Semua ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak mereka. Semalam baru cucuk Auni untuk 3 bulan. Ni terbaca pasal imunisasi ni kat yahoo so nak share kat sini sebagai panduan saya bila-bila nanti
Selain memberi perhatian kepada pemakanan dan penjagaan kesihatan,
imunisasi adalah satu cara utama untuk mencegah penyakit. Imunisasi
adalah suatu program bagi memenuhi Konvensyen Hak Anak Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, justeru kerajaan dan ibu bapa harus melakukan
yang terbaik demi kesihatan anak-anak, termasuklah dengan memberikan
suntikan pelalian atau imunisasi.
Dari semasa ke semasa, Persatuan Doktor Pediatrik Indonesia (IDAI)
melakukan penilaian terhadap jadual imunisasi berdasarkan perubahan
epidemiologi penyakit, dasar kementerian kesihatan / Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO), dasar global, dan perolehan vaksin di
Indonesia. Namun imunisasi tidak lagi dibeza-bezakan sebagai imunisasi
yang diwajibkan atau pun imunisasi yang digalakkan. Semua imunisasi
kini MESTI diberikan kepada semua bayi dan kanak-kanak.
Berikut 14 jenis imunisasi yang mesti diberikan.
BCG Mengandungi cecair M. Bovis hidup yang sudah
dilemahkan. Imunisasi ini tidak menghalang jangkitan Tuberkulosis (TB)
tetapi mengurangkan risiko terjadinya TB berat seperti TB meningitis dan
TB miliari.
Hepatitis B Vaksin kombinasi HepB dan DTP yang
berdasarkan hasil penelitian Biofarma, dapat memberikan respons antibodi
yang lebih baik berbanding jika diberikan secara berasingan.
Polio Polio boleh mengakibatkan
penghidapnya lumpuh dan sukar bernafas. Ada dua jenis vaksin polio
iaitu vaksin polio tak aktif (IPV), yang mengandungi virus polio yang
dimatikan dan ia diberikan dalam bentuk suntikan. Jenis kedua ialah
vaksin polio oral (OPV) yang mengandungi virus hidup yang dilemahkan.
DPT Ada vaksin DTaP (Difteria, Tetanus, aselular
Pertusis) atau yang dikenali sebagai vaksin DTP yang tidak mencetuskan
demam. Walaupun reaksi selepas imunisasi DTaP baik setempat mahu pun
sistemik adalah lebih rendah berbanding selepas DTP biasa, vaksin itu
masih boleh menimbulkan reaksi demam dan bengkak seperti vaksin jenis
lain.
Campak Jika demam campak menjangkiti kanak-kanak terutamanya yang berusia di bawah lima tahun, ia boleh mengakibatkan kematian.
HIB Ada vaksin kombinasi DTP dan HIB dengan daya keimunogenan yang kekal tinggi tanpa mempengaruhi kesan imun sesama sendiri.
PCV Bayi berisiko tinggi mengalami pengkolonian
pneumokokus, iaitu bayi yang mengalami jangkitan saluran nafas atas,
sering menghidu asap rokok, bayi yang tidak menyusu badan dan bayi yang
tinggal di negara empat musim (pada musim sejuk).
ROTAVIRUS Di Indonesia, 28% kematian bayi adalah
disebabkan oleh cirit-birit. Untuk masalah itu, ada vaksin monovalen
(Rotarix) dan pentavalen (Rotareq).
INFLUENZA IDAI mengesyorkan agar imunisasi influenza diberikan kepada:
- Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun.
- Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV.
- Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok.
- Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan.
- Kanak-kanak sihat yang berusia 6 bulan hingga 2 tahun.
- Kanak-kanak yang menghidap penyakit jantung kronik, asma, diabetes, penyakit buah pinggang kronik dan HIV.
- Kanak-kanak yang tinggal di tempat seperti asrama, rumah anak yatim atau sekolah pondok.
- Orang yang boleh menularkan virus flu kepada orang yang berisiko tinggi seperti pengasuh anak dan petugas kesihatan.
VARISELA Tidak boleh diberikan kepada kanak-kanak yang
sedang demam teruk, kekurangan limfosit atau sel darah putih, yang alah
kepada neomisin dan kekurangan sel imun.
MMR Imunisasi MMR tetap diberikan walaupun kanak-kanak
pernah menghidap demam campak, beguk atau rubela. Tidak ada kesan
imunisasi yang berlaku terhadap kanak-kanak yang pernah mendapat
perlindungan daripada satu atau lebih daripada ketiga-tiga penyakit
tersebut. Imunisasi ini juga tiada kaitan dengan autisme.
TIFOID Tifoid adalah penyakit akut yang disebabkan oleh
bakteria salmonella typhi. Bakteria ini sering dijumpai di dalam air
dan persekitaran tempat tinggal yang tidak dijaga kebersihannya.
HEP A Hepatitis A adalah penyakit radang hati yang sering menyerang kanak-kanak.
HPV Jadual pemberian imunisasi HPV bergantung kepada
jenis vaksin yang akan digunakan. Imunisasi ini boleh diberikan kepada
pesakit sejak usianya 10 tahun. Jika vaksin HPV bivalen digunakan maka
sejumlah tiga dos akan diberikan kepada pesakit. Dos kedua diberikan
sebulan selepas dos pertama, sementara dos ketiga diberikan lima bulan
kemudian. Vaksin HPV tetravalen juga diberikan sebanyak tiga dos. Dos
kedua diberikan dua bulan selepas dos pertama dan dos ketiga pula
diberikan empat bulan kemudian.
Sebelum vaksin diberikan, doktor haruslah terlebih dahulu memberikan
penjelasan tentang bahaya penyakit, manfaat imunisasi serta kesan yang
mungkin timbul setelah suntikan vaksin diberikan.
Perlu diingat, ibu bapa harus memaklumkan kepada doktor mengenai hal
yang berkaitan kontraindikasi (penggunaan ubat tertentu yang
memudaratkan pesakit) yang mungkin pernah berlaku sebelum imunisasi
diberikan termasuklah sejarah penyakit anak, alahan terhadap neomisin,
sejarah imunisasi sebelumnya dan rawatan yang sedang dilakukan. Perkara
ini berguna bagi menjangka reaksi tubuh kanak-kanak selepas diberikan
imunisasi.
credit to yahoo
No comments:
Post a Comment