Showing posts with label Alahan. Show all posts
Showing posts with label Alahan. Show all posts

Monday, March 25, 2019

Officially Buka Buku Pink/Merah

7/11/2018 diusia kandungan saya 9 minggu baru saya buka buku pink/merah di klinik kesihatan. Memandangkan ini kandungan saya ke3, jadi saya hanya bawa buku mengandung yang sebelum ni iaitu buku mengandung anak ke2.

Seeloknya buka buku ni sebelum usia kandungan 12 minggu. Lebih dari tu saya tak tahulah...ada baca kat nurse bising-bising. Ye la kalau awal kan senang nurse nak pantau. Tapi ada je yang tak suka buat awal sebab malas nk berulang ke KK terlalu awal. Pada saya usia 9-10 minngu tu just nice. Ye faham ada KK yang sesak terpaksa tunggu lama. Ada jugak terbaca kalau kat swasta pun sama je. Pilihan ditangan masing-masing.

Untuk saya dari anak pertama lagi memang saya buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan(KK) je. Masa anak pertama dulu memang stress jugak la. Kadang sampai tengahari baru settle. Dengan keadaan klinik yang kurang selesa. Time pack tu ada ibu yang terpaksa berdiri. Tapi bila nurse nampak cepat-cepat nurse ambikkan kerusi. Nurse kat sini memang semuanya prihatin.

Now, alhamdulillah keadaan klinik semakin selesa. Masa tunggu giliran pun tak lama. Kadang pukul 9.30 dah settle. Syukur sangat fasiliti di klinik kerajaan sekarang ni semakin baik.

Berat masa mula-mula ni 69.7kg. Saya alami alahan yang teruk. Bulan seterusnya berat turun jadi 68. Lepas tu statik je sampai usia kandungan 4bulan. Muntah takde sangat. lebih kepada takde selera nak makan je. Balik kerja memang terus terbaring. Syukur sangat alahan waktu petang ke malam. Kalau dari pagi tak tahu la nak cakap apa. Rumah memang terbiar, dengan anak-anak sekali terbiar. Cuti jre la boleh mengemas waktu pagi. Tapi masak sampai kandungan 5bulan lebih memang tak boleh. Maka bertabahlah satu famili makan luar.

Ujian minum air gula kali nii sangkut hahahahaaha. Penat puasa tau!!! tak pe la maybe ada hikmahnya. Kalau tak mesti melantak tak hengat dunia kan. Selalu memang camtu la. Tu anak no 2 beso kuarnya 4.1kg walaupun takde kencing manis. Dah berumur ni beringat la sikit kan. Tu peringatan dari Allah la tu. Maka bermula la rutin buat bsp 2minggu sekali. Check up pun 2 minggu sekali.

Masa mula-mula result keluar tu frust sangat. ye la air kosong memang tak pernah miss. sehari 2 3 liter boleh habiskan. Tu la macam yang saya cakap mungkin Allah nak saya beringat bila dah berusia ni. Dah lama-lama tu ok je sebenarnya. Result bsp saya pun alhamdulillah takde la lebih 5.5. Masih under control lagi.

Rasanya saya stop kat sini dulu la yer. Nnti ada masa boleh sambung lagi...



Wednesday, December 19, 2018

Alahan

Mengandung kali ketiga ni saya rasa alahan agak teru. Pada permulaan saya rasa alahan tu sama macam yang sebelum-sebelum ni. Tapi rasanya lagi teruk. Alwal-awal lagi dah rasa penat. Awal pregnancy lagi dah ada alahan. Sampai sekarang masuk minggu ke 16 pun masih alahan.

Kalau ikut sejarah mengandung sebelum ni alahan ni sampai bersalian. cuma teruk dengan tak je. Yang ketaranya masak memang tak boleh langsung. Selain tu saya tak boleh langsung bau wangi-wangi. Segala sabun mandi, sabun basuh baju, semua pewangi dalam toilet tu memang tak boleh nak bau. Kalau mandi pun secepat yang mungkin.

Tempat paling tak suka toilet ngan bilik. Sebab dalam bilik ada bau bedak, perfume dan segala yang wangi-wangi. Rasa pening sangat. Macam biasa kalau mengandung  adalah masa yang paling jimat sekali. Sebab barang-barang memang guna sikit-sikit je. Tak suka segala bau-bau. Ada tak sabun mandi yang tak berbau huhuhu

Actually banyak sebenarnya nak cerita. Tapi bila makin petang makin menjadi-jadi dia punya alahan. Malam lagi la. memang tido awal je. Kadang balik kerja sampai rumah mesti baring kejap. Lepas maghrib terus lepak atas katil. Anak-anak biarkan diorang tengok tv sendiri. Makan malam memng jarang-jarang sekali. Kalau larat makan. Kalau tak larat terus tido. Mujur anak-anak petang dah makan macam-macam rumah mak mertua. Kadang mak mertua bekalkan lauk. itupun biasanya masuk peti ais je...

Harini 15w3d usia baby. Check up hari ni ok alhamdulillah semua ok. Nanti ada masa saya cerita dari mula-mula buka buku. Sebab mengandung kali ni macam-macam masalah terjadi. Kita sambung nanti yer...

Monday, January 7, 2013

Mabuk






Masuk 7 bulan saya rasa macam kembali masa mula-mula pregnent dulu. Terasa mual-mual. Pagi-pagi mesti rasa nak muntah. Memang ada yer orang camni. Ingatkan dh nk bersalin ni tak ada la nak mabuk-mabuk lagi. Sangat tak selesa. Baru nak rasa keadaan yang biasa-biasa. Dah la makan ubat pun nk muntah. HB dah turun. Check up dah 2 minggu sekali. Kalau HB turun lagi mau kene bebel ngan nurse. Mabuk yang aritu tu pun ambik masa 5 bulan. Ni mabuk lagi huhuhuhu....tak larat la rasanya....

Wednesday, August 15, 2012

APTB

Gagahkan diri gak untung conteng-conteng kat sini. Sekarang ni muntah dah makin kerap. Pagi tadi sahur memang tak makan apa-apa dah. Minum air koosong jer. Habis waktu sahur kuar balik apa yang diminum (air je kot). Kul 6.30 camtu nak mandi, muntah lagi. Pun kuar air gak, dah kata tak makan apa-apa kan. Banyak plak tu. Sampai kuar muntah hijau (eeeeeeeeee geli ok!)

Pagi-pagi tengok makanan dah pening, mabuk, loya. Memang tak boleh buat apa dah. Sekarang masak pun dah tak boleh. Tapi bau orang masak boleh plak. Cepat jer baby ni lapar hahahaha (buruk perangai sungguh, adakah ini ikut perangai mummy???) Sian mak mertua saya masak sorang-sorang. Harap dia faham la. Saya cuma tolong basuh-basuh pinggan jer. Tapi kalau saya dah mabuk saya tinggal jer hehehehe (apa punya menantu la kan...)

Tak tahu la saya dapat habiskan puasa ke tak tahun ni. Ni pun dah berapa hari tinggal. Ingatkan tahun ni leh la puasa penuh. Nak berjalan pun tak larat. camne nak raya nanti. Tak kan saya duk umah jer huhuhuhu tak bestnyer.... :-((


Thursday, August 9, 2012

Suka & Tak Suka

Sepanjang hamil mesti ada benda-benda yang kita suka dan tak suka kan. Apa yang saya tak suka:

1.Masuk bilik air
2.Masuk bilik

Kenapa saya tak suka 2 tempat ni? Sebab saya alah kepada bau wangi-wangi. Perfume, bedak, sabun mandi, sabun basuh, softland apa-apa yang wangi la. Mandi pun sabun sikit-sikit jer. Paling bercinta kalau nak cuci muka. Rasa cam tak nak cuci muka jer. Basuh baju pun dah tak letak softland. Letak sabun basuh sikit-sikit jer. Lepas en suami mandi jer mesti saya tutup hidung. Siap bagi warning kat en suami lagi, selagi saya tak pakai perfume maka en suami pun tak boleh pakai hahahahaha. Rasa kejam plak kan. Dan sekarang muka saya sangat la selemoih hahahaha...

Apa yang saya suka plak? Paling-paling suka bau masakan. Terus perut rasa lapar. bau ikan goreng pun sedap. Balik keje jer mesti mak mertua tengah masak. Time-time tu gak rasa nak buka puasa hahahaha... Selera makan sekarang ni alhamdulillah takde la melampau sangat. Asal boleh isi perut jer. Cuma sahur memang tak boleh nak telan apa-apa makan langsung. Ada sekali tu minum susu pun muntah. Terus lepas tu tak minum dah....sian baby kan. nanti pas raya mummy try minum lagi yer sayang. Oh ya satu lagi saya tak boleh nak makan ayam. Tengok pun kadang-kadang geli. Kalau ikan ok jer. Elok gak kan makan ikan banyak sumber protien. Kurma pun saya dah rasa geli nak makan. Tengok jer dah kembang tekak. Kalau dulu memang kena ada stock kurma kat opis sebagai kudapan. Nanti mummmy kena try makan gak sebagai sumber tenaga & untuk perkembangan otak baby....

Yang lain setakat ni tak de lagi. Teringin nak makan apa yer???


Monday, July 30, 2012

Mana hilangnya

Banyak kot nk cerita tapi tak berkesempatan...Buka-buka entry muka monyok apa kes!! Ni la keadaan saya pagi tadi. Nak kata monday blues ye la jugak. Nak kata tak sihat memang tak sihat pun. Tapi yang lebih tepat adalah.......



V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Tahniah buat saya...itulah masalah saya sekarang ni. Alahan yang berpunca dari en suami hehehehehe...saya pun gatal gak ahaks....Alhamdulillah rezeki...so segala xtvt saya pun terbatas. Cerita selanjutnya kita tunggu entry akan datang yer bila saya dah betul-betul sihat & kuat.