Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar Cik Auni dah 1y8m dah pun. Banyak yang dia dah tau. Asik mengikut je apa yang orang buat. Dah banyak cakap sekarang ni. Tapi bahasa dia la. Banyak mulut sumgguh dia ni.
Ada la 2 3 perkataan yang boleh difahami. Kalau dulu yang dia tau nenen, mam, nak...sekarang ada peningkatan macam duduk, sus (susu) ma...ma...(mummy yer sayang) kadang-kadang dia panggil mamak (ma+mak) sebab dia dengar kita panggil wan dia mak. So dia gabungkan jadi la mamak.
Cukup susah nak tidur siang. Asal tnya nak tidur tak???jawapan dia mesti taknak (sambil geleng-geleng kepala) Dah pandai buat suara miow...auk..auk...(anjing) cip..cip...(burung) tapi kalau meow tu slow je bunyinya. Suwet sangat mummy dengar.
Ni salah satu aktiviti yang dia tiru. Kadang-kadang dia selongkar bakul baju kotor nk gosok baju. Tiap-tiap hari tengok mummy dia gosok baju. Lagi satu kalau nampak ayah dia bersiap depan cermin dia pun sibuk ambik sikat, deodorant, perfume. Nasib la pagi-pagi mummy siap dia tak bangun lagi. Kalau tak mesti dia pun tiru aksi pakai lipstik gak.
Time tidur kalau tengok dia mesti terdetik dalam hati alahai anak mummy dah besar rupanya. Jap lagi nak sekolah dah. Pastu masuk u kerja & kawen. Mummy rasa macam tak buas lagi nak peluk gomol dia. Walaupun kadang-kadang geram dengan perangai dia yang dah pandai macam-macam sekaran ni. Camni la kehidupan kan....
No comments:
Post a Comment