Ni bukan rindu kat orang yer..kalau rindu kat orang opkos hari-hari saya rindu mereka-mereka yang saya kenali (malas nk mention nama kat sini kang ada yang sentap plak kalau saya terlupa nak letak nama dornag).
Actually saya rindu sangat nak memasak. Bukan la saya kata saya ni pandai sangat memasak. Setakat nak makan saya sendiri tu ok la. Tu pun kadang-kadang saya pun tak makan apa yang saya masak. Saje-saje suke-suke nak masak boleh. Saya kan dari zaman bujang lagi teringin nak buat puding triffle. Puding ni sedap. Nak-nak lagi kalau makan tiap cuaca panas-panas. Triffle tu pulak baru kuar dari peti ais perrrrrhhhhh.... memang terbaik la!
Tengok gambar pun dah menyelerakan. Kalau makan apatah lagi...kalau tak silap saya pernah buat sekali kot benda alah ni. Tapi disebabkan masa tu kastad tu lembik sangat maka saya pun frust la (cepat nor putus asa kan...)
Tak boleh tahan betul la. Dengan buah-buah kat atas tu. Boleh batal puasa camni hehehehe. Bukannya saya malas nak buat (ayat cover ni hehehehe) tapi kengkangan masa yang menyebabkan puding ini tak terhasil cewah....
Serius saya rindu nak masak-masak ni...sejak ada baby ni memang susah sikit la. Baby pun kecik lagi. En Suami kalau jaga baby dia yang tido. Mainnya 5 minit, tidonya 50 minit bengang jer saya. Lagipun leceh la duduk umah mertua ni. Bukan leceh apa sebenarnya lebih pada segan nak selerak-selerakkan dapur dia. Lain la kalau rumah sendiri. Kalau balik umah mak sendiri banyak pulak agendanya...
Tengok la nanti bila-bila saya free saya akan buat jugak puding triffle ni. Doakan saya yer...
Minta halal yer pada blogger2 yang saya ambik gambar ni....
No comments:
Post a Comment