Wednesday, May 6, 2009

Warna Pakaian Lambang Personaliti

#MERAH
Mereka yang mempunyai aura berwarna merah adalah seorang yang aktif, produktif, selalu memandang masa hadapan.

#KUNING
Suka menyenangkan orang lain, humor dan membuat orang ketawa, mengambil risiko.

#HIJAU
Mereka ini mempunyai pemikiran yang cepat, cemerlang dan pandai. Tidak suka diperintah, suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik.

#BIRU
Mereka ini mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi. Selalu ingin disayangi tetapi agak ragu-rahu dalam soal ini kerana mereka inginkan diri mereka disayangi melebihi daripada apa pun yang ada di dunia ini.

#UNGU
Mereka ini suka bersahabat dan mengambil ringan sesuatu perkara itu. Susah bagi mereka untuk sentiasa serius dalam sesuatu perkara.

Sumber: Mingguan Malaysia, 3 Mei 2009

No comments: