Showing posts with label Kampung. Show all posts
Showing posts with label Kampung. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

Tenangnya di kampung

Pokok-pokok padi sedang menghijau. Lari dari kesibukkan kerja. Lihat pemandangan sawah padi yang luas terbentang. Memang best la....

Friday, October 24, 2014

Sepetang di kampung


Aktiviti kat kampung biasanya sama je tiap kali balik pun. Lagipun kampung bukan jauh sangat. 15-20 minit je dah sampai. Tapi tiap-tiap minggu nak kena balik jugak. Ye la sementara mak ada lagi kena la jenguk selalu kan...

Selalunya petang-petang kalau kat kampung bawa si kecik ni jalan-jalan je. Biar dia berlari-lari ikut suka dia. Kat rumah mak mertua terkongkong sikit. Sebab rumah taman. Lagipun jalan depan rumah mak mertua tu sibuk sikit. Banyak kenderaan lalu lalang. Pastu dengan motor yang laju-laju. Gate memang sentiasa tutup.

So bila balik kampung inilah peluangnya untuk sikecik tu explore. Main tanah, pasir, air lecak...seronok je. Yang tak seronoknya bila semua benda pun nak masuk dalam mulut dia. 

This week tak dapat balik kot. Sebab En suami kerja. pastu banyak plak undangan perkahwinan. Tak pe la Deepavali hari tu pun dah balik tengok mak. Kita balik minggu depan plak la cari ikan. Musim menuai dah habis ni. Banyak la boleh dapat ikan....

Tuesday, June 3, 2014

Bestnya duduk kampung

Saya perasan Cik Auni kalau kat kampung elok jer dia tidur malam. Takde pun gelisah-gelisah. Dah dua malam ni pagi saya bangun pun elok jer dia tidur. Selalu tu kalau kat rumah MIL saya bangun g toilet pun dia boleh sedar.

Saya rasa faktor cuaca. Kat kampung kan cuaca malam sejuk jer. So Cik Auni pun lena la tidur. Pagi tadi dalam pukul 5.45 saya bangun buat susu, tukar pampers pastu elok jer dia tidur balik. Pukul 6 saya masuk dapur masak bubur dia. Sampai la saya siap nak pergi kerja. 

Sempat la saya kemas rumah sapu sikit-sikit. Dalam pukul 7 lebih tu baru Cik Auni bangun. Sedap sangat la tu tidur. Mulanya saya risau jugak kalau-kalau saya pergi kerja dia tak bangun lagi. Bukan apa...Cik Auni ni kalau dia bangun saya tak ada memang lama la dia melalak. Lagi-lagi orang yang tengok dia tu bukan mummy dia ermmm......susah nak cakap la. 

Tapi kalau dia bangun saya tak ada maksudnya saya kat luar bilik ke kat dapur ke bila nampak saya masuk jer ok la. Manja sangat dia ni. 

Tapi memang ada beza la. Sebab rumah teres kan tak ada ruang udara. Rumah kampung banyak sangat ruang yang terbuka. So awal pagi memang sejuk la. Dapat pulak hari cuti hujan di awal pagi memang heaven la...Seminggu ni biar la Cik Auni tidur puas-puas....