Tuesday, June 30, 2009

Ding! Dong!

Cik ada bungkusan untuk cik...




Dup dap dup dap....




Sapa plak la nk bg bungkusan2 bagai ni. Nak kata besday dh lama lepas. Nak kata sajer2 org nk bg sapa plak la yg baik ati sgt2 nk bg hadiah2...


Sila abaikan mejaku yg berselerak tu yer. Kalo x berselerah x wat keje la namanya... ahaks!!!


Apa isi dalam????


Jap...


Kasi saspen jap...



Sabar yer...


Bawak2 bertenang


Mmg wat2 saspen

(hahahahaha)

gelak jahat sikit...




TARA!!!!!!!!!!!!!










DAN LAGI!!!!!!!!!!!






Saya beli 2!!!


Jgn jeles yer kawan2...
Ni la dia projek terbaru kartunis UBI yg terkenal ngan karya beliau AKU DIA & VOLKSWEGAN
Aku dari dulu mmg minat sgt kat karya UBI ni. Sampai sekarang pun suka baca komik lagi2 Ujang & APO. Release sikit pala otak ni. Bukan x baca bahan2 ilmiah lain. Cuma ni sebagai selingan nk ringankan sikit pala otak ni.
Dah lama cari koleksi AD&V ni. Tapi mmg dh x diterbitkan lagi. Bila UBI wat projek baru dia ni apa lagi aku pun order la. 2 lagi...sekurang2nya terubat gak kat karya beliau.



Monday, June 29, 2009

Mulakan hari ceria

Dimulakan dengan bismillah....

Alhamdulillah arini datang kerja dengan hati yang tenang. Biasa la hari isnin haruslah kena mula dengan yang baik2, yg positif2 kan??? dengan harapan minggu ni akan dipenuhi dengan keceriaan...(ceh ayat penuh pengharapan...)

Hari ni pun cuaca elok. Langit terang...
Hatiku pun berbunga2, bersemangat nk bekerja

TAPI......

Masuk2 opis on jer ekon betul2 depan mata tingkap x tutup...ish pantang betul aku. Ternganga luas plak tu!!! ni yg wat spoil mood 1 minggu ni. Ni yg nk hangin ni!!!!

xpe sabar...sabar....

Tu kalo dah tingkap x tutup tu apa maknanya tu????cuba jawab. xkan x nmpk tingkap tu tbuka luas cam mulut buaya. bukannya jauh pun suis ekon ngan tingkap tu. kalo jadi apa2 sapa nk jawab. xkan aku kot!!!! kalo bukan aku pun dh aku pun keje sama kat dalam opis ni dh sah2 nnti aku kena soal siasat gak. ni yg menaikkan darah aku ni. Lama2 kang darah tinggi plak asyik naik darah jer...

Huh malas aku nk bising, bebel pjg2...ingatkan boleh la ceria2 selepas balik kg. Lain plak jadinya. Sajer jer pagi2 nk wat org hangin...








Aku kena terapi untuk hilangkan semua aura2 negetif dalam badan aku ni...supaya esok lusa & sepanjang mggu ni aku dalam emosi yang stabil. Tapi K.zai nk cuti balik kg naik train. nak ikut!!!!!!!!!!!


Friday, June 26, 2009

Dah Ok!!

Yuhu...arini ada gumbira sikit. Apa pasal??? Sebab I dah kemas bilik, basuh baju & lipat baju2 I yg 2 bakul tu. Eleh bukan susah pun nk lipat baju. X sampai pun 1/2jam. Yang peliknya masa belom lipat tu rasa cam banyak plak baju aku tu. Tu yang duk tangguh2 tu. Sebab pikir mesti lama nk kena lipat. (huhuhu dasar pemalas)

Masa aku th lipat baju tu baru aku perasan rupa2nya selain baju aku ada baju lain lagi. Maksud aku baju aku yg jarang aku pakai. Baru aku ingat last week adik aku kan menumpang sekejap sebab dia lom dapat umah sewa lagi. Harusla dia belasah baju aku. Seb bek baju g keje dia dh basuh & dh aangkut kat umah dia. Kalo x mesti aku rasa lagi byk baju aku itu.

Mana x banyak seminggu dh 5 pasang baju untuk g opis. Kalo baju kurung 10 helai la kan baju+kain. Lom tudung lagi. Untuk baju tido t-shirt ngan suar. seminggu 10 helai gak. Baju yg adik aku pakai lagi dh 20 helai. Tu lom kira baju g terapi lagi. Patut la banyak. Seb bek last weekend balik kg. Kurang dh 4 helai baju.

Pagi tadi dapat siapkan sume. Alhamdulillah....1 pencapaian yg bagus!! clap clap tuk diri sendiri...

Sok nk balik kg kalo gaji masuk. X syok la ujung2 bulan ni balik xde gaji. Xblh nk berpoya2 kat kg. harap2 sok masuk la gaji yer...

Thursday, June 25, 2009

Apa-apa ajer..

Terasa sunyi sekarang ni..duk umah sorang2. Seb bek keje malam. Tu pun boring tahap gaban, tahap satria baja itam dah...nk tgk tv pun cam bosan sorang2..yg lain aku balik dorang masuk bilik. Penat agaknyer keje...eleh aku pun keje gak huh x puas hati tol aku ni


Sebenarnya byk jer keje blh buat kat umah tu. Tapi nape tah malas sgt...baju kotor sebakul x basuh. Esok la..esok dh Jumaat cukupkan seminggu hehehe aci x camtu?? :)) baju bersih 2 bakul x lipat. Aku kalo bab2 lipat baju mmg fail... hahahaha (ui gelak jahat) bukan malas cuma xde mood jer... ye la lipat baju kan memerlukan mood yg sgt baik!!! (alasan yg cukup kukuh) kalo x nnti x lawa plak kan lipat x sama saiz hehehe... dasar pemalas

Sok janji aku kemas bilik. Lagipun this week nk balik kg. X syok la plak kan kalo ahad balik sini bilik cam tongkang pecah (itulah hakikatnya ) hehehe...biar la bila balik nnti happy jer...dh release tension kat kg balik keje ngan hati yg tenang. hip...hip...hooray!!!!! (ayat x bleh blah!!)

K.zai bila nk p terapi ni???? kami dh xtahan woooo. terasa cam duk lam gua batu kapor!!!!


Apakah kaitan k.zai ngan ceritaku ini????

Wednesday, June 17, 2009

Cucur Udang

Ni la rupanya cucur udang aku.
Agak gelap sikit sbb api besar

Yg ni cantik sikit


Bahan-bahan ( 4-6 org makan )
~250gm tepung gandum
~1 sudu kecil soda bikarbonat
~taugeh
~daun kucai-potong2
~air dan garam secukupnya
~sedikit pewarna kuning
~150gm udang
Bahan untuk sos:-
# 2 sudu besar cili boh
# 10 ulas bawang putih-cincang
# 50gm cili sos
# garam
# sedikit gula
# 100ml air
#Minyak secukupnya
Cara-cara
1. Untuk sos:- satukan semua bahan, masak atas api hingga pekat. Ketepikan.
2. Untuk cucur:- satukan tepung ngan soda bikarbonat.
3. Masukkan taugeh, daun kucai, garam, gula, pewarna kuning dan air. Bancuh hingga rata dan pekat.
4. Panaskan minyak. Celupkan senduk besar kedalam minyak panas. Tuang adunan kedalam senduk, 3/4 penuh. Letak seekor udang dan masukkan kembali kedalam minyak panas.
5. Cucur akan tertanggal dari senduk. Goreng hingga masak. Hidang bersama sos.
6. # pastikan minyak betul2 panas ya...kalau x, cucur akan serap banyak minyak. tp jgn terlalu panas..nnti hangus..
credit to: junjs11@myresipi.com


Cekodok Pisang

Ha ni la hasilnya
Ok kali ini, kita buat n3 pasal cekodok pisang plak yer...ni hari ahad lepas beli pisang kat pasar kabut. x byk pun sesikat jer. Selalu kalo pisang ni mmg peberet housemate aku la. Tapi tah knp kali ni lmbt plak nk hbs pisang tu. mgkn bersaing ngan buah2 lain kot.

So pg td bgn agak awal, tu yg wat cekodok tu. Kali ni rajin plak nk tepek resepi. Layan jer la...

Bahan:
~Pisang
~Tepung
~Soda bikarbonat
~Gula
~Garam
~Air

Cara-cara:
1. Blender pisang, soda bikarbonat, gula & garam
2. Gaul bersama tepung
3. Goreng...

Senang kan??? Aku ni sume nk yg senang2 jer...

Ni plak bw bekal pg td





Tuesday, June 16, 2009

Salahkah wanita tak tahu memasak?


Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.


''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.


Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.


Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


Saturday, June 13, 2009

Sabtu yg keje

Hari ni sistem still problm lagi. So nk wat keje mmg malas x boleh. Semalam En hafiz bg senarai buku suh check. K.zai pun bg gak senarai buku. Yg ada kat aku pun x siap lagi. Bila tah boleh siap. Jawapan tu kena tggu sistem ok. Student pun cam x ramai. Ingat nk buat jadual SA. Kena tukar lagi sbb lastt week ada sorang SA tu x dtg. Bab tukar2 jadual ni lemah sikit. Pening ooo nk wat. Wat kat umah jer la.

Next week k.zai cuti 2 hari. Cam bosan jer...kalo sistem ok xpe la gak. ( cam rajin sgt je nk wat keje). MQA mass com ari selasa. Tu pun x kira gak. selalu kita tggu x dtg. kita x tggu dtg plak. tapi sume dh ready. Thanks tu k.zai sbb dh siapkan sume dokumen.


Thursday, June 11, 2009

What to do???

Semangat ni dtg2 keje nk siapkan keje poyo tau!!! yg melambak2 tu. Buka2 pc sistem x blh buka plak. Hadoi la...camne ni???so skrg nk wat apa? xkan nk melangut jer...

Cadang nk setup kaunter depan. Dah pegawai dia EL plak arini? Ish...kacau betul la. Xblh ke EL hari lain. Adoi la...dh nama EL mana blh plan kan. kalo plan x EL la. Bukan kita tau dia nk EL. Dia pun xtau dia nk EL. Dh kalo tau nk EL x jadi la EL kan. dh merapu plak dah....

Ni tgh pk nk wat apa ni??? tercari2 keje lagho yg boleh dibuat. Ingatkan nk siapkan keje arini. memandangkan semalam sistem sikit punya laju. Syok ja wat keje dh pulak arini jadi cenggini. Kalo ku tau nk jadi camni xde la aku kemas kaunter tu semalam. Ada gak keje nk buat kan???Dah sekarang????

Tuesday, June 9, 2009

Cekodok Bilis

Ahad lepas punya la boring duk umah xde wat apa2 tetiba teringin nk mkn cekodok bilis. Mmg dh lama x buat cekodok cenggini. Kalau kat kg petang2 ke mlm2 sambil tgk tv mesti wat cekodok. Berebut jer adik2 mkn. Syok plak kalo teringat zaman kecik2 dulu. Minum ngan kopi o panas perghhh....memang best.

Senang jer nk wat. Cuma rajin ngan malas jer...

Bahan-bahan:
Tepung
Air
Ikan bilis
Bawang
Garam

~Tumbuk bawang ngan ikan bilis (aku blend jer...hahahaha dasar pemalas)
~Gaulkan ngan tepung + air
~Masukkan sedikit garam
~Goreng

Senang kan!!!!





Last week aku bersama2 housemate aku telah menerjah Restoran Upin Ipin di seksyen 13. Ala dekat belakang tesco xtra tu jer.. Ni kali kedua aku pergi. Xtau la plak dia buka kul berapa & tutup pun xtau kul berapa X sempat plak nk tanya. Kalo pegi kat sini mesti nk oder 3 jenis air special tu Upin Ipin ngan k.ros. Sedap ooooo....

Monday, June 8, 2009

Piknik@Ulu Yam

Dah lama plan sebenarnyer tapi tu la memasing sibuk kan...kali ni alhamdulillah jadi gak p ulu yam ni. Org kata waterfall ni terapi semulajadi yg paling baik utk buang ion2 negetif dalam badan kita. Xtau la sekuat mana keberkesanannya.

2 keluarga memulakan perjalanan seawal 8 pagi lagi. Sampai2 dh ramai gak yg sudah memulakan xtvt seperti kami. memasing duk angkut bakul2 mknn. Kebetulan cuti sekolah & Cuti keputeraan Agong.

Memasing memainkan peranan memasing...selepas siap xtvt bakar mbakar xtxt ni la yg paling ditunggu2...Si kecik Aiman dr awal lagi dh terjun ke sungai. Kebal sggh kulit dia. kami yg besar ni pun turun naik turun naik. Tapi aiman sampai biru2 bibir pun xnak naik2...


Wednesday, June 3, 2009

Setelah penat...

I ingat nk la update semalam tp badan ni rasa penat sgt setelah pulang dr kuantan. Penat xtau nk kata la...padahal Isnin I cuti. Maybe x besa drive jauh2 kot.

Actually Sabtu lepas pegi rumah makcik I sepupu I kawen. Mmg lama giler x pegi umah dorang. Seingat I masa I sekolah menengah dulu. Mak ngan abah selalu la gak kan. Lagipun kitorang adik beradik ramai kecik2. Transport pun xde. Mmg ssh la nk gerak kan...Tu yg jarang pegi tu.
Sekarang ni Alhamdulillah atas rezeki yg dikurniakan. Dapat gak bw mak ngan abah. Dorang pun lama gak x dtg umah kitorang. Dh berapa raya dah x dtg. Ye la tuk ngan nenek dh xde. Arwah nenek dulu duk ngan kitorang. Lepas dia meninggal mmg dh xde la sedara mara yg datang. Kalo xde hal yg penting mmg ssh nk jumpa. Lagipun adik beradik abah sume duk jauh2. So terbatas sikit la.

Dari Shah Alam kul 10.00 sampai sana kul 3. Cepat la kot sbb 1st time drive p kuantan. Sume lalu highway jer..jalan pun ok. kenderaan x la ssk sgt. Yg x bestnyer kamera I rosak. Camne la blh rosak tension tol. Terlepas nk ambik gambar ngan pengantin. huhuhu...
Dapat gak rasa ikan patin kat umah dorang. Masa singgah kat R&R Temerloh cam teringin jer tp memandangkan ramai sgt org waktu tu maka terpaksa di cancel kan jer niat tu.

Ahad tu kul 12 kami dh bertolak balik. X sempat tggu penagntin sanding pun tp xpe sempat gak tgk dorang nikah ngan katam Quran. Ok la tu. Lagipun kamera I kan rosak. kalo I tggu mesti frust x dpt ambik gambar....