Showing posts with label Adik-adik. Show all posts
Showing posts with label Adik-adik. Show all posts

Monday, May 12, 2014

Lepak-lepak di rumah saja

Semalam kan harii ibu. So memang dah plan nak balik umah mak...*eh bukan weken mmg balik umah mak ke??? ye...ye... mmg btl. Kebetulan en suami pun cuti minggu ni. So balik Jumaat malam. 2 orang adik memang dah ada kat rumah mak. Yang kat S.alam je tak balik sebab minggu lepas dah balik.

Tiada apa-apa celebrationn pun. Just plan dengan adik-adik nak buat nasi ayam. Memandangkan semua dah ada anak kecik so kita sama-sama la memasak. Say pun bukan pandai memasak pun. Tiap kali nak masak je mesti nak tanya encik gugel. hehehehe....

Abang plak belikan pizza. Ok la tu kan. Makan-makan lepak-lepak & rehat-rehat. Itupun dh cukup membahagiakan bila berada dengan orang yang tersayang. Siapa lagi kalau bukan keluarga kita kan. Petang tu kami jalan-jalan ke pekan. 

Seronokk la jugak walaupun hujan. Asalkan dapat keluar rumah dengan mak. Tetiba rindu zaman sebelum kawin. Kami semua keluar bawa mak jalan-jalan. Arwah abah memang jarang nak ikut. So kami yang perempuan ni apa lagi. Perempuan dapat masuk kedai kain cuci-cuci mata pun dah ok hehehehe...

Luv U mak...

***Ayah....mummy nak hadiah!!!!!! (tetiba kan...)

Monday, October 28, 2013

Happy Anniversary

Takde apa nak borak sebenarnya...just nak wish happy anniversary yang pertama buat adik saya Siti Zaharah Binti Mohd Mailan & Syazwan Bin Junidin.




Semoga kalian bahagia hingga akhir hayat!
 

Thursday, October 10, 2013

Yeaaaaaaaaaaa lagi hehehehe

Sebenarnya tak tahu nak letak tajuk apa. Hamtam saja la labu...

Semalam birthday adik saya kan... hari ni birthday makcik saya plak. Bulan october ni byk ramai plak yg nyambut birthday yer....next year leh celebrate sama yer. 

Ok jom wish birthday kat makcik saya dulu yer...

HaPpY bIrThDaY Mama....
Semoga panjang umur sentiasa murah rezeki yer...

ok kita pergi ke cerita seterusnya...
Hari ni juga merupakan anniversery adik saya ros yang sambut birthday semalam...

Happy Anniversary yang ke 4
Semoga terus tabah menghadapi apa jua dugaan dalam berumah tangga & semoga bahagia hingga ke jannah... 

Actually ada 2 orang lagi yang celebrate birhtday dalam bulan October ni. Sorang anak si rose ni Muhammad Nurluqman Hakim yang lahir pada 5/10/2012.
Bagus budak ni lahir dekat-dekat birthday mama & aniversary mama&papa
mata ngantuk tapi camm tau-tau je besday dia
 Selamat Ulangtahun yang pertama sayang...mummy sentiasa doakan yang terbaik buat Hakim. Jadilah anak kebanggaan keluarga yer...
mummy sayang hakim!

Seperti yang semua sedia maklum (ayat kemain lagi kan..) saya baru je menerima anak buat baru pada 3/10/2013 yang diberi nama Nurkhairina Amani
Nurkhairina Amani
  Welcome to our family. Semoga Amani menjadi anak yang solehah. Nanti dah besar boleh main dengan Auni yer...

So bulan ni penuh dengan bunga-bunga cinta ;-))

Wednesday, October 9, 2013

Happy Birthday!!!!!!


Happy Birthday To Rosnah Binti Mohd Mailan


Thursday, October 3, 2013

Auni dah jadi kakak!

Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyy......pasni sila panggil kakak auni yer....hehehehehe

Alhamdulillah pagi tadi dapat msg dr adik ipar bgtau adik saya dah selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.1kg di Hospital Sg Buloh. Tahniah buat mereka berdua. Bertambah lagi cucu mak saya. 2 lelaki 2 perempuan. 

Baby ikut muka papa dia ni. Alo tomei omeinyer...geram jer. kecik jer kan. Tak dapat bayangkan sebab auni dulu 3.3kg. ishhhh tak sabar la nak gomol dak tecik ni. Rindu nak bauu baby walaupun auni masih ada bau baby. Auni tetap baby dihati mummy! Harap-harap hari ni leh balik. Nenek dah tak sabar tu nak tgk cucu baru dia. Tapi auni x boleh tgk sebab campak dia belum baik lagi huhuhu....

Monday, November 5, 2012

Selamat Menjalani hidup berumah tangga























Salam semua...lama tak conteng-conteng kat sini. Sibuk dengan majlis pernikahan adik & majlis cukur jambul anak buah. Seminggu pastu majlis bertandang plak. Kenduri kendara sedara mara lagi. Maklum la dah start cuti sekolah. Pasni memang tiap-tiap minggu ada jer jemputan, so weekend x payah masak la...

Gambar dh masuk dalam fb. Kat sini tepek gambar masa bertandang aritu jer yer... Majlis bertandang dibuat kat Putrajaya, presint 14. Alhamdulillah tak sesat, maklum la dah lama tak ke putrajaya. Dari rumah kul 10 sampai sana dlm kul 12. Pengantin berarak dlm 12 lbh. Makan2, ambik gambar pastu terus balik dalam kul 1 lebih.

Tuan tanah kedaung

Dah sampai pun kena ambik gambar gak

Sepatutnya kitorang berhenti kat rumah pakcik pengantin tempat persinggahan tapi dah pengantin x bagitau pape maka berselerakkan la kami

xpe kita ambik angin dulu kat sini, itulah kata-kata mak pengantin kepada pengiring2nyer ;-))

Pengantin sampai jer kita balun....

ok perantin pun dh sampai

disambut oleh nenek pengantin lelaki

pasukan kompang

oi2 perantin pandang kamera ni la....

tau la kamera ni kecik & murah...kecik ati hakak tau!

silat pun ada...

ok kita balun lagi...ready...1...2....3....

mkn buat jer yer untuk kesihatan...

ni la satu2nyer gambar perantin yg ok

kan dah kata...xdenyer pengantin ni nk pndng kamera cikai saya

makan time!!!!!!

opppsss belum lagi la...baca doa dulu

bila la dorang ni nk bubuh nasi

saya makan udang byk hehehe

nom...nom...nom...

mak maintain jer...jaga badan, bukan macam anak dia yg sorang ni hehehe

yg ni pun makan byk

sesi potong2 kek

gambar-gambaran

beza memang berbeza saya ngan mak kan???

ada lagi gmbr mknn rupanyer

apakah ini??? entah la tak ingat...

Alhamdulillah majlis berjalan ngan lancar. Cuaca pun ok, redup2 jer...tak hujan pun. On the way balik pun ok. Semua selamat sampai.

Selamat pengantin baru buat Zaharah & Shazwan. Semoga bahagia hingga akhir hayat. Tabah menghadapi segala ujian-ujian rumahtangga & dikurniakan baby2 yang comel2 cam aunty dia....



Friday, October 5, 2012

Doa dari kalian

Adik saya dah berada di hospital sg buluh ketika ini. Doakan dia semoga selamat melahirkan baby yer. Jap lagi saya pun nk pergi melawat dia dengan mak. nak bagi sokongan moral. Semalam dah induce tapi bukaan masih 3cm. Tentu dia sedang menahan sakit ketika ini. Teringat peristiwa tahun lepas macam mana dia sakit. Masa tu tak tahu pun baby tu nak keluar sebab kandungan baru 5 bulan. Semoga Allah permudahkan segalanya....

Tuesday, July 3, 2012

Bz lagi

Penah ke dalam blog ni saya kata saya tak bz. Penah ke????? hahahahaha....memanjang bz nyer kan...kali ni betul2 bz yer(maknenyer sblm ni pura-pura bz la yer) eh tak-tak...sebelum ni pun betul-betul bz. Tak baik tipu tau!!!

Kali ni bz membuat persiapan adik saya yang akan melanjutkan pelajaran ke politeknik sultan azlan shah perak. Kenapa saya yang bz???kenapa adik saya tak buat persiapan sendiri??? Sebenarnya adik saya kan terlibat dengan program plkn. Sepatutnya habis 14/7/2012 ni tapi dia kena register poli 8/7/2012. So ada lebih kurang 4 hari lagi. Itupun kami minta dia balik awal. Kan sekarang ni segalal-galanya kena buat online. Dia mana la ada masa nak buka internet kan...so akak-akak dia la yang bertungkus lumus membuatnya. Check status, yuran berapa nak bayar, download borang-borang tu semua macam-macam lagi la...

Seb baik dia ada kakak-kakak yang baik hati lagi cun ni kan hikhikhik...dengan kemudahan yanga ada sekarang ni semua main online jer kan...nk diskus-diskus adik badek pun main online-online jer. Setakat hari ni yuran dah settle, sok nk register online jer...borang-borang pun nanti suh dia isi dah siap print semuanya...medical chech up pun esok dia buat. Gambar dah suh dia buat hensem-hensem supaya gmbr kat kad pelajar dia nmpk encem dan boleh dapat ramai awek2 cun kat sana nanti (motiffff????) hahahaha kakak ko dah x betul ni mi...

Aduh tetiba takde idea plak nk sambung. Stop je la kat sini...buntu kepala otak. Tahniah la kepada Mohamad Azmi kerana berjaya masuk ke Politeknik. Belajar rajin-rajin tau!!!!
MmmmmmmmUuuuuuuuuAaaaaaaaHhhhhhhhhhh sikit ;-))




Thursday, June 7, 2012

Adik Saya Dah Kawen

Selamat Pengantin Baru. Semoga Kekal Hingga Akhir Hayat
 Saya tak tahu kenapa saya rasa sebak bila tengok gambar ni. Bukan saya sedih dengan perkahwinan adik saya ni, saya happy sangat. Cuma saya teringatkan arwah abah. Kalau abah ada mesti dia happy kan anak-anak perempuan dia dah kawen. Sebak jer...dah..dah...cukup...ni pun dah bergenang air mata. Raya tahun ni mesti meriah. Sebab ada pertambahan ahli keluarga bukan 1 tapi 2 sekali. Tahniah!!

Kami yg comel yeaaaaaaaaaaaaaaaaa
Ni la adik beradik perempuan saya. Yang kanan tu Insya Allah awal tahun depan majlisnya...Yang depan tu tengah pregnant nak masuk 6 bulan. Semoga tak ada apa-apa yang berlaku. Anak 1st gugur masa kandungannya masuk 5 bulan. Sama-sama kita doa semoga semuanya selamat hingga baby tu lahir. Tak sabar nak dapat anak buah. Ermmm kenapa saya mok...mok...yer????


Wednesday, June 6, 2012

Kesibukkan

Salam kawan-kawan...

Dah boleh bernapas sikit walaupun masih sangkut-sangkut...Apa yg bz sangat tu????? Cam saya bagitau sblm ni kan, kat rumah bz...kat opis bz....meh nak cerita sikit...

Kita mulakan dengan kerja-kerja ditempat kerja. Bulan 5 aritukan ada book fair kat KL. KL International Book Fair yang diadakan setiap tahun. Cuma tahun ni saya tak pergi kerana kesihatan yang kurang mengizinkan...So dah lepas book fair ni makanya banyak la listing yang supplier email. So listing-listing ni la nak kena semak & sebelum diorder...Alhamdulillah dengan bantuan kawan-kawan kerja-kerja ni pun berjalan dengan lancar...

Kesibukkan yang kedua ialah...membuat persiapan majlis perkahwinan adik saya. Selamat Pengantin baru buat Siti & Mazrik. Semoga kekal bahagia selama-lamanya...penatnyer masih terasa lagi. Biasa la kan kenduri kat kampung. Cumanya kenduri ni dibuat dirumah pakcik saya. Alhamdulillah rezeki adik saya. Ye la saya pun baru kawen 3 bulan. Penat pun tak habis lagi kan...Majlis kawen ni kan kerja besar bukan macam kenduri-kenduri biasa. Walaupun pakcik ambik katering tapi majlis nikah kami tetap buat rewang. Makan beradap juga dimasak sendiri oleh pakcik2 & makcik2 saya. Kalau rewang ni best sikit. Rasa meriah jer...

Nanti saya upload gambar adik saya yg sweet tu yer...cam kakak dia gak sweetnyer.... ;-))






Thursday, May 3, 2012

Happy Birthday


Hari ni bestday adik saya yang perempuan bongsu. Yg ke berapa yer??? oh yer...yang ke 26 tahun...dah tua yer dik hikhikhik...bakal jadi bini orang gak ni. maklum la adik beradik ramai rapat-rapat plak tu. Dah beso-beso ni lupa dah umur memasing. Tapi takpe kita tetap nmpk muda kan dik hehehehe....

Ucapan: Semoga panjang umur, murah rezeki (leh cepat-cepat kawen) mmg nk kawen sgt2 dah kan....jgn lupa mak bila dah kawen nanti. Jangan kuat majuk...jgn marah-marah nnti kawen tak berseri...semoga diberkati Allah dunia & akhirat...
Aminnnn.....

MMMuuuuAAAhhhh......