Jumaat rehat lama kan...jom kita borak-borak. Lama dah tak bebel-bebel kat sini. Nak cerita apa pun tak tahu sebenarnya. Tadi bukan main lagi. Macam-macam nak cerita. Pastu dok tenung la pc tu lama-lama.
Semalam saya kerja petang. Balik pukul 10. Sampai rumah pun dah pukul 10.30. Dah la saya kehilangan kunci. Semua kunci ada. Kunci rumah, kunci opis, kunci opis shah alam. Aduhhhhh...tak tahu la mana saya salah letak. Kat opis takde kat rumah pun takde. Saya tak pernah pun keluarkan kunci tu dari dalam beg.
OTW balik rumah tu baru teringat camne nak masuk rumah ni nanti. Dah la saya tak save no tepon rumah. Biasa MIL memang dah tidur time-time camtu. Tapi pagi tu dia kata nak tengok pencetus ummah so harapnya dia ada la kat ruang tamu tu.
Satu lagi yang merisaukan saya ialah Cik Auni. Dia ni mana la boleh tidur tanpa saya. Sebelum tidur mesti nak ngempeng dulu. Hari tu masa saya kerja malam pun dia tahan mata taknak tidur. Tapi takpe la sebab En Suami ada timetu. Dia cuti. Boleh la dia layan Cik Auni. Saya balik je buka pintu bilik terus terkam. Tak sempat-sempat saya nak mandi terus di ajaknya saya bum bum nak tidur. Alahai kesian plak rasanya tinggal anak malam-malam camtu.
Dah semalam sambil drive sambil pikir camne nak masuk rumah sambil fikir Cik Auni. Drive pun nak cepat samapi je. Call en suami nak minta no rumah tak berangkat plak dia. Tak kan tak sampai tempat kerja lagi. Dah menambah lagi kerisauan saya. Tawakal je la sampai rumah nanti.
Sampai rumah tengok moto ada. Eh tak pergi kerja ke??? Oh tumpang lori kot sebab hujan. Gate memang tak kunci so senang la nak masuk kete dalam porch. Intai-intai dalam rumah oh tv terbuka. Lega rasa. So MIL memang kat depan la. Pintu depan pun tak kunci. Selamat la kan. Masuk rumah je melilau cari Cik Auni. Takde plak dia dengan MIL. Bilik tertutup. Mustahil dia tidur sorang-sorang dalam bilik. Bilik abang ipar pun tertutup. Cik Auni memang suka masuk bilik Pak Anjangnya kalau abang ipar saya ada. Tapi kalau Cik Auni ada dalam tu mesti pintu terbuka.
Saya pun perlahan-lahan buka pintu bilik. Sekali tengok dia memang tidur. Alahai sian je tengok dia tidur. Yang sweetnya dia tidur atas dada ayahnya. Confirm la ayahnya pun tidur sekali. patut la call tak angkat. Silent rupanya tak nak anak bangun. Sekali lagi rasa bersalah huhuhu....Maknanya semalam En suami EL sebab tak sampai hati nak tinggalkan anak dia yang meronta-ronta nak ikut dia pergi kerja. Selalunya saya ada so Cik Auni takdela nak menangis nak mengikut. Lagipun dia dah terbiasa pukul 8 je ajak masuk bilik. Dia tak suka nak lepak kat depan...
Bulan ni ada sekali lagi saya kerja malam. Kesian plak kat En Suami tak kan nak cuti lagi. Insya Allah lepas ni takde dah kerja malam. Maybe 2 3 bulan lagi. Yang tu nanti kita fikir camne nak buat yer...
No comments:
Post a Comment