Showing posts with label SELSEMA. Show all posts
Showing posts with label SELSEMA. Show all posts

Tuesday, April 23, 2019

Flu..flu..go away




Hidung dah start berair ni. Tekak pun dah rasa lain macam. Actually dari malam tadi lagi dah bersin-bersin. Petanda nak selsema ni. Masa awal-awal mengandung haritu ada selsema & batuk jugak. Memang tak larat sangat time tu. Time rehat je terus merebahkan diri. Sok sek sok sek...

Esok nak check up. Kalau tak larat sangat mc je la esok. Moga dipermudahkan...

Monday, September 7, 2015

Bila anak-anak tak sihat

Rasanya satu famili dh berjangkit dengan demam, batuk & selsema. Cik Auni pakej dia memang batuk+selsema. Demam memang kejap je la dah kebah. Adik pun camtu gak. Cik Auni kalau batuk+selsema memang lambat la nak baik. Ubat paling berkesan setakat ni 'ngempeng' je la. 

Adik pun kalau demam balut ngan tuala basah je alhamdulillah ok. Cumanya kali ni hidung dia mudah tersumbat. So susah la dia nak tidur & menyusu malam-malam. Lagi kalau dia menangis. Kalau keluar hingus yang meleleh-leleh tu senang la nak sedut. Ni jenis hidung tersumbat tak tahu nak buat camne. Dah la adik ni alergik ngan garlic oil. 

Masa Cik Auni kecik-kecik dulu memang lumur ngan garlic oil je la. Nanti nak try lemon sock plak la. Mana tau serasi ngan adik.

Sapa yang mulakan demam ni??? En Suami la...dia start dulu bersin-bersin pastu selsema. Habis semua orang dia cium memang berjangkit la. Budak-budak kan mudah dapat penyakit. Pastu tak nak mengaku. Kata saya yang jadi puncanya. memang la lepas dia selsema saya yang demam teruk. Masa cuti merdeka tu saya boleh sambung cuti sehari lagi sebab memang tak larat langsung nak angkat kepala malam tu. Kebetulan Cik Auni pun demam gak malam tu. Alhamdulillah saya tahan gak dari ambik sebarang ubat-ubatan. Kesian plak pada adik tu. Walaupun nak pejam mata pun rasa tak larat je. Sakit sampai tak boleh nak tidur. Saya paksa jugak...Esok pagi dah ok.

Cik Auni sekarang dah pandai memilih makan. Kalau boleh nak minum air sejuk je. Air kosong langsung tak disentuhnya. Camne la nak ajar dia minum air kosong ni. Kalau dah camtu camne nak baik selsema ngan batuk tu. Kadang-kadang geram je dengan budak tu...

Takpe la...sakit tu kanpenghapus dosa. Mungkin mummy semakin lalai so Allah bagi ujian melalui anak-anak yang tak sihat. Semoga lepas ni mummy dah tak lalai lagi. Semoga anak-anak mummy cepat sembuh semuanya...


Wednesday, April 15, 2015

Bila Anak Demam

Anak dara saya demam. Dah seminggu rasanya. Demam kali ni yang paling lama. Mulanya selsema dengan batuk je...dia jarang demam. Kali ni memang agak teruk la. Dengan tak makannya. Susut teruk badan dia. Nasib la nak jugak minum susu. Dah berapa hari tak makan bila dukung dia terasa sangat. Perubahan paling ketara bila dia tak aktif. Asik nak duduk dalam buai je. Selalunya kalau demam pun tak reti duduk diam budak ni. 

Berlari kesana kesini. Ni bila dia tak nak keluar buai risau plak saya. 3 4 hhari jugak la badan dia on off demam. Masuk hari ke5 alhamdulillah dia nak aktif sikit. Risau gak la. Ingatkan nak bawa dia pergi cek darah. Bila tengok dia dah start makan, dh berlari sana sini, dh joget2 bila tengok video favourite dia Alhamdulillah...

Cumanya mummy terkilan sikit sebab kadang-kadang time nak tido mummy tak dapat nak peluk dia. Ye la time nak tidur tu la adik dia bangun nak menyusu. Sedih bila mummy hanya mampu tepuk2 dia kat kaki je. Mummy pun sebenarnya rindu nak peluk dia time tidur. 

Mummy doa cepat la anak mummy sembuh seperti biasa. Rindu nak tengok gelagat dia yang sangat keletah tu. Mungkin demam nak banyak cakap kot. Dah pandai cerita sekarang ni. Mummy suka layan dia cerita time nak tidur...

Cepat sembuh yer sayang...Mummy sayang sangat kat Auni...

Monday, January 19, 2015

Perubahan Cuaca

Malam tadi tekak dah rasa perit-perit. Anakanda dh 2 hari batul selsema berkahak. Nak buat steam macam tak larat plak dengan keadaan sekarang ni. Tapi kesian dia bila tidur malam batuk-batuk. Ubat memang ada bagi tapi biasa la mummy memang tak puas hati selagi tak buat steam. Tapi tu la bila tah nak balik umah mak. Kat kampung mak boleh tolong pegangkan sama. Tau la Cik Auni dah besar ni kuat la merontanya. Harapnya cepat la sembuh.

Harap dengan perubahan cuaca yang panas sekarang ni mummy dapat la bertahan. Kalau mummy sakit sapa plak nak jaga Cik Auni nanti. Sapa plak nak jaga insan-insan tersayang yang lain. Tapi tu la...beringat beringat juga tapi kalau dah pagi-pagi melantak ais apa kes???Tu pun tak sedar lagi. Dah la semalam cuti duduk rumah pun melantak ais. Lagi-lagi panas-panas MIL buat air cincau. Bergelas-gelas minum tak ingat dunia. Berkali-kali plak tu. Selagi ada air dalam jug tu memang asik nak ke dapur je la. Kalau ke dapur tu minum air kosong tak pe la jugak.

Kekonon tekak tu dh rasa lain macam malam tu nak minum air kosong banyak-banyak la. konon je la. Walaupun dah sediakan air dalam bekas siap bawa masuk bilik lagi tapi punya la liat nak minum. Bukan susah pun. Bangun pastu capai bekas air kat tepi katil tu pastu minum....tapi tu la mata lagi berat nak bukak. Nak-nak plak En Suami yang buatkan susu Cik Auni memang heaven la kan dapat tidur. Tapi kesian kalau dengar Cik Auni batuk berkahak. Cepat la sihat anak mummy....

Thursday, October 2, 2014

Cik Auni pun dah kena..

Pagi tadi bangun je Cik Auni dah bersin bersin. Pastu dengar dia batuk plak. Ingatkan dia mengajuk saya batuk. Dia ni kalau bab mengajuk batuk orang memang terrer. Masa bersin tu meleleh leleh hingus kuar. Oh my sayang busuk masam pun dh berjangkit. 

Try bagi dia makan madu tapi tak nak plak dia. Bagi dia rasa sikit pun pastu terus dia taknak. Kalau boleh tak  nak la bagi dia ubat. Nak guna bahan bahan semula jadi je dulu. Batuk ngan selsema saya pun belum ok lagi. Ari tu konon konon nak buat wap la. Tapi guna water heater kat bilik air je. Berkesan la jugak walaupun5% je...hehehehe...ye la air dia bukannya panas sangat pun. Lagipun tingkap dalam bilik air tu dah melopong. Keluar la segala wap-wap air tu.

Malam bila tah saya batuk tak berhenti. Gatal je tekak ni. Sambil terkencing dalam seluar. Sudahnya terpaksa la pakai pad. Pastu terus ke dapur makan madu. Alhamdulillah dapat la tidur dengan selesa. Kalau tak memang tak tidur la jawabnya.

Tengok balik kerja nanti kalau Cik Auni masih berhingus & batuk lagi kena la buat garlic oil. Harap tak lama la Cik Auni selsema ni...


Tuesday, September 30, 2014

Running Nose

Semalam bukan main happy lagi yer...takde monday blues la...rehat-rehat kat rumah la...hari ni hambek ko!!! Berjujuran air hidung turun macam air terjun. Pakej dengan batuk sekali. Sekotak tisu dah habis. Nasib la tadi tergerak nak bawa tisu yang kat dalam kete...

Nak buat keje pun tak selesa ni. Semalam tekak memang terasa perit. Malam tadi la start selsemanya. Tido pun tak lena. Asik la on off ekon. Cik Auni tu bukan boleh panas-panas. Gelisah jer tidonya. Saya jugak la kena bertahan. Sampai tempat keje memang tak boleh nak buat apa dah. Ni dh masuk kotak tisu kedua. Risau bberjangkit kat Cik Auni je. Selalu tu saya yang berjangkit dengan Cik Auni...harap-harap kuat la antibodi dia...

Wednesday, April 9, 2014

Belum ok sepenuhnya

Saya masih selsema+batuk. Dah pergi klinik. Makan ubat pastu ngantuk. Salah saya juga tak bagi tau nak ubat yang tak mengantuk. Sudahnya lepas makan ubat jadi lalok. Satu keadaan yang paling saya tak suka. Tu belum makan ubat batuk lagi.

So sekarang saya perlu kuatkan antibodi saya. Saya perasan dah 2 kali saya macam ni. Kalau Cik Auni tak sihat siap sedia la saya pun akan berjangkit sama. Bukan nak salahkan Cik Auni. So lepas ni tak nak culas lagi makan vitamin.


Saturday, April 5, 2014

Jangkit ke mummy pulak

Cik Auni nampaknya dah ok. Tdo pun dah xde bunyi. Kalau tak sedih je dengar hidung dia tersumbat. Kesian dia.

Alhamdulillah dh 2 mlm sblm tdo saya sapukan kunyit hidup yang dparut+lemon+minyak kelapa dara. Saya biarkan setengah jam sblm saya gunakan. Sapu pada dada, belakang, tapak kaki ngan betis. Lebihan tadi sy simpan dalam peti ais. Boleh guna lagi bila2.. Ni kira macam balm dari bahan semulajadi. Saya tak ingat blog mana yg saya baca. Nnti kalau ingat saya link kat sini. Ini adalah cara semulajadi untuk merawat baby yang selsema dan batuk.

Saya geram tengok hingus cik auni yng meleleh2 tu. Selalunya saya akan sedut buang. Tu yang berjangkit pada saya. Memang dah tau kalau cik auni selsema je mummy pun akan dapat jugak.

Ada satu malam tu saya sedut hingus dia sblm tido. Supaya dia senang untuk bernafas. Sekali tu cik auni ambik dia punya towel hingus terus lap mulut saya. Terharu rasanya. Pastu dia kiss saya. Touching sangat. Tu kira cam ucap terima kasih pada mummy la tu sebab dah tolong buangkan hingus dia. Dah besar anak mummy ni....

Petang semalam ada buat wap kat cik auni. Kalau ikutkan hati dari dia selsema tu saya nk buat. Tapi tak ahu sedihkan wan auni. Balik rumah nenek auni petang tu baru saya buat. Alhamdulillah lena dia tido. Ni baru bangun minta susu. Cik auni dah besar sikit ni susah ikit nak buat tepukan purcussion. Saya just wap je. Air panas tu saya campurkan dengan bawanh putih. Terasa saya pun nak buat jugak. Jap lagi leh buat sama2 ngan cik auni. Mummy pun hidung dah mleleh ni..

Ok lah mummy try nak lelap mata jap. Risau takut pening plak nanti...

Wednesday, February 12, 2014

Auni & Mummy flu

Cik Auni ngan mummy flu. Cik Auni dulu yang kena. Dah ok mummy plak jangkit. Risau jangkit balik pada Cik Auni. Masa Cik Auni selsema mummy bagi ubat sekali jer. Mummy banyakkan BF Cik Auni. Alhamdulillah cepat baik. Wan Cik Auni pun kalau mandi tak basahkan kepala sampai la Cik Auni betul-betul dah ok. Demam tak pulak. 

Mummy dah 4 hari flu. Paling teruk hari Sabtu lepas. Meleleh-leleh hingus ni cam air terjun. Ngan bersin-bersin lagi. Risau je ngan Cik Auni. Ye la time cuti ni la dia nak menyendeng jer ngan mummy. Pastu tak kasi can langsung mummy nak berehat. Tak mau tido. Last-last nenek yang buai baru la nak tido. 


Sekarang Alhamdulillah mummy dah ok. Isnin g klinik doc bagi ubat selsema ngan vit-C. Silap mummy gak sebab balik kampung tak bawa vitamin. Dah la Jumaat tu skip tak makan vitamin. Actually hari Jumaat lagi dah rasa lain macam. Now tak nak skip dah makan vitamin & banyakkan minum air kosong. Sekarang kan musim panas. So kawan-kawan jaga kesihatan tau!


Tuesday, February 4, 2014

Sayu hati nak tinggal anak

Pagi tadi masa nak pergi kerja Cik Auni menangis. Selalunya time saya pergi kerja dia ok jer. Sayu plak hati nak tinggal dia pergi kerja dalam keadaan dia yang menangis tu. Cik Auni tak sihat sebenarnya. Selsema. Malam tadi tido pun merengek jer. Cam tak lena. Tak senang hati mummy pergi kerja. Menjerit-jerit nak mummy dukung. Aduhai anak....cepat la jam...

Wednesday, August 8, 2012

Selsema & 1st checkup




Semalam ngan arini saya selsema. Laju jer cecair dalam hidung ni turun tanpa sebarang amaran. Kadang-kadang tak sempat nak halang. Hidung pun dah sakit asyik dok lap hingus jer...Orang kata kalau pregnant tak elok makan ubat selsema. Semalam jumpa doktor pun doktor tak galakkan ambik ubat selsema. Risau gak. Tapi untukmu baby mummy tahan jer la yer...dan semalam saya dapat MC. Ingatkan leh la wat buku pink sekali tpt saya dorang kata hari rabu ngan kamis jer.

So pagi tadi pagi-pagi lagi saya dah berada di KKKS. Ingatkan saya yang awal rupanya ada lagi yang awal. So far semuanya ok. Nurse-nurse kat sana pun baik-baik. Walaupun agak sempit penuh ngan patient tapi layanan nurse-nurse tu sume ok-ok. Ibu-ibu yang mendapat rawatan kat sana pun semua saya tengok happy-happy jer...takde la nampak mereka stress. GOOD!!!! 

Doktor pun hensem (acecececececece) malu la plak nak tenung muka dia lama-lama. Muda lagi. Cam belum kawen je lagi (hehehehehehe gatal!) Mana la tau kenan ngan doktor tu. Dah la hensem, baik pulak tu, sopan santun cukup la pakej tu...

Gambar ambik guna tepon jer. Sangat tak clear tapi masa kat monitor tu ada la doktor tu tunjuk degupan jantung baby. Sampai sekarang saya macam tak percaya jer ada baby dalam perut saya. Baby duduk elok-elok yer dalam ni. Makan cukup-cukup tau. Tak mau banyak meragam yer...Makan yang sihat-sihat jer yer...Mummy akan tunggu sampai baby keluar yer...Baby sekarang 9 minggu...Next check up 5/9/2012. Duduk elok-elok yer sayang.....

Wednesday, May 9, 2012

Wordless Wednesday: Demam

Gamabr minggu lepas tengah dok sokseksoksek ngan batuk







Monday, April 30, 2012

Cerita saya



Tetiba bangun pagi suara dah cam jantan jer... Seb baik laki ai xde tau! kalau tak mesti dia konpius hehehe...batuk masing kong...kong..kong...hidung masih berair lagi tapi tak seperti semalam. Semalam memang terbaik la...ingatkan adik-adik balik boleh la happy-happy bersukeria di hari rayer...

Walau macam mana pun ada gak beberapa perkara dapat dijalankan walaupun tidak seperti plan asal. Dan malam tadi walaupun diganggu oleh bunyi bising oleh en suami yang melayan dvd the day after tomorrow kat dalam bilik (langsung tak hormat bini dia yg tengah demam ok!!!!) tapi dapat gak tido dengan lena.. Alhamdulillah....itupun setelah dipaksa oleh en suami makan panadol suluble.

Kondisi hari ini adalah tidak berapa sihat lagi. Masih soksek soksek. Makan pun kena memilih sebab tekak masih gatal-gatal. Badan masih sengal-sengal. Actually demam takde sangat cuma batuk ngan selsema jer...

Nak cerita benda lain tapi taip benda lain. Takpe la lain hari saya cerita yer....






Monday, October 19, 2009

Batuk+selsema

Hidung aku dh mula mengeluarkan cecair yg tidak diundang. Semalam elok lagi just sakit2 tekak ngan batuk2 jer...arini ha ambek pakej terbaik yg aku dapat. Nk MC dh last week aku cuti 3 hari. Opismate aku plak cuti. Xkan nk biar su sorang2 kat opis sampai malam. Sian plak kat dia. Xpasal2 dia plak yg sakit nnti. Aku harap sgt disaat2 camni dapat la staff baru secepat mgkn.

Dh kalo jadi benda2 yg x diingini camni berlaku kan ke ssh. Nmpaknyer aku kena duk kat meja aku je arini. Xlleh suka2 hati nk kuar. Kat luar tu ramai student x pasal2 aku plk dikata pembawa virus. Dah la H1N1 belum settle lagi...minta2 la dijauhkan.

Fuh lega dapat bersin...gatal hidung2 ni. Rasa cam nk cabut jer..Seb bek MQA esok ngan lusa. Aku dh cuak gak la kalo MQA dtg arini. nk xnk kena gak la...dh xde staff lagi dh. Sok kalo ok sikit leh la kalo x k.zai help me!!!!!!!!

Hadui la makin mencurah2 air hingus ni. Ni dh mkn ubat. Kalo x mkn camne la gayanyer yer...Mlm ni kena g klinik gak. Ubat batuk ttinggal plak kat kg. Xpe la tu bagi kat jemi je la. Dia pun x sihat gak. Aku risau PMR dia aritu. Ngan demamnya ngan kenduri lagi. sure penat. Walau apapun keputusannya aku redha jer...Cm aku plak yg ambik pekse kan. Sapa x risau wei...dia la satu2nya yg tinggal. Yg lain aku x risau sgt. Sume dh lepas. Yg ni sorang jer lagi...

Hopefully aku cepat sembuh...

Al-Fatihah untuk Pakcik aku yg meninggal malam sabtu lepas. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin......