Showing posts with label Cuti. Show all posts
Showing posts with label Cuti. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Hari cuti bersama keluarga

Semalam kan cuti...Uooollsss watpe??? Isnin tu MIL ada tanya kitorang (me, husband & BIL) apa xtvt esok. Memasing pun diam seribu bahasa. Sebabnya mulut penuh dengan makanan. Masa tu tengah dinner. Kalau dah mengadap makanan memang la tak bersuara. Oh saya puasa senin tu. Ye...puasa ganti hukhukhuk...

Dan perbincangan berhenti disitu sahaja. Dalam bilik dah bagi tau En Suami esok (Wesak Day) nak g potong rambut. Saya memang tak boleh rambut panjang sebab kulit kepala akan cepat berpeluh & gatal. Dan akan mengundang kelemumur. Tak suke...tak suke...& plan nak g anta WSL kat kinik sebab stereng bergoyang. En suami kata maybe masalah tayar. Sebab tayar depan sebelah tu dh makan sebelah. So rasanya cukuplah xtvt kita untuk cuti 1 hari tu.

Pagi tu, dalam kul 3 pagi En suami dah balik. memang dia ada mention nak balik awal. Sekali ngan Cik Auni bangun. Dia tu telinga lintah sikit. Tau je ayahnya balik. Tak kira la pukul berapa mesti dia akan bangun jugak. Siang ke malam ke sama jer. Boleh plak dia nak main-main ngan ayah dia pepagi tu. Sudanya dekat kul 5 baru tido. PAstu kul 7 dah bangun...stress betol!! Tak de can langsung mummy dah bangun lamabat time cuti.

Sekali MIL kata nak pergi rumah K.Ngah. Abn Ngah dah balik dari umrah. Alhamdulillah selamat pergi & balik. Macam tak sedap hati plak kalau tak pergi ziarah. Maka plan malam tu cancel. Ayah  Auni tak ikut sebab dia penat. Nak rehat kat rumah je. Maka pergilah saya, Cik Auni, Wan Auni & P.Usu Auni ke Klang. Sampai sana dalam kul 11 lebih. K,ngah pun tengah prepare untuk lunch. MIL ada tapau lauk dari kedai kat Kapar. 

Lepas lunch kami gerak balik sebab k.ngah ngan ang ngah nak melawat anak mereka kat UPNM. Dia tak dapat balik tengok ayah dia. Balik tu kami singgah GM Klang sebab BIL excited nak cari wall paper. Teruja tengok rumah K.ngah ber wall paper. Saya pun dah lama tak ke GM tu. Last masa nak cari sebenier untuk majlis cukur jambul cik auni dulu. Sekali CIk Auni tidur la plak. Ye la dari pagi tak tidur langsung. Seronok main dengan abang-abang sepupu dia. Tapi dapat gak la kuar jap cuci-cuci mata sikit. 

Sampai rumah dh pukul 5 ptg. Mandikan Cik Auni pastu tidurkan dia dalam buai. MIL & BIL g pasar malam beli makanan. Sempat jugak saya g potong rambut. Lega rasanya bila cuci-cuci rambut, urut-urut sikit. Rambut pun dah pendek senang nak urus. Ada anak kecik ni takde can nak duduk lama-lama dalam bilik air. 

Sesekali nak pergi spa massage plak. Mesti syok kan...Alhamdulillah cuti saya dikelilingi dengan insan-insan tersayang. Meluangkan masa bersama keluaraga memang terbaik!!

Friday, February 7, 2014

Taman Botani Negara Shah Alam@Bukit Cahaya Seri Alam@Bukit Cherakah

Cuti-cuti hujung minggu ni korang g mana? Saya duk mah jer sebab last week dah berjalan ke Pahang. Apa kata korang pergi Taman Botani Negara Shah Alam. Taman Botani Negara Shah Alam dulunya dikenali sebagai Bukit Cahaya Seri Alam ataupun Bukit Cherakah.Ianya terletak di Seksyen 8 Shah Alam.

Bayaran masuk adalah RM3 bagi dewasa & RM1 bagi kanak-kanak dan warga emas. Parkir pula RM3 yer.Antara tarikan taman botani ni ialah taman haiwan, taman hiasan, rumah iklim sederhana empat musim, taman rempah ratus, taman kaktus, taman buah-buhan tropika.

Selain tu kat sini korang boleh gak membuat aktiviti perkhemahan, berbasikal mengelilingi taman, dan bagi yang sukakan aktiviti lasak boleh la try skytrek. Bayaran dikenakan bagi setiap aktiviti ni yer.

Untuk maklumat lanjut boleh la korang terjah website dorang

Aritu saje saje jer bawa mak g sini sebab masa tu nk tengok salji jer hehehe. Pergi pun dah tengahari. So layan gambar je yer

Pergi sini semata-mata nk masuk rumah 4 musim ni jer. Padahal banyak lagi aktiviti boleh buat, cumanya Cik Auni kecik lagi so agak terbatas la. Tak pe lain kali leh pergi lagi kita round-round naik basikal plk.


Thursday, February 6, 2014

Jalan-jalan ke Pahang (ii)

Kami bermalam di Rumah Tamu Impian 1 malam je. Pagi tu sebelum check out kami potong kek birthday mak dulu. Happy birthday mak! Sayang mak selamanya

Masa mula-mula plan nak g Pahang ni tak teringat pun birthday mak. ye la plan bukan main lama lagi. Dari tahun lepas. Tu pun bulan 12. cam lama sangat nak sebut-sebut tahun lepas kan...Pastu tengok-tengokk tarikh eh..eh...kena plak ngan besday mak. cantik la tu. So saya pun memulakan planning muahahahaha (eh ni plan baik xmo gelak jahat-jahat)

Plan punya plan maka jadi la jalan-jalan Bukit Tinggi. Dah kitorang stay kat Bentong so ke Bukit Tinggi je la. Nak ke Genting tak syok plak sebab bawa baby ngan mak kan. Nak santai santai jer. 

Nak masuk ke Colmar Tropicale tu dikenakan bayaran masuk sebanyak RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Waktu kitorang pergi tu CNY kan so ramai la. Cuaca pun tak berapa nak sejuk sangat. Kami sampai atas tu pun dalam pukul 12 t.hari. Lepak-lepak depan. Tak de apa aktiviti pun just ambik-ambik gambar kat bangunan-bangunan tu jer. Feeling-feeling kat ober c la...Bayaran ni termasuk la Colmar Tropicale, Japanese Village & Botanic Garden. 

Makanan kat sini agak mahal yer. So kami memang dari awal lagi nak membawa bekal untuk dimakan kat atas sana. Ala bawa sandwic yang bekpes pagi tu je ngan jajan-jajan jer. Dah jalan-jalan tu mesti la lapar kan. Tapi kalau keadaan poket korang memang tebal so xde masalah la nak makan-makan kat sana kan. Sesekali apa salahnya. Cam kitorang memang dah niat nak bawa bekal (ecececece  cover nampak hahahaha)

Aduh cam malas plak nak taip. Layan gambar jer la yer...

Mak & cucu barunya Amani
Auni plak yang lebih-lebih
Auni jeles mummy duk sebelah ayah
Auni muka penat
Excited kanmain
Dengan nenek juga
Duck tu plak yang lebih-lebih...Auni time ni dah kelaparan
Nanti minta ngan ayah yer
Budak yang tak takut pun ngan angsa tu

Dah malas nak letak caption. Semoga mak berpuas hati dengan cuti-cuti ni.Mak tak tahu pun kitorang nak bawa mak jalan-jalan. Surprise katanya. Kebetulan mak pun free so ok la kan. Lepas ni tak tahu bila lagi nak jalan-jalan camni. time tu mesti Auni dah pandai jalan. Tak la penat sangat nak mendukung dia. baru la best kan...

Monday, July 8, 2013

Projek Hujung Minggu

Salam satu Malaysia (dh macam pembaca berita RTM1 jer kan...) Sari berita penting (sambung lagi...) ok2 jom kita ke tajuk utama....

Apa projek last week korang. Dah nak puasa ni mesti ramai yang balik kampung buat kenduri kan...tak pun ziarah kubur. Alhamdulillah......Last week saya balik lewat sikit. Selalu kalau en suami tak kerja dalam tengahari camtu dah sampai rumah mak. Tapi last week en suami tak berapa sihat tapi memandang perjanjian yang sudah termaktub sejak "aku terima nikahnya....." maka dengan berat kakinya en suami pun melangkah meninggalkan rumahnya. Sampai-sampai umah mak, kosong jer. Call mak tak berangkat plak. Mana plak mak pergi. X kan dah soping-soping raya kot ;-p

Rupanya mak g bengkel motor repair motor mak entah apa problemnya..On the way balik umah mak tu singgah 99 speedmart. En suami ngengada nak coctail plak. Dah alang alang tu makanya ambik kesempatan cari barang-barang untuk buat kek coklat kukus. Kek ni pun dah lama tak buat. Memang dok berkira-kira je nak mencuri masa membuatnya. Maklum la kan ai ada anak kecik. Tapi sejak 2 menjak ni mood memasak macam berkobar-kobar jer...

Lepas tidokan Auni maka bermulalah agenda selerakkan dapur mak. mak kan takde maka habis sume kabinet saya buka nak mencari barang. Kalau mak ada jerit je dari dapur. "mak....senduk kat mana??" "mak...mana tepung???" jap-jap mak...jap-jap mak kan....

Udah siap sedia bahan & barangnya mulala saya membuatnya. Ate....baru teman memasak adunan coklatnyer bangun la pulok si Auni ni. Udoh takmaunyer dengan sesapa...(dh ngape teman berslang perok plak ni...) Budak biasala la kalau maknya ada manjanya lebih... Sudahnya hangit la adunan coklat saya tadi. Actually boleh diselamatkan. Ada bau hangit sikit la tapi saya buat adunan baru. Katenya 1st time nak jamu en suami kek coklat hasil tangan isteri mithalli dia ni kan...haruslah buat yang terbaik. Yang hangit tu kita simpan dulu....Gambar lupa nak ambik sebabnya dah sebelah tangan mendukung anak sebelah mengacau kek apa pun x sempat. Len kali kalau saya buat lagi saya akan pastikan saya ambik gambar yer. tak kira la gambar tu nampak Auni bertepung gomak ke...beruli bersama Auni ke...janji ada gambar. Mana tau sok besar kalau dia xmo tlg mummy masak kita leh tunjuk gambar tu kan...tapi kena piat tinge dulu la yer..Ok la jom tengok resepi. Saya ikut respi kat sini minta halal yer...

Kek Coklat Kukus

Credit to PakarCinta.com atas gambar ni

Bahan-Bahan: 
1 cawan serbuk koko
1cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1cawan minyak masak
1/2 cawan susu manis
1 1/4 cawan tepung gandum
1tsp baking powder
1 tsp soda bicarbonate
3 biji telur 

Cara-cara : 
1.Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api
kecil sehingga semua larut.Ketepikan.Biar suhunya turun. 
2.Tepung, soda dan baking powder di ayak menjadi satu. 
3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung. 
4.Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. 
5.Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap.Kukus salama 1 jam baru angkat dan
biarkan sejuk
Senang jer kan...Saya suka resepi yang menggunakan sukatan cawan. Senang sikit...kek kukus ni saya suka makan panas-panas. Kalau sejuk tu kureng sikit. Selamat mencuba yer kawan-kawan

Wednesday, June 12, 2013

Destinasi Percutian Saya

Memandangkan kita dah menabung sehari singgit, jom kita tengok plak tempat-tempat yang bakal dicutikan hehehehe....

1. Langkawi
Orang lain dah 6 7 kali pergi langkawi ni. Saya sekali pun belum lagi. Tak larat dah dok berzikir kat telinga laki den. Dia kata bukan best pun langkawi ni. Memang la tak best sebab dia dah 2 3 kali pergi. Ni impian  dari zaman bujang tak kesampaian lagi. Takpe-takpe duit tabung dah cukup nanti kita terus je pergi...

2.Redang
Hiuii sapa yang taknak pergi tempat secantik, sedamai, senyaman ni...ko tengok air laut dia yang hijau kebiruan-biruan tu. Memang tempat idaman ni. Cantik sangat kan. Agak-agak bila la boleh sampai kat Redang ni yer...Anak kecik ni susah sikit la nak pergi tempat camni kan. Takpe kita tunggu Auni besar sikit, dah pandai jalan ke baru syok nak kesana.

3.Perhentian
Ni lagi satu tempat yang tersenarai dalam wishlist saya. Memang jatuh cinta la.Actually dah lama plan nak ke Perhentian ni. Masa tu tengok gambar member yang bercuti ngan famili dia. Gambar semua cantik-cantik. Masa tu memang dah tergedik-gedik jer nak pergi tapi ada je halangannya. Tengok la satu hari nanti saya mesti jejak kaki kat sana jugak. Errr...auni jom kita belajar berenang.....


Banyak sebenarnya tempat-tempat menarik & cantik kat Malaysia ni. Tak payah nak pergi jauh-jauh. Tapi kalau ko mampu apa salahnya kan...macam saya  ni kurang kemampuan sikit. Nak bercuti pun nak kena menabung sehari singgit hehehehe

Terima kasih la en google atas pic yg cantik ni ye