Showing posts with label MAKAN. Show all posts
Showing posts with label MAKAN. Show all posts

Friday, August 28, 2015

Her favourite food

Budak-budak dengan ayam memang tak dapat dipisahkan kan...lagi-lagi kalau suka tengok upin ipin. Cik Auni la tu...hari-hari nak tengok upin ipin. Ulang 50 kali pun tak pe. Tapi takde la dia suka sangat makan ayam goreng macam upin ipin tu. Kadang-kadang je la...

Tapi kalau dengan sate memang dia tak tolak. Mungkin sebab ada ramuan rempah-rempah dalam sate tu kot. Tu yang buat dia suka tu. Ada sekali hari tu pak usu dia pergi pasar malam beli ayam percik. Di ambiknya ayam percik tu dia makan macam makan sate. Asal boleh je kan. Memang dah lama Cik Auni tak makan sate. Kesian plak mummy tengok. So 2 3 hari lepas tu mummy belanjja la dia sate. Banyak la dia makan. Dalam 10 cucuk kot. Tapi sate tu kecik je. Harga pun 30sen je...

Nanti ada masa mummy banje Cik Auni sate hut yer...lama dah tak makan sate hut...kenangan "embah" dengan member-member opis.... ;-))

Friday, October 10, 2014

Birthday Celebration 2014

Dah lama entry saya tak bergambar kan. Ok kali ni entry bergambar. Banyak sangat gambar. Ada lagi yang tak edit. Malas dh menguasai. tapi gambar yang ada ni pun dh cukup menggambarkan kemeriahan suasana tersebut.

Khamis lepas 9/10/2014 office saya buat sambutan hari lahir untuk semua staf. Senang buat sekali harung jer. Sebelum-sebelum ni kitorang buat 4 bulan sekali. Tapi sejak 2 tahun ni tak dapat nak buat camtu dah sebab ramai yang sudah beranak kecil. 

Sebelum-sebelum ni kami buat kat hotel or luar dari office. Kalau dah masing-masing berkeluarga dan ada anak kecil memang agak leceh sikit la. Mana nak layan anak mana nak makan lagi. Kalau anak-anak yang dah berjalan berlari tu kesian jugak la pada mak ayah yang terkejar-kejar tu kan. Tak dapat nak menikmati makanan yang sedap-sedap tu kan.

So AJK pelaksana mencadangkan supaya celebration kali ni dibuat di office je. So takde la rasa bersalah sangat nak tinggal anak/suami/isteri kat rumah sedangkan kitorang makan sedap-sedap kat hotel kan..lagipun kami buat waktu kerja. 

Jom la layan gambar...

Sebahagian preparation yang mereka lakukan. Saya tukang makan je...
Door gift. Kat bawah shower foam tu ada tertulis nombor bertuah. Alhamdulillah saya dapat beg
Photo booth
Suasana sebelum. kreatif betul ajk yang melaksanakan event ni. Tahniah!!!

Ni apa ke namanya. Terlupa sudah...hehehehe...

Tahun ni takde kek. Kita ganti dengan pulut kuning

Macam-macam makanan ada. Nasi beriani, soto, roti jala, kuih muih, sate, rojak buah, buah-buah celup coklat pun ada.

Ni kalau ambik gambar dengan coklat fountain tu mau terliur banyak kali ni
Ketibaan VVVVVVVVIIIIPPPP la sangat kan hehehehe...

kami mulakan majlis dengan bacaan yasin yang diketuai oleh ustaz yang dijemput khas dari Pusat Islam.

Doa dipohon semoga semuanya sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki & sentiasa dirahmati olehNYA...amin....

Acara memotong pulut kuning



Team baby girl plak
Masa yang ditunggu-tunggu...
Disusuli dengan acara membuka hadiah. Hadiah ni wajib dibawa oleh semua orang untuk dibuka pada hari tersebut. Hasil kutipan bulanan oleh setiap staff.


Ni baby of March
Terselit sorang baby Feb sebab dia sorang-sorang je lahir bulan Feb tu
Sambil makan sambil bergosip...biasa la tu kan
Acara bebas apa lagi...lepas makan bergosip pastu bergambar la plak
Bergambar sampai pengsan...bukan kena bayar pun kan...
Lagi dan lagi....
Ni kembar nama dengan saya ni. kebetulan kitorang pakai baju kaler sama plakk hari tu. Si kembar pun tak pakai kaler sama-sama tau!
Makan sampai perut kembong. Tak senonoh betul mak budak ni kan..
Diakhiri dengan pic kami berdua. Adik ni tengah tunggu hari je nak bersalin. Sempat la dia makan puas-puas sebelum berpantang
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Walaupun big boss tak dapat datang sebab sibuk dengan meeting tapi kami memahami. Yang penting semua orang happy sebab dapat makan dengan kenyang sekali. Semua makanan sedap-sedap. Siap boleh tapau bawak balik lagi.

Terima kasih kepada ajak pelaksana yang bertungkus lumus mengadakan event ni. Mereka ni kalau buat event memang best. Sentiasa buat yang terbaik untuk kitorang. Semoga terus suksesss!!!


Sunday, November 25, 2012

Dinner 2012

Salam hujung minggu...apa plan kawan-kawan semua...mesti ramai yang gantung kuali periuk belanga kan. Maklum la cuti sekolah camni memang banyak undangan kenduri kan...

so far minggu ni saya tak kemana-mana. Jemputan kenduri pun tak ada. Maklum la muda lagi hehehehe...kalau tanya mak memang banyak la. maybe next week la kot. So malam minggu semalam opis ada wat dinner birthday celebration kat restoren Tupai-tupai Seksyen 13 Shah Alam. Makan steamboat la kita. gambar nnti dh dapat dari photographer saya upload kat sini yer...

Buffet RM29.90 seorang. makan sampai muntah. Tapi jangan muntah kat situ nanti tokey kedai halau hehehehe. Pada saya biasa jer. Memang banyak pilihan tapi biasa-biasa je kot. Cam kedai yong tau fu pasar malam. banyak bebola-bebola... Yang best hanyalah ais krim ;-)... nasi goreng dia pun ok gak. En suami pun suka nasi goreng dia. Kebersihan kureng. Saya ada nampak ada sedikit kekotoran pada pinggan dan mangkuk mereka. Tetiba jadi kembang tekak plak hahahaha...terpaksa pilih pinggan yang bersih.

Sebelum ni pernah gak makan steamboat kat seksyen 23 shah alam. Sangat puas hati berbanding tupai-tupai ni. Saya tak tahu la apa lagi yang best kat tupai-tupai ni. Pada saya johnny's gak dihatiku...

Friday, June 8, 2012

Main masak-masak jommm...

Panaskan periuk dulu yer....
Memula kita panaskan periuk dulu yer...seperti dalam gambar diatas. Kemudian kita tunggu bahan-bahan untuk dimasak. Oh yer lupa plak nak bagitau nama resepi ni. Resepi ni namanya masak rebus-rebus ala diet. 

Masukkan semua bahan
Masukkan semua bahan-bahan untuk direbus. Bahan-bahan tu terpulang yer...nak banyak ke sikit ke terpulang pada bajet & perut memasing. Air rebusan tu pun terpulang pada selera masing-masing yer. Nak yang jernih cam diatas ataupun nak yang ada kaler merah-merah sikit ;-)

Rebus dalam masa 10-15 minit. Slowkan api dan dah boleh ngap yer...anggaran masa untuk memasak hanyalah 1/2jam bergantung pada waktu memasak tersebut yer...kalau pukul 12-2 ptg memang ambik masa sikit la. Tahan la perut tu dulu yer...dinasihatkan supaya mengisi perut dulu sebelum memasak makanan tersebut kalau korang nak masak-masak dalam waktu yang dinyatakan diatas yer...

Jeling aweks kat sebelah

Dan inilah orangnyer yang sangat setia dengan masakkan tersebut. Sebulan sekali mesti nak kena masak-masak ala diet ni. Memang favorite dia la senang kata. Tapi hanya suka yang kuah jernih-jernih jer...katanya sambal dia sedap kalau makan yang macam ni. Apa-apa je la janji En Suami yang bayar ahaksssss....

Kepada mereka-mereka yang nak mencuba resepi ni boleh la berkunjung ke Restoren Johnny's yer ;-))





Tuesday, May 24, 2011

Jom Jeram

Entry ini dimulakan dengan gambar tuan tanah kedaung yer...Gambar memang banyak. Saje nak bagi orang terliur (sebenarnya diri sendiri dah x boleh tahan tengok gambar2 tu semua!)


Kalau dulu nak makan seafood je mesti ke Muara kat Klang nu. Jauh tu...tapi sekarang tidak lagi. Boleh kata tiap-tiap bulan la ke Aroma Ikan Bakar Kat Jeram Kuala Selangor ni. Makanan dia memang best-best. Harga pun berbalaoi-baloi....

Sambil menaip sambil telan air liur ni. Bila nak gaji ni. Tak tahan dah ni....


Sampai-sampai order pastu boleh touch up muka plak yer...kejelitaan adalah hak milik diriku hehehe....layan jer....


Pastu leh buat muka x blh blah kan...konon2 lapar sangat la tu. Tapi memang lapar tahan tak pergi lunch tu...


Sayur ni dah jadi cam kewajipan plak bila makan kat sini. Tak mau dah order kailan ikan masin


Sotong goreng tepung...ekceli saya tak suka sangat tapi kalau ada depan mata blasah jer hehehehe



Haaa....yang ni memang peberet saya ni. Kalau datang sini memang kena order ni. Rasa dia memang mabeles...nak tau sedap ke tak jom kita ke jeram... (dh cam JJCM plak yer)


Kitorang ambik udang ngan sotong untuk buat tomyam. Makan tak ada kuah cam tak best plak kan...Sotong tu separuh goreng tepung yg tadii tu


Yang ni memang saya tak kenal langsung. Kalau tak silap nama dia ada siput...siput camtu. Tapi tak ada la rupa siput saya tengok. 1st time makan ni. Sedap gak rasanya...


Ni antara hidangan yang kami pesan. Ikan bakar lom sampai lagi masa ni. Lambat sikit sebab ramai orang. Hidangan untuk 3-5 org makan dengan harga yg sangat berbaloi


Saya dan kawan saya order air epal asam boi. Konon2 leh potong lemak la pas mkn2 tu sume. Leh caye ke hehehe....(itu teori saya jer yer)


Ikan pun dah sampai....jom apa lagi. Ni ikan terubuk bakar. Memang saya suka makan ikan terubuk walaupun banyak tulang



Ni plak kembong bakar. Sapa2 yang x sabar nak makan ikan leh la ambik spesis ikan yang tak banyak tulang...



Tu bukan tangan saya yer....(wakakakakakaka)



Opppsssss.....jgn tgk pinggan yer. Tu ada orang sabotaj saya yer....hehehe



Agak2 kalau saya tanam tulang ikan ni leh tumbuh pokok beringin tak??? (buai...buai...buaiku laju...aku nak kawin dengan anak raja :-)) )



Walaupun takpernah makan spesis ni tapi tetap habis...



Hingga ke titisan akhir...masa ni lum lagi titisan akhir



Ni je yang tinggal nak....



Errrkkkk.....Alhamdulillah...x sangka boleh habis semua itu. Dan semua itu telah dihabiskan oleh 2 orang yang sangat2 kebulurrrrrrrrr....


Pssstttt....ada sapa2 nak banje saya tak? Tak rugi tau kalau bawak saya makan kat sini.....