Sunday, October 7, 2018

Ujian UPT


Ni ujian upt saya pada hari sepatutnya saya period. Kenapa saya membuat ujian upt ni. Saya tidak mengambil sebarang perancang keluarga. Hanya merancang sendiri.

Bila setiap bulan period saya teratur & normal, kitaran haid pun sama makanya kebarangkalian untuk saya mengandung adalah tinggi. Dan bila saya buat ujian upt ni hasilnya adalah samar-samar. Mengikut pembacaan saya kalau hasil begini dianggap positif.

Seeloknya ujian upt dibuat pada hari ke12 period. Senang kata kalau lewat 2minggu elok la cek sebab pada waktu ini kandungan hcg dalam air kencing adalah tinggi. Jadi kita akan dapat jawapan yang tepat. Ini untuk ujian upt di rumah yer.

Selepas saya dapat ujian yang samar-samar tu saya minta encik suami beli lagi upt kit ni di Watson. Minta dia beli jenama yang sama sebab harganya murah hhehehe. 2kehamilan sebelum ni pun saya guna jenama yang sama. Lepas tu baru saya check di klinik swasta untuk kepastian sebelum buka buku pink di klinik kerajaan. Tapi encik suami beli janama lain dengan harga rm21. Saya agak terkejut. Pada saya kenapa perlu membazir sebab benda tu sekali guna je. Lepas guna kita buang.


Hari ke6 lewat period saya buat ujian upt lagi. Dan ini hasilnya. Jelas terang dan nyata kan. Dalam perkiraan saya usia kandungan saya dalam 5minggu. Lepas ni kena la cari masa yang sesuai untuk buat diklinik untuk pengesahan dari doktor. Tak tahu kenapa tapi saya rasa macam seronok je bila doktor buat ujian ultrasound nanti. Tak sabar rasanya. Kita tengok apa pula alahan untuk kali ni.

Semoga kandungan kali ini, alahan tidak seteruk sebelum ni. Selamat datang sayang 😊😊😊



Saturday, October 6, 2018

Hari Sukan kakak Auni

Pagi tadi dapat luangkan masa di hari sukan kakak Auni. Kakak Auni rumah biru. Dari 2minggu lepas lagi dia berlatih. Tiap kali balik sekolah mesti dia kata dia menang.


Awal pagi dah sampai. Semangat betul kakak Auni ni. Sampai sekolah cikgu ada bagi breakfast. Tapi biasa la kakak Auni mana makan pagi. Dia ambik nasi lemak tu bagi pada adik. Terharu betul mummy tengok kasih sayang kakak pada adik.

Acara pagi tu dimulakan dengan perarakan rumah sukan. Maskot rumah biru rama-rama. Rumah hijau dengan ularnya. Rumah oren ada lebah manakala rumah merah pulak ada ladybird. Comel-comel je bebudak ni





Setiap rumah sukan ada pulak sorakan rumah masing-masing. Semangat betul budak-budak ni hhehehe.

Kakak Auni masuk 2 acara. Masuk bola dalam bakul dengan masuk gelung dalam kon. Dua-duanya dapat naib johan. Sepatutnya boleh dapat johan. Kakak auni peserta pertama dalam grup dia. Dia lari memang laju. Sampai peserta akhir sekali boleh pulak budak tu jalan lenggang kangkung. Haishhh...geram je tengok. Siap cikgu tolong pimpin larikan budak tu lagi. Tapi apa nk buat adat la kan. Nasib baik la kakak masuk 2 acara je. Kalau tak mau serak suara mummy hahhaha.

Jom layan gambar...







Sampai rumah mummy yang terlebih penat hahaah. Anak-anak releks je boleh sambung main lagi hhehehe.





Friday, October 5, 2018

Damailah wira-wira negara

Rabu lepas kita dikejutkan dengan kematian 6anggota bomba kita. Keenam-enam anggota tersebut lemas ketika misi mencari seorang pelajar yang jatuh ke dalam lombong. Ketika kejadian tersebut hujan turun dengan lebat. Punca kejadian adalah disebabkan pusaran air.

Pelajar yang lemas tu dijumpai keesokkan harinya. Tak dapat nak bayangkan huhuhu. Seharian fb penuh dengan cerita mereka je. Sedih melihat insan-insan yang ditinggalkan. Anak yang ditinggalkan ayah, isteri yang ditinggalkan suami, ibubapa yang ditinggalkan anak.

Mereka melakukan kerja yang mulia. Meninggal dalam keadaan lemas menyelamatkan seseorang. Pastinya sungguh besar ganjaran buat mereka nanti. Saya juga menitiskan air mata membaca cerita-cerita mereka.

Semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian ini. Merekalah wira negara. Damailah wahai sang perwira. Alfatihah...




Monday, October 1, 2018

My Calendar- period tracker


Ni kelander period saya untuk tahun 2018. Saya memang takde masalah dengan period. Memang regular tiap-tiap bulan. Period cycle saya pun tetap.

Biasanya period saya memang tetap ikut kalender ni. Kalau tak tepat pun akan awal sehari dua or lewat pun sehari dua. Tapi pernah la jugak bulan berapa tah tu lewat 10 hari.

Saya rasa kalender ni berguna sangat untuk yang plan nak ada anak or yang plan sendiri. Sebab dia ada nyatakan waktu period & waktu subur. Untuk yang period dia regular tiap-tiap bulan memang takde masalah. Cuma bagi pasangan yang plan sendiri tu boleh la agak-agak untuk bersama.

Sepatutnya hari ni saya period. Ikut tarikh tu la. Tapi masih belum ada apa-apa. Perasaan memang dah lain. Pagi tadi bangun tidur teringat ada 1 lagi Urine Precnancy Test yang belum guna lagi. Tak tahu la kenapa tergerak hati nk check pulak. Dan resultnya....


Samar-samar je. Tak tau nk kata macam mana. Kalau ikutkan memang dah nampak kan walau samar-samar je. Dari pembacaan saya masih terlalu awal nak kata positif.  Sebenarnya nak dapatkan result yang betul-betul tepat kena la tunggu 2mggu dari tarikh jangkaan period. Senang kata kalau dah 2minggu tak period tu kalau cek upt memang kan nampkak dengan jelas. Tapi Ada jugak yang kata positif.

Perasaan saya berbelah bahagi. 50/50 takpe la kita tunggu lagi seminggu tengok macam mana. Kalau tak period lagi kita cek lagi.