Kakak Auni sekarang 5tahun 7bulan. Sebenarnya mummy dah train dia dari dia start sekolah lagi iaitu dari umur dia 4tahun. Tapi sampai sekarang masih belum berjaya.
Even tidur siang pun di nak berkepit lagi. Kalau tak dengan mummy dengan ayah. Macam-macam cara dah buat sebenarnya. Dia pernah bagitau nak katil princess sebab ada tunjuk gambar. Masa tu belum beli katil lagi. Tapi bila fikir-fikir balik macam rugi je. Nanti dah sekolah menengah mesti dia dah tak suka.
So mummy pun decide beli katil queen kaler putih. Memandangkan bilik tu dah bercat kaler purple masa mula-mula masuk rumah aritu so kena la jugak dengan kaler putih tu kan. Ada rezeki lebih sikit mummy ambik pulak almari. Pun kaler putih.
Tapi mummy tak pernah pun hampakan harapan si kakak ni. Mummy cari bedsheet princess, hellokitty & frozen. Punya la nak suruh dia tidur sendiri. Sudahnya mummy tidur ngan dia jugak.
Mummy pernah temankan dia tidur dulu. Kengkonon lepas tu mummy boleh la menyelinap keluar tapi sama je. Tak sampai 5minit dia boleh tersedar. Lepas tu cuba pulak kaedah tidur bawah kakak tidur atas katil. Pun tak menjadi. Mummy dah pening ni. Belum si adik lagi😩😩😩
No comments:
Post a Comment