Tuesday, April 30, 2019

Penghujung April

Hai...assalammualaikum. selamat pagi semua. Sihat ke pagi ni. Minggu lepas ramai yang tak sihat. Saya pun terkena juga virus selsema. Mujur la tak lama.

Rupanya mak di kampung pun tak sihat. 2 hari cuti tak bekerja. Ala kerja kat kampubg je. Saya kan orang kampung. Mak jarang sangat sakit. Tapi bila dah sakit memang ambik masa. Tu nasib 2haru je. Khamis ngan Jumaat. Takde pergi klinik pun. Just adik belikan panadol soluble je. Tu pun tak makan tah tak. Biasa la orang tua-tua memng cenggitu.

Tapi ada juga dia pergi berurut. Memang dia ada mengadu sakit bahu. Asik angkat berat-berat je. Actually mak saya ni kerja di kantin sekolah. Kadang kalau ada event kat sekolah ada la cikgu-cikgu order nasi ayam ke. Selalu sangat angkat periuk kuali berat-berat.

Kami adik beradik dah lama suruh mak berhenti kerja. Ye la takde sapa dah nak ditanggung. Adik bobgsu pun dah bekerja. Tapi tu la....panjang tapinya๐Ÿ˜”

Sabtu lepas sempat la balik sekejap. Sebab pagi-pagi tu mak dah call bagitau ada buah kuini. Mak dah tolong kutipkan๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š bahagia je rasanya hahhahaha. Maka menjeles la adik badik yang lain. Ala kena nak upload gambar tak boleh plak ni.  Mana hilangnya gambar saya ni huhuhu

Baru nak menayang pic buah kuini yang mak kutipkan untuk anak kesayang dia ni hehehehe. Tu la lama sangat tinggalkan blog ni. Kan banyak yang dah lupa. Nampaknya kena belajar balik ni...


Monday, April 29, 2019

34 weeks

3 pagi update blog๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ benda yang jarang sangat terjadi. Alkisah saya dah tak boleh tidur. Ni dah 3 kali ke toilet.

Mulanya tadi memang rasa penat. Pukul 9 dah masuk bilik. Siap suap anak-anak makan biar dorang main kejap kat depan sambil ditemani sang ayah maka saya pun menyeludup masuk bilik. Mata memang dah ngantuk sangat. Bila anak-anak kena paksa tidur dengan ayah dorang memang lambat la dorang nak tidur. Nak-nak lagi ayah dorang takde kat sebelah.

Dah sebulan rasanya praktis dorang ni tidur tak berkepit. Ye la saya pun dah tak selesa nak tidur. Nak dapat posisi yang terbaik tu memang susah la. So anak-ank dengan paksa rela, cuba tidur sendiri walaupun satu katil ngan mummy dia. Kalau si ayah cuti je dorang akan berkepit bawah ketiak ayah dorang untuk tidur.

Maybe dalam pukul 10 or 10.30 kot terlelap tadi. Sedar pukul 12 sebab sang ayah nak pergi kerja. Start dari tu la sampai pukul 3 ni tak boleh nak lelap. Maka perut pun minta diisi. Ke dapur la kita terbayangkan megi goreng sedap. Memang sedap dikala perut minta diisi dan di luar hujan. Gabungan yang paling baik sekali.

Nampaknya mata pun sudah ada tanda-tanda ingin tertutup. Moga esok pagi tidak terlewat. Baju sekolah anak-anak belum pun bergosok. Maka kita berhenti di sini dahulu.

Eh nampak macam dah semakin rajin update kan hhehehe..


Thursday, April 25, 2019

Mengidam

Mengandung anak ketiga ni tak tau la nak kata. Kadang-kadang terasa nk makan sesuatu tapi bila tak dapat tu terus la lupakan. Takde la macam teringat-ingat je..

Tapi yang satu ni memang nak sangat. Memandangkan due saya adalah pada hari raya so entah kenapa tetiba plak rasa nak makan biskut raya biskut dam. Ni kuih orang lama-lama ni. Dah tak ramai yang buat kuih ni. Tapi alhamdulillah dapat juga.





Sedap wei kuih ni. Seronok baby dapat makan kuih dam ni. Berjoget-joget dia kat dalam ni. Ni hasil carian di FB. Tapi dah tak ingat apa FB dia. Risau gak masa dia nak pos tu. Ye la takut la kalau sampai-sampai je kuih tu jadi serdak kan hahahahaha. Memang dah rezeki kan. Seketul pun tak pecah. Now tinggal separuh balang je. Anak-anak dah sibuk kata ni kuih raya so kena makan time raya je. Ada rezeki nanti kita order lagi yer nak....

Tuesday, April 23, 2019

Flu..flu..go away




Hidung dah start berair ni. Tekak pun dah rasa lain macam. Actually dari malam tadi lagi dah bersin-bersin. Petanda nak selsema ni. Masa awal-awal mengandung haritu ada selsema & batuk jugak. Memang tak larat sangat time tu. Time rehat je terus merebahkan diri. Sok sek sok sek...

Esok nak check up. Kalau tak larat sangat mc je la esok. Moga dipermudahkan...

Friday, April 19, 2019

Salam Jumaat

Sekejap je masa berlalu. Dah hari jumaat. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur lagi. Semoga kita berjumpa lagi di Jumaat yang akan datang.

Pejam celik pejam celik lagi beberapa minggu je lagi nak sampai Ramadhan. Ada ke yang tak abis lagi bayar puasa. Saya alhamdulillah lama dah abis. Ganti puasa lepas raya tahun lepas. Buat puasa enam lepas tu terus puasa ganti & puasa sunat Isnin Khamis. Rajin tak???? hehehehehe

Bukan nak puji diri sendiri tapi sesambil dalam proses nak dapatkan berat ideal. Ingat senang ke nak dapatkan bmi yang ideal. Sebenarnya tak susah pun. Hati je kena kental. Saya start dengan puasa tak minum ais so automatik la kurang minum manis. Buka puasa dengan air panas. Lagi puas rasanya. Sahur pun banyakkan air suam je. So bila dah dari puasa ramadhan sambung puasa enam & ganti alhamdulillah memang nampak la berat tu turun.

Dan satu lagi bagi saya nak turunkan berat ni kena elakkan nasi. Nak elak tak makan nasi tu memang agak sukar so saya kurangkan sikit-sikit. Bila puasa sendiri dengan anak-anak memang boleh control. Berbuka makan yang healty je. Yang ni memang ketara. So saya rasa untuk saya cara diet yang berkesan adalah dengan kurangkan manis & nasi. Kalau dapat senaman secara konsisten mesti lagi kebaboommm. Tapi tu la....

MOga lepas bersalin nanti dapatla cepat-cepat turunkan berat badan ni. Cuma risau sebab breastfeed ni memang cepat lapar. Pengalaman menyusu anak kedua memang tgak boleh skip nasi. Badan jadi menggigil. Acaner tu???? Tak pe kita tengok dulu nanti. Try & error orang kata.

Doakan saya selamat bersalin yer. Ehh...lama lagi kot nak bersalin. Tapi macam dah tak larat nak bawa perut hahahahahahaa....

Wednesday, April 17, 2019

32 Week

Semakin berat perut terasa. Semakin cepat penat. Kaki semakin cepat lenguh. Nak berdiri lama-lama pun tak larat sangat dah.

Mengandung anak ketiga ni, rasanya memang cepat letih. Mungkin faktor umur. Betul la makin berumur makin berisiko bila kita mengandung.

Selera makan pun makin menjadi. Asik nak minum yang manis-manis je. Tak padan dengan ada GDM. Last week doc scan baby agak gebu. Tapi doc kata waktu-waktu camni memang baby akan berkembang dengan jayanya. Patut la rasa macam dah tak larat nak bawa perut.

Berharap sangat kandungan kali ni tak besar sangat. Kalau boleh jangan la lebih 3.5kg. Tak larat nak meneran. Semoga baik-baik je