Showing posts with label Aktiviti Auni. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Auni. Show all posts

Saturday, October 6, 2018

Hari Sukan kakak Auni

Pagi tadi dapat luangkan masa di hari sukan kakak Auni. Kakak Auni rumah biru. Dari 2minggu lepas lagi dia berlatih. Tiap kali balik sekolah mesti dia kata dia menang.


Awal pagi dah sampai. Semangat betul kakak Auni ni. Sampai sekolah cikgu ada bagi breakfast. Tapi biasa la kakak Auni mana makan pagi. Dia ambik nasi lemak tu bagi pada adik. Terharu betul mummy tengok kasih sayang kakak pada adik.

Acara pagi tu dimulakan dengan perarakan rumah sukan. Maskot rumah biru rama-rama. Rumah hijau dengan ularnya. Rumah oren ada lebah manakala rumah merah pulak ada ladybird. Comel-comel je bebudak ni





Setiap rumah sukan ada pulak sorakan rumah masing-masing. Semangat betul budak-budak ni hhehehe.

Kakak Auni masuk 2 acara. Masuk bola dalam bakul dengan masuk gelung dalam kon. Dua-duanya dapat naib johan. Sepatutnya boleh dapat johan. Kakak auni peserta pertama dalam grup dia. Dia lari memang laju. Sampai peserta akhir sekali boleh pulak budak tu jalan lenggang kangkung. Haishhh...geram je tengok. Siap cikgu tolong pimpin larikan budak tu lagi. Tapi apa nk buat adat la kan. Nasib baik la kakak masuk 2 acara je. Kalau tak mau serak suara mummy hahhaha.

Jom layan gambar...







Sampai rumah mummy yang terlebih penat hahaah. Anak-anak releks je boleh sambung main lagi hhehehe.





Tuesday, November 18, 2014

Besar dah dia

Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar Cik Auni dah 1y8m dah pun. Banyak yang dia dah tau. Asik mengikut je apa yang orang buat. Dah banyak cakap sekarang ni. Tapi bahasa dia la. Banyak mulut sumgguh dia ni. 

Ada la 2 3 perkataan yang boleh difahami. Kalau dulu yang dia tau nenen, mam, nak...sekarang ada peningkatan macam duduk, sus (susu) ma...ma...(mummy yer sayang) kadang-kadang dia panggil mamak (ma+mak) sebab dia dengar kita panggil wan dia mak. So dia gabungkan jadi la mamak. 

Cukup susah nak tidur siang. Asal tnya nak tidur tak???jawapan dia mesti taknak (sambil geleng-geleng kepala) Dah pandai buat suara miow...auk..auk...(anjing) cip..cip...(burung) tapi kalau meow tu slow je bunyinya. Suwet sangat mummy dengar.

Ni salah satu aktiviti yang dia tiru. Kadang-kadang dia selongkar bakul baju kotor nk gosok baju. Tiap-tiap hari tengok mummy dia gosok baju. Lagi satu kalau nampak ayah dia bersiap depan cermin dia pun sibuk ambik sikat, deodorant, perfume. Nasib la pagi-pagi mummy siap dia tak bangun lagi. Kalau tak mesti dia pun tiru aksi pakai lipstik gak. 

Time tidur kalau tengok dia mesti terdetik dalam hati alahai anak mummy dah besar rupanya. Jap lagi nak sekolah dah. Pastu masuk u kerja & kawen. Mummy rasa macam tak buas lagi nak peluk gomol dia. Walaupun kadang-kadang geram dengan perangai dia yang dah pandai macam-macam sekaran ni. Camni la kehidupan kan....

Friday, October 24, 2014

Sepetang di kampung


Aktiviti kat kampung biasanya sama je tiap kali balik pun. Lagipun kampung bukan jauh sangat. 15-20 minit je dah sampai. Tapi tiap-tiap minggu nak kena balik jugak. Ye la sementara mak ada lagi kena la jenguk selalu kan...

Selalunya petang-petang kalau kat kampung bawa si kecik ni jalan-jalan je. Biar dia berlari-lari ikut suka dia. Kat rumah mak mertua terkongkong sikit. Sebab rumah taman. Lagipun jalan depan rumah mak mertua tu sibuk sikit. Banyak kenderaan lalu lalang. Pastu dengan motor yang laju-laju. Gate memang sentiasa tutup.

So bila balik kampung inilah peluangnya untuk sikecik tu explore. Main tanah, pasir, air lecak...seronok je. Yang tak seronoknya bila semua benda pun nak masuk dalam mulut dia. 

This week tak dapat balik kot. Sebab En suami kerja. pastu banyak plak undangan perkahwinan. Tak pe la Deepavali hari tu pun dah balik tengok mak. Kita balik minggu depan plak la cari ikan. Musim menuai dah habis ni. Banyak la boleh dapat ikan....

Friday, October 17, 2014

Rajin betul anak dara ni...

Ni ha anak dara yang rajin sangat tu...dari ke malam bawak ke pagi dia punya rajin tu...

Budak-budak memang camni kot. Saya biarkan je dia kuarkan sume. Eh xde la sume. Dia kuarkan pastu dia masukkan balik. Kadang tu entah mana dia sorok. Suka betul dia kuarkan benda alah ni. 

Kalo dulu baju-baju dia kuarkan. Sekarang ni dah beralih arah plak. Ada sekali tu dia terjumpa topi dia masa baby. Pastu sibuk suh pakaikan...ermmmmm anak oh anak...

Ni saya send gambar ni kat ayah dia. Boleh plak ayah dia kata pandai Auni susun pampers. Pernah sekali masa Auni kuarkan baju-baju dia pastu saya tertidur pastu ayah dia balik buat macam tak nampak je...sakit plak ati kita ni...kot la nak tolong kemaskan ke simpan balik ke. Takdenya....

Takde la niat saya nk suh dia kemaskan. Cuma berniat nk bagitau dia yang anak dia ni rajin sangat. Saya pun takde la nak marah-marah kat Auni. Budak tengah nak membesar. Tengah seronok nak explore sesuatu. Biarkan je la...

Lepas ni tak tahu apa plak akal sikecik ni. Seronok tengok gelagat dia dari hari ke hari....


Wednesday, May 21, 2014

Riadah Petang

Cik Auni kan kawan-kawan dia sume orang-orang yang lagi besar daripada dia. Dia suka angat berkawan. Kalau nampak budak-budak berlari-lari kat mall leka je dia melihatnya.

Aktiviti Cik Auni kalau petang-petang pergi ke taman. Kat situ ramai la budak-budak yang bermain. Dia kalau lalu depan taman permainan tu suka betul. Dah ramai plak yang nak melayan dia. Lagi la dia suka. Ni ada la beberapa keping gambar Cik Auni bersama kawan-kwan dia...

Mula-mula main buaian dulu
Dah macam besar sangat je Auni ni
Kawan-kawan dari jauh lagi dah tunggu dia
Sume berebut nak buaikan Auni
Tak dihiraunya mummy kat depan
Kawan dengan orang besar-besar je
Seronok betul dia
Kawan ajak main gelongsor plak
Memang best la dapat layanan dari kakak-kakak kat situ
Siap bertukar-tukar lagi nak gelongsorkan auni
Pastu sibuk nak main sorang...awak tu kecik lagi wei...
Posing jap
Lagi satu mummy
Ni la antara kawan-kawan yang rajin melayan Cik Auni
Ok dah petang sangat ni. Tak boleh lama-lama
Cik Auni kalau dapat ke taman permainan ni memang suka betul la dia. Kalau pagi-pagi lalu pun siap muncung-muncung nak tunjuk taman tu. Mana la ada orang main pagi-pagi dik oi..

Ni tak pandai jalan lagi. Kalau dah pandai nanti mau satu padang tu dia jelajah. Apa pun mummy happy sebab anak mummy happy. Ayah pun happy gak...





Friday, April 18, 2014

Cerita Cik Auni

Lama dah tak cerita pasal budak tecik ni. Di umurnya 13bulan masih belum berjalan lagi. Merangkak kemain lagi laju. Bila kita pegang tangan dia elok jer dia nak berjalan. Sebenarnya saya rasa dia masih takut-takut nak lepas tangan. 

Kalau pergi taman, beria dia nak berjalan. tapi kita la kena pegang dia. Kawan-kawan dia sume besar-besar. Eksen ko yer dik. Cik Auni ni ramah orangnya. Suke berkawan. So kalau pergi taman memang dia suke la.

Cerita sikit-sikit dulu la yer. Meh nak kongsi video dia mengemas. Peberet dia ni. Biasa la anak dara kan mesti la nak tolong mummy....