Monday, September 3, 2018

Pakaian beragam sempena hari kemerdekaan


Last week meriah betul dekat fb anak-anak kecik memperagakan pakaian bertemakan kemerdekaan. Seronok rasanya. Last year sekolah kakak auni takde pun buat sambutan. eh ke ada...entah la. mungkin ada kot tapi secara kecil-kecilan. Tailor & parent pun kreatif nk ilhamkan baju anak-anak. Ada yang bersengkang mata jahit baju anak. Esok paginya nak siapkan anak-anak lagi. Fuhhhh...

Tahun ni kakak auni dah bertukar sekolah. Ada la dapat memo dari cikgu. Hari Jumaat ni ada la sekolah buat pertandingan pakaina beragam tradisional. Ok la kan...senang mak bapak nak carikan baju. Pakai je baju kurung/melayu dah settle.

Masa mula-mula dapat surat tu saya dah terfikir nak pakaikan kakak auni pakaian selain baju kurung. Ala sesekali nak bergaya kan hehehehe...ayahnya lagi senang. Suruh je pakai baju kurung. Mujur la baju kurung kakak auni semua dah senteng. Baju raya dia plak kurung moden. So dapatla saya merealisasikan impian saya hahahaha...

Terus terbayang baju kadazan dusun etnik sabah sarawak. Alahai comelnya la kalau budak-budak pakai kan :-) tapi mana la nak dapatkan baju tu kat semenanjung ni. kalau nk sewa pun mesti mahal. Mak dia pun tak agak-agak nk comelkan anak pun...

Maka terkubur la hasrat emaknya di situ...so kit acari plan lain. Terdekat adalah baju tradisional India or Cina. So nak tau kena la tunggu hari kejadian yer....




No comments: