Wednesday, October 30, 2013

Rezeki kita

Nak membebel kejap. Dah lama tak bebel sorang-sorang. Luahan perasaan je. Tak tahu nak luah kat mana. Bila sebut pasal rezeki ni banyak sebenarnya (dh cam ustajah-ustajah plak hehehe) Rezeki kaya, rezeki pangkat, rezeki makan, rezeki senang, rezeki jodoh, rezeki anak macam-macam la...

Ada orang jodoh dia lambat. Macam saya 30 lebih baru bertemu jodoh. Alhamdulullah rezeki anak tu cepat. Anak dara bila dah masuk 3 series memang sangat merisaukan ibubapa & kaum keluarga. Tapi parent saya ok. Masa tu abah ada lagi. Saya ingat lagi masa saya habis diploma dulu. Abah kata terpulang pada saya samada nak futher study or keje or kawen. Masa tu takde langsung pikir nak kawen. Dalam kepala ni nak cari kerja je. Ye la adik-badik sume sekolah lagi. Time tu fikir nak tolong mak abah jer. Sama-sama nak sekolahkan adik adik. Tapi rezeki kerja tu belum ada lagi.

So saya sambung belajar. Alhamdullillah habis belajar saya dapat kerja tempat saya praktikal iaitu tempat saya bekerja sekarang ni. Bila dah ada kerja semua sibuk dok tnya bila nak kawen kan. Sapa yg tak nak kawen. Tapi belum ada rezeki. Sampailah adik-adik saya habis belajar kat universiti kecuali adik bongsu saya.

Alhamdulillah saya dapat meringankan sikit beban orang tua saya. Sempat la saya bawa abah naik kereta saya & bawa dia bercuti. Cuma tak de rezeki abah nak tengok saya berkahwin. Abah sempat tengok saya bertunang jer. Sedih sangat rasanya...tapi saya rasa abah gembira sekarang ni bila anak-anak dia dah berjaya mendapatkan ilmu seperti mana yang dia inginkan. Dia nak sangat anak-anak dia terus belajar setinggi mana yang mampu. Al-fatihah untuk abah.....

Segalanya dah ditentukan olehNYA. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Janganlah sebab kawen lambat dah kita menuduh yang bukan-bukan. Tak pandai bergaul la...memilih la...kita tau ke masalah empunya diri. Kita tahu ke usaha mereka macam mana??? Bab anak satu lagi. Siapa yang kawen tak nak anak kan (ada la kot kes-kes tertentu) tak payah nak banding-bandingkan orang tu ngan orang ni. Jangan plak kita pandai-pandai nak mengata mereka bukan-bukan. Merancang la...takut sakit la...nnti dah ada anak takut tak cantik la tu...please la....dan ada yang lebih teruk lagi siap membabitkan keturunan...contoh la kan...keturunan kita semua elok-elok...takde masalah. kawen jer terus dapat anak...siap bunting pelamin lagi. ntahntah belah dia kot ada yang mandul. tak pun ala...dia takut nak pergi berubat la tu takut doktor kata dia mandul. tolong la yer.. apa perasaan kita kalau berada di tempat mereka

Ada orang kawen lambat, dapat anak cepat. Ada yang takde anak tapi diberi kemewahan. Tak pun diberi kesenangan walaupun tak mewah. Ada yang cepat naik pangkat.Ada yang rezekinya murah sentiasa. Ada yang diberi kesihatan yang berpanjangan itupun dikira rezeki jugak. Benda ni kalau fikir sampai ke sudah pun tak habis kan. Tapi kesian la kat mereka-mereka yang terlibat.

**tak tahu kenapa hari ni nak membebel plak

No comments: