik tu. malam tido pun tak pakai baju. Sentiasa letak kain basah kat kepala nganbadan dia. Risau sangat kalau suhu naik lagi.

Alhamdulillah selasa pagi tu auni dah ok. Badan pun tak panas dah. Senang sikit hati mummy nak pergi kerja. Tapi lunch time en suami call bagitau badan auni naik ruam-ruam merah-merah. penuh satu muka. Maka saya terpaksa la 1/2 day. Merempit terus balik rumah. Kad medical semua kat saya. So saya memang terpaksa 1/2day jugak. Bawak pergi klinik rupanya kena campak keladi. Sian Auni....

Malam tido pun dah bergaru-garu kat telinga dia. Tak boleh berpeluh langsung. Anak kalau sakit mak yang risau tahap gaban kan...cAmtu la mak-mak kita dulu kan...HArap-harap auni cepat la sembuh. Sayang Auni ketat-ketat....

Tuesday, July 2, 2013

Auni Demam

Sian anak mummy ni demam...ni 1st time Auni demam. Last week dlm kul 5 pg badan dia panas. Auni merengek sikit-sikit jer. Anak mummy ni baik sangat. Walaupun demam tapi tak buat perangai. Pagi tu dalam kul 10 terus bawa dia pergi klinik. 

Budak ni susah nak makan ubat. Caranya campurkan ubat tu dlm susu dia. Lepas makan ubat tidur lama. Auni ikut mummy rasanya. Kalau selsema jenis hingus cair yang meleleh. Memang tak boleh control. Sian tengok dia. Cepat sihat yer sayang. Rasanya demam nak alih bulan. Sekejap je anak mummy ni dah 4 bulan.

Friday, February 1, 2013

34 sudah...

Alhamdulillah dah masuk 34 minggu Rabu lepas. Masa untuk check up lagi. Kena plak saya demam time tu. Malam tu memang dah rasa tekak lain macam jer. Tido malam hingus dah meleleh, terpaksa sumbat hidung pakai tisu. Saya kalau nk selsema memang kena sumbat hidung. Sebab hingus jenis yang cair keluar tanpa diundang. Ikut suka dia je bila dia nak kuar. Tu pasal kena sumbat hidung tu. Pagi bangun siap mandi kepala dah berdenyut-denyut jer. Ingatkan nak baring kejap jer tup-tup tertido plak. Sedar-sedar jer en suami kejutkan kul 8. Memang x larat nak bangun. Sudahnya kita cuti sajer...

Petang tu g check up alhamdulillah tak ramai orang. Ada harapan la nak balik awal. Tak macam yang sebelumnyer punya la ramai patient dengan budak kecik yang menangis tak berhenti-henti. Result check up alhamdulillah sume ok cuma kencing agak kotor. Maybe malam tu saya kurang minum air. Ditambah plak dengan demam, selsema & batuk memang saya kurang minum air kosong. Saya sendiri terkejut tengok kencing saya tak seperti biasa. Dalam hati dah agak dah mesti ada yang tak kena. Nasib baik yang lain-lain ok.

Kaki dah sembab. Camne xnakb bagi kaki ni sembab. Tido dh tinggikan kaki. habis semua bantal saya konker sorang. En suami dapat 1 bantal jer. Seb baik dia bukan jenis yang tido pakai bantal banyak-banyak.  Tapi aritu saya perasan bila saya banyak berjalan kaki saya ok plak. tapi yang jadi masalahnya saya tak larat nak berjalan lama-lama. Aritu pun sebab saya tunggu en suami kerja tak tahu nak buat apa so saya pusing ole-ole seksyen 18 tu. Lama kot tak jalan-jalan kat situ. Tempat jatuh lagikan dikenang (ewahhhh...) Lama giler kot tak window shoping ni. ahhhh rindu sangat....En suami bukan suka sangat nak window-window ni. Ajak g aeon rawang pun susah bukan main lagi. Setia City Mall pun tak jejak lagi. Cik CT nanti kita jalan-jalan sama yer....



Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday: Demam

Gamabr minggu lepas tengah dok sokseksoksek ngan batuk







Monday, April 30, 2012

Cerita saya



Tetiba bangun pagi suara dah cam jantan jer... Seb baik laki ai xde tau! kalau tak mesti dia konpius hehehe...batuk masing kong...kong..kong...hidung masih berair lagi tapi tak seperti semalam. Semalam memang terbaik la...ingatkan adik-adik balik boleh la happy-happy bersukeria di hari rayer...

Walau macam mana pun ada gak beberapa perkara dapat dijalankan walaupun tidak seperti plan asal. Dan malam tadi walaupun diganggu oleh bunyi bising oleh en suami yang melayan dvd the day after tomorrow kat dalam bilik (langsung tak hormat bini dia yg tengah demam ok!!!!) tapi dapat gak tido dengan lena.. Alhamdulillah....itupun setelah dipaksa oleh en suami makan panadol suluble.

Kondisi hari ini adalah tidak berapa sihat lagi. Masih soksek soksek. Makan pun kena memilih sebab tekak masih gatal-gatal. Badan masih sengal-sengal. Actually demam takde sangat cuma batuk ngan selsema jer...

Nak cerita benda lain tapi taip benda lain. Takpe la lain hari saya cerita yer....






Friday, December 24, 2010

MC

Hari ni saya MC. memang dari semalam badan suam-suam suku. Tekak pun lain macam jer. Semala 1/2 day sebab tak larat sangat. Hari ni memang niat nak pergi kerja. Kerja banyak (sampai bila pun kerja tak habis kan???) Lagipun dah janji dengan supplier nak emailkan surat.

Bangun tido pagi tadi rasa berat jer badan ni. Kepala pun berdenyut-denyut jer..Dok berkira-kira nak kerja ke tak? Lepas solat subuh makin tak larat pulak badan ni. Sudahnyer 8.30 ke klinik jugak akhirnya. Dapat la MC harini. Tapi pergi gak opis. Supplier dah call bila nak email surat.

Cuti-cuti pun ramai yang call tnya pasal kerja (cam penting sgt jer kan) hehehee...xde la orang penting kat opis tu kebetulan ada kerja yang x settle lagi...dari klinik ke opis, sampai umah dah kul 11. Perut sikit punya lapar. Alhamdulillah selera saya dah kembali seperti biasa. Dekat 2 mggu xde selera nak makan. Makan ubat selsema ngan demam jer. Ubat batuk memang tak makan sebab tau ubat tu akan membuatkan kepala saya ting...tong....

Lepas solat zohor mata ni bagai digam-gam...terus tertido dari kul 2.30 hingga 4.30. Ingatkan ubat tu x mengantuk sekali mata x leh tahan dah....

Malam ni malas dah nak makan ubat. Buatnya terlajak esok pagi sudah....acikan saya tak makan ubat heheehehe....



Friday, January 22, 2010

Tak Sihat

Masih lagi terasa bahang tahun baru...pertama kali demam di tahun baru. Kira agak awal lagi. Bulan januari pun x hbs lagi. Masih pertengahan januari. Bermula dengan sakit tekak pada hari Selasa, diikuti dengan keadaan badan yang sekejap panas sekejap sejuk. Di tambah lagi dengan aircond office yg sejuk. Memang cepat jer la suhu badan aku ni berubah2... Sudahnyer hari Rabu tu aku 1/2 day. Khamis terus mc, hari ni hidung plak susah nk bernafas. Dengan keadaan ekon yg aku rasa hari ni agak sejuk. Sampaikan student komplen ekon sejuk.

Memandangkan jumaat rehat lama, so aku ambik keputusan nk tido sekejap. Kepala agak berdenyut sikit. Pas mkn ubat ni nk rest jap..

Hopefully next week aku akan sembuh seperti biasa. X mo kejadian lama berulang lagi. Sakit ambik darah masih terasa sampai sekarang walaupun rasa malu menangis2 depan k.zai. Cam budak kecik pun ada rasanyer...tapi tiap sakit dh x ingat apa dah...

Seboleh mgkn aku akan berusaha untuk mengembalikan kesihatanku ini. Ubat mmg ikut time makan. Perut mmg x penah kosong. Cuma masalah ekon kt tpt keje yg x blh dielakkan. Pakai la tebal mana pun baju. Tetap rasa sampai ke tulang sum2...

Doakan kesihatan aku...