Monday, July 30, 2012

Mana hilangnya

Banyak kot nk cerita tapi tak berkesempatan...Buka-buka entry muka monyok apa kes!! Ni la keadaan saya pagi tadi. Nak kata monday blues ye la jugak. Nak kata tak sihat memang tak sihat pun. Tapi yang lebih tepat adalah.......



V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Tahniah buat saya...itulah masalah saya sekarang ni. Alahan yang berpunca dari en suami hehehehehe...saya pun gatal gak ahaks....Alhamdulillah rezeki...so segala xtvt saya pun terbatas. Cerita selanjutnya kita tunggu entry akan datang yer bila saya dah betul-betul sihat & kuat.
 


Friday, July 27, 2012

Salam Ramadhan

Dah seminggu puasa baru nk wish selamat puasa hehehe...xpe la kan...Ada sebab kenapa saya lama menghilangkan diri. Nanti-nanti saya cerita. Banyak nak cerita kat sini cuma masa & keadaan tak mengizinkan...

Semoga tahun ni bertambah-tambah pahala kita..

Dah setahun abah pergi...Al-Fatihah....




Wednesday, July 18, 2012

Dari HTAR ke DEMC

Ok mari kita sambung entry yang lepas. Lepas adik ipar saya tengok keadaan suami sama jer maka dia decide nak transfer ke tempat dia keje. Memang pada mulanya saya pun terfikir camtu gak tapi memandangkan wallet en suami dah hilang, semua kad dh tak ada maka agak sukar untuk saya mendapatkan sebarang maklumat. Dah  la telefon pun hilang. Tak tahu nak contact siapa. Mujur adik ipar ada no kawan-kawan en suami yang satu tempat keje. Segala urusan penukaran en suami di uruskan oleh adik ipar saya...( thanks azza...) 

Proses nk buat penukaran tersebut agak lama. Bayangkan dari pukul 1 hingga 4 ptg (itupun biras saya dok push2 doktor) report tak siap2. Report jer kot. Doktor seolah-olah tak nak kami transfer suami. Tapi kami berkeras jugak. Dalam 4.15 ptg camtu segalanya settle. Kami bawa suami naik kereta jer. Sampai DEMC adik saya yang memang berkerja di wad kecemasan menguruskan segalanya. Sementara menunggu urusan insuran selesai adik ipar saya menjalankan tugasnya walaupun dia off waktu tu. Dia tak bagi nurse yang buat. Semuanya dia buat sendiri. Alhamdulillah pukul 5 dah boleh masuk wad. Sangat selesa walaupun dapat bilik untuk 2 orang. 

Keadaan en suami alhamdulillah agak ok berbanding berada di HTAR. Sepanjang berada disana En suami hanya diberikan suntikan penahan sakit jer. Dengan keadaan dia yang sangat lemah, pening2 & muntah2 langsung tidak diberikan ubat. Saya lap badan en suami tukarkan baju. Luka semua dah dicuci oleh adik ipar saya. Bagi makan bubur sikit alhamdulilllah ada tenaga sikit. Terima kasih buat keluarga kedua-dua belah pihak yang datang menziarah dan mendoakan kesihatan en suami saya. Malam tu lepas doktor bagi ubat keadaannya semakin sihat. Selera makan dah bertambah. Malam tu jugak en suami minta nasi & sibuk-sibuk nak keluar. Tapi memandangkan kepala masih pening saya malas nk layan dia. Biar dia betul-betul rehat.

Esoknya bila doktor datang en suami dah minta nak keluar. Saya tahu dia dah bosan. Alhamdulillah tengahari tu doktor benarkan en suami keluar. Sangat happy tengok muka en suami. Tak sabar-sabar dah...tapi nurse kata tunggu lepas lunch sebab dh pukul 12. Mencuka muka en suami. lawak betul hehehehe...


En suami dapat cuti sampai 20/7/2012. Hari jumaat ni ada checkup lagi. Hopefully semuanya ok2 jer...Risau sebab en suami masih terasa pening-pening lagi. Apa-apa pun kena tunggu hari jumaat ni. Sabtu dah puasa...Selamat berpuasa yer kawan-kawan...

Monday, July 16, 2012

Berita setelah 4 bulan kawen...

10/07/2012 genap 4 bulan usia perkahwinan saya dan En Suami. Alhamdulillah atas kurniaan ini. Semoga perkahwinan kami kekal hingga akhir hayat.

Malam 10 julai saya dikejutkan dengan satu berita yang sangat tak disangka. Kalau berita gembira tak apa la jugak. Ini sebaliknya. Suami terlibat dengan kemalangan semasa nk pergi kerja. Allah saja yang tau perasaan saya  waktu tu. Lagi2 bila dapat call dari orang yang tak dikenali. Sangat panic. Mak mertua dah nangis2... badan sume dah menggeletar. Saya call suami balik. Dia tak tahu apa yang terjadi. Ada sorang lelaki ambik tefon terus cakap ngan saya minta saya terus ke hospital klang. Lagi la saya panik. Saya pun siap2 terus gerak. Alhamdulillah saya masih tenang dapat drive sampai hospital dengan selamat. Saya tak mau tunjuk kat mak mertua saya yang saya lemah nanti dia lagi lemah.

Saya terus ke emergency room. Saya nampak doktor tengan cek2 suami. Keadaan dalam tu sangat kelam kabut. Mulanya pak guard tu tak bagi masuk. Seb baik ada sorang akak ni kata masuk jer...saya pun redah jer la. Suami dh pening2... 3 4 kali muntah2...doktor kata nak wat xray. saya tengok muka dh penuh darah. Suami asyik kata pening jer. Saya tak tahu nak buat apa.Risau sgt time tu. Muka luka. siap bengkak2 lagi. siku pun luka. Tiba2 dia kata kaki sakit. Bila saya nak luruskan dia kata sakit. Ah sudah......macam-macam dalam fikiran saya. Tak sanggup rrasanya tengok keadaan suami time tu. Saya pun tak boleh buat apa-apa. Doktor pun x buat apa-apa kat suami. Saya hanya boleh tenangkan dia jer..

Dalam kul 1 cam tu baru doktor tolak dia kat bilik xray. Saya berdoa semoga dipercepatkan segalanya. tak sanggup tengok suami dok mengerang camtu. Habis xray tunggu result pastu dktr suh register masuk wad. Saya dah lega. Kalau kat wad selesa sikit berbanding kat dlm bilik emergency tu. Macam-macam kerenah manusia. macam-macam kes kecemasan. Xcident, asma, demam panas, jatuh mcm2 la...

Dlam bilik pemerhatian ni ok sikit. Doktor check lagi sekali. Kali ni lebih detail lagi. Tapi kat dalam ni saya tak dibenarkan menunggu. Boleh masuk sekejap2 jer. Dktr kata nk pantau keadaan dia sampai pagi. Dktr minta saya bagi dia makan & minum. Orang dlm keadaan camtu mmg xde selera nak mkn. Lagi2 dalam keadaan dia yang pening nk muntah. Dengan berat hati saya tinggalkan suami kat hsptl. Saya blk umah rehatkan badan.

Esoknya pagi2 saya dah ke hsptl. mak mertua dah tak larat nak ikut. makanya saya sorang jer. Sampai hspt saya tgk suami sama jer. Dktr dtg bgtau nak buat ct scan. Saya keluar masuk bilik tu bg suami mkn & minum bg dia ada tenaga. Sambil saya bagi kata-kata semngat kat dia. tak mau dia lemah. Tengahari tu adik ipar datang. Bila tgk abang dia camtu terus minta tukar pergi hsptl private....

.....bersambung.....




Thursday, July 12, 2012

Camni la kalau pas cuti

Habis semua fail saya bukak. Ni baru cuti 2 hari. Kalau seminggu camne la gamaknyer yer...Nampak gayanya pas raya baru boleh plan cuti-cuti mesia. Itu pun kalau keje semua ok.


Wednesday, July 11, 2012

WW: tak puas hati

Adik saya kata ni gambar saya tak puas hati. Actually dia yang tak puas hati ngan saya. Saya ayu jer...




Tuesday, July 10, 2012

Minumlah air setiap hari part 2

 Gigih nau la siap ada berpart2 bagai kan...hahaha lantak la blog ini saya yg punya! xde....nk gk  la kongsi-kongsi innfo ngan uollsss kan. (bajet ada la reader kan...perasan) Saya bukan saja ada masalah dengan kaler air kencing saya kan (sori yer cik fateem fatima terpaksa citer lagi pasal kaler air kencing hahahaha) tapi ada masalah dengan pembuangan air besar(kali ni sopan sikit yer cik fateem fatima) jugak. Disebabkan pemalas sangat nak minum air kosong kan makanya saya bermasalah untuk buang air besar. Senang kata saya sembelit la...biasanya paling lama 2 hari saya akan membuang hajat. Tapi kali ni dah 4 hari. Maunya tak sembelit. Perut rasa keras & buncit semacam jer (mmg dh muncit sebenonyer shhuuutttttt....) bila nk buang jer rasa susah jer, dh nama pun sembelit kan. Perut rasa tak sedap. Nak makan banyak-banyk pun x sedap (ecehhh...) betul saya kata. Rasa sangat tak besat ok!!!


So mulai sekarang kena la banyak-banyakkan minum air kosong supaya korang tak merana macam saya. Sapa-sapa yang pernah mengalami sembelit tu faham la cmne siksanya nak berak kan hahahaha. Ayat kotor lagi kuar. Maafkan saya cik fateem fatima...jadi marilah sama-sama kita minum air kosong!!!



Thursday, July 5, 2012

Minumlah air setiap hari

Lately ni saya sangat susah untuk minum air kosong (not good kan???). Kesannyer kulit kaki saya merekah, muka saya saya kering, tangan saya mengelupas. Dah bila tumit kaki saya merekah bila jalan atas simen jer kaki saya sakit-sakit (ngengada kan...) 

Kalau dulu kat opis satu botol air 1000ml tu senang-senang jer saya boleh habiskan. Siap sebelum lunch tu saya leh refill lagi. Paling kurang pun 1.5liter air saya minum kat opis. Sekarang nak habiskan 1 botol tu rasa cam azab sangat. dulu kan main lagi siap ada tagline lagi "minum untuk kecantikkan" hahaha...tapi tak kcantik gak kan. Tapi memang betul pun kan. Kalau kita minum air kosong banyak-banyak kita kerap buang air kan. So segala toksin-toksin dalam badan kita pun turut terkeluar. Dah la nak kuar peluh susah. Ate....kerojenyer duduk aje depan pc, mana nak berpeluh. Udah ayor pun minum sikit jer. Makan plak tak henggat! mana la segala lemak-lemak, racun-racun dalam badan tu nak ilang...( wah membebel untuk diri sendiri ;-) )

Tak tahu la puncanya kenapa saya dah kurang minum air kosong ni. Kat rumah lagi la kurang. Dulu tiap-tiap malam leh refill air dalam bekas air sebelah katil (saya sangat malas bangun malam-malam untuk pergi dapur) Sebab tu saya akan bawa 1 bekas air dalam bilik. Itupun tak habis. Kadang-kadang 2 3 hari masih berbaki separuh. Sangat tidak baik kan????

Air kencing pun kotor (eeee geli hahhahaha...) bukan la kotor cam air longkang tu. Dia ada kaler kuning-kuning jernih camtu kan. Lagi-lagi kalau kita minum minuman manis. (eh jap nk minum jap yer... yo yo oooo jer kan) tapi kalau minum air kosong banyak-banyak air kencing pun jernih jer hehehe

 Meh nak share kebaikan minum air kosong ni:
1. Melancarkan sistem pencernaan
2. Air alkali membantu melambatkan tumbuhnya zat-zat penyebab kanser
3.Perawatan kecantikkan (saya setuju!!!!)
4. Untuk kesuburan
5.Menyihatkan jantung
6. Sebagai ubat stroke
7.Efek Relaksasi
8. Menguruskan badan (dh tak payah susah-susah pergi london kan hehehehe)
9. Tubuh lebih segar
10. Penyeimbang tubuh 
Nak tahu lebih info sila g sini yer

Banyak lagi kebaikkan air kosong ni korang leh cari sendiri la yer...
Sumber: Pakcik Google ler

Wednesday, July 4, 2012

Projek Rose

Yeaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............... ni la dia projek Rose saya....



Ok tu jer nak tunjuk...ada sapa-sapa yang nak???








Tuesday, July 3, 2012

Bz lagi

Penah ke dalam blog ni saya kata saya tak bz. Penah ke????? hahahahaha....memanjang bz nyer kan...kali ni betul2 bz yer(maknenyer sblm ni pura-pura bz la yer) eh tak-tak...sebelum ni pun betul-betul bz. Tak baik tipu tau!!!

Kali ni bz membuat persiapan adik saya yang akan melanjutkan pelajaran ke politeknik sultan azlan shah perak. Kenapa saya yang bz???kenapa adik saya tak buat persiapan sendiri??? Sebenarnya adik saya kan terlibat dengan program plkn. Sepatutnya habis 14/7/2012 ni tapi dia kena register poli 8/7/2012. So ada lebih kurang 4 hari lagi. Itupun kami minta dia balik awal. Kan sekarang ni segalal-galanya kena buat online. Dia mana la ada masa nak buka internet kan...so akak-akak dia la yang bertungkus lumus membuatnya. Check status, yuran berapa nak bayar, download borang-borang tu semua macam-macam lagi la...

Seb baik dia ada kakak-kakak yang baik hati lagi cun ni kan hikhikhik...dengan kemudahan yanga ada sekarang ni semua main online jer kan...nk diskus-diskus adik badek pun main online-online jer. Setakat hari ni yuran dah settle, sok nk register online jer...borang-borang pun nanti suh dia isi dah siap print semuanya...medical chech up pun esok dia buat. Gambar dah suh dia buat hensem-hensem supaya gmbr kat kad pelajar dia nmpk encem dan boleh dapat ramai awek2 cun kat sana nanti (motiffff????) hahahaha kakak ko dah x betul ni mi...

Aduh tetiba takde idea plak nk sambung. Stop je la kat sini...buntu kepala otak. Tahniah la kepada Mohamad Azmi kerana berjaya masuk ke Politeknik. Belajar rajin-rajin tau!!!!
MmmmmmmmUuuuuuuuuAaaaaaaaHhhhhhhhhhh sikit ;-))