Thursday, June 26, 2014

1tahun 3 bulan

Diumurnya setahun 3bulan baru la cik Auni boleh berjalan tanpa bantuan sesiapa. Kalau sebelum ni memang dia nak berjalan tapi dia akan pegang tangan kita untuk tolong pimpin dia.

Sepupu dia setahun dah laju berjalan. Tak pe mummy tak kisah pun. Usaha tu yang penting.




Sekarang ni dah dapat kaki orang kata memang jalan je la. Kalau keluar gate je eksen sikit xnak langsung orang pegang dia. Nak jalan je. Pastu taknak balik rumah. Bila dukung dia je nangis2. Bertuah betul budak tecik ni.

Tetiba mummy rasa anak mummy dah besar. Nanti jap je dah sekolah ohhhh.....

posted from Bloggeroid

Saturday, June 14, 2014

Selamat pagi Sabtu

Hari ni saya kerja. Dah lama rasanya x kerja hari Sabtu. Malam ni mak mertua ngan pakcik saya ada buat kenduri tahlil. Malangnya saya tak dapat cari pengganti. Rasa bersalah gak dengan mak mertua. Ye la balik nanti pun dah petang. Pastu nak ambik kuih lg kat umah mak.

Cik Auni saya letak rumah ibu. Kalau tak mak mertua x boleh buat kerja. Nak letak rumah mak, mak pun nak rewang rumah pakcik. Nak bawa dia g kerja ekon plak problem. Dengan cuaca panas ni boleh membuatkan bukan saya Cik Auni dengan mummy dia sekali mengamuk nanti. Mujur la ada sepupu. Harap Cik Auni ok.

Plan asal mak mertua nak buat kat masjid je. Senang. Entah macam mana boleh tukar plan plak nak buat kat rumah. Agak penat jugak la kalau masak sendiri. Mak mertua decide tempah nasi ambeng je. Masak untuk makan famili jer. Keluarga belah suami mmg ramai. Anak buah saja dah 20 orang. Tapi untuk kenduri ni takde la semua balik. Itu pun jenuh gak la nak masak.

Selali bab masak ni k.ngah ngan k.lang la chefnya. Tapi k.lang baru je keluar hospital. Nampaknya k.ngah ngan mak j la yg masak untuk hari ni. Yang lain slalunya sampai lambat..

K la nak wat keje dulu

posted from Bloggeroid

Thursday, June 5, 2014

Semalam punya cerita

Semalam dapat jemputan dari famili xstaf sini. Ayah dia plak driver kat sini. Satu company dia jemput. Alhamdulillah rezeki.

Makcik ni buat kenduri kesyukuran cucu sulung dia. 1st time jadi atok ngan nenek mestilah excited kan. Saya dulu mula2 jadi mak pun excited gak. Sekarang ni pun excited gak. Tiap2 hari x sabar nak balik cepat nak tengok muka anak. Muka ayah xtengok pun xpe. Tapi hari2 nak kena dengar suara...dah citer lain plk ni.

Kami pergi waktu lunch. Memang best la kan perut lapar dapat plak makan free. Sapa tak nak kan...elok tengah makan ujan lebat. Hujan rahmat orang kata. Sejuk sikit bumi ni. Hujan pun x lama sekejap je. Elok kitorang nak balik hujan pun reda.

Rumah makcik tu sebelah opis saya je. Senang la. Kami buat 2 trip. 1st trip dah g kul 12. So kami g kul 1. Kena la gilir2 kan. Kalau x sapa nak jaga opis ni.

Makanan simple je. Tomyam, ikan goreng, sambal belacan..yang bestnya ada pecal....

Dapat la kami goodies bag ni


Dalam tu ada jajan2. Boleh la wat kudap2 time ngantuk nanti.


Lupa plak nak tnya nama bby. Bby semangat...baru 4 bulan tapi dh cam 6bulan. Rambut cacak2...sng nanti nak cukur jambul hehehe...

Terima kasih la pada makcik wok sebab sudi jemput kitorang. Makcik wok datang dari bilik ke bilik jemput kitorang tau...nanti ada kenduri lagi jangan segan jemput kitorang lagi yer. Insya allah kitorang x malu nak dtg hehhe..

posted from Bloggeroid

Tuesday, June 3, 2014

Bestnya duduk kampung

Saya perasan Cik Auni kalau kat kampung elok jer dia tidur malam. Takde pun gelisah-gelisah. Dah dua malam ni pagi saya bangun pun elok jer dia tidur. Selalu tu kalau kat rumah MIL saya bangun g toilet pun dia boleh sedar.

Saya rasa faktor cuaca. Kat kampung kan cuaca malam sejuk jer. So Cik Auni pun lena la tidur. Pagi tadi dalam pukul 5.45 saya bangun buat susu, tukar pampers pastu elok jer dia tidur balik. Pukul 6 saya masuk dapur masak bubur dia. Sampai la saya siap nak pergi kerja. 

Sempat la saya kemas rumah sapu sikit-sikit. Dalam pukul 7 lebih tu baru Cik Auni bangun. Sedap sangat la tu tidur. Mulanya saya risau jugak kalau-kalau saya pergi kerja dia tak bangun lagi. Bukan apa...Cik Auni ni kalau dia bangun saya tak ada memang lama la dia melalak. Lagi-lagi orang yang tengok dia tu bukan mummy dia ermmm......susah nak cakap la. 

Tapi kalau dia bangun saya tak ada maksudnya saya kat luar bilik ke kat dapur ke bila nampak saya masuk jer ok la. Manja sangat dia ni. 

Tapi memang ada beza la. Sebab rumah teres kan tak ada ruang udara. Rumah kampung banyak sangat ruang yang terbuka. So awal pagi memang sejuk la. Dapat pulak hari cuti hujan di awal pagi memang heaven la...Seminggu ni biar la Cik Auni tidur puas-puas....

Monday, June 2, 2014

Cik Auni kat kampung

Hari ni Cik Auni kt kg. Duduk dengan nenek. Cuti skolah seboleh-bolehnya nk Cik Auni duduk dengan nenek. Tak de la nenek bosan duduk sorang-sorang kat rumah.

Risau sebenarnya. Ye la Cik Auni kan x biasa dengan nenek. Mesti dia dapat rasakan perbezaan duduk dengan nenek dan wan. Lagi pun hampir 3 minggu kami tak balik kg.

Saya memang kalau boleh wakty cuti sekolah ni nak biar Cik Auni dengan mak saya. Sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu. Lagipun masa cuti ni la wan dia nak berjalan. Biasanya makcik-makcik dia akan ambik wan secara bergilir. Biarlah sesekali wan nak berjalan. Biar dia rehat dari jaga cucu.

Kalau boleh sepanang cuti sekolah nak biar Cik Auni duduk kat kg. Tapi En Suami bukan boleh lekang dengan anak. Manja sangat. Sehari tak jumpa dah rindu-rinduan. Lama-lama kat kg pun x boleh jugak. Cian plak kat mak. Mak tu dah la tak reti duduk diam. Diam-diam dia dah sampai ke pekan merempit.

Camne la cik auni ni....

Syukur

Syukur padaMu ya Allah atas kurniaan ini. Syukur kerana saya masih lagi bernafas dimuka bumi ini. Syukur sebab basih lagi mendengar tangisan Cik Auni. Syukur sebab masih lagi dapat melihat muka En Suami tercinta. Syukur sebab dikelilingi keluarga tersayang. Adik beradik yang sentiasa mengambil berat. Anak-anak buah yang mencuitkan hati mummy...

Syukur....syukur...syukur....semoga saya terus dilimpahkan rezeki yang berpanjangan, kasih sayang yang tak berbelah bahagi, kebahagiaan hingga hujung nyawa dan kesenangan dalam setiap kesederhanaan...