Untuk 2nd pregnancy ni nak buat satu entry je. Biasa la faktor umur hehehehe...Senang kot kalau buat sekali harung jer. Nak cek balik pun senang. Kenapa la yang 1st dulu tak buat camni kan....
Saya dapat tahu saya mengandung kali kedua ni masa umur Cik Auni 1tahun 3bulan. Sebelum tu memang macam dah syak jer. Period memang dah lewat. Saya memang tak ambik apa-apa perancang pun. Rancang sendiri jer. Ikut En suami dia nak setahun satu. Pengsan bini dia..
Sebelum ni memang ada period lewat. Tapi saya breastfeed Cik Auni, memang ada lewat sampai 3 bulan. Lewat yang ni memang dah agak. So saya buat UTP sendiri. Berdebar jer rasa...macam 1st time pregnant. Tak sampai seminit dia dah tunjuk hasil. Hasilnya memang positif. Masa ni saya lewat seminggu. Senyum je la kan...
2minggu lepas tu sebelum ke klinik saya buat lagi UTP kat rumah. Tak puas hati buat sekali. Mana tau alat tu tipu kan. Ye la beli pun yang murah jer. Alhamdulillah memang positif. Badan saya memang dah rasa lain macam. Tapi morning sickness tu takde lagi. Cumanya saya cepat ngantuk. Kalau kat opis tu pukul 10 saya dah ngantuk.
Saya pergi klinik & doktor sahkan saya pregnant 7minggu. Siap scan lagi. Terkejut doctor tu tengok denyutan jantung (eh yer ke...ke nadi ha...) jelas kelihatan. Saya pun senyum je la. Happy tak terkata. Alhamdulillah seperti yang kami mahukan. Due date Insya Allah awal tahun depan. Harap-harap sama or dekat=dekat dengan birthday ayah.
Ambik MC g dating dulu sebelum g kinik |
Masa buat pengiraan sendiri ayah dah masam-masam muka sebab ayah kata baby kuar sama bulan dengan mummy & Cik Auni, Mummy kata tak sebab mungkin awal lagi kot. Bila doctor dah sah kan senyum je ayah hehehe...
Monthly Check Up
Saya masih berkira-kira sama ada nak check up kat KK or klinik swasta. Tau je la kalau kat KK ni ambil masa sikit. Pengalam pertama dulu sudah cukup letih rasanya. Dari segi dorang cek memang ok. Detail semuanya. Tapi tu la...rasa macam tak sanggup plak.
Kalau cek kat swasta boleh guna medical company. Saya dah call klinik tu dia kata boleh. Tapi kena buka buka merah tu juga kat KK. Rasa malas je nak ke KK tu. Tengok la camne nanti.
Morning Sickness
Tak sama macam Cik Auni dulu. Mungkin tu 1st time kan takde pengalaman lagi. Yang saya perasaan buat masa sekarang ni mabuk tu ikut masa. Kadang pagi...kadang petang...pastu macam ngantuk je. Ada gak tertidur kat opis ni. Lagi satu macam banyak angin jer. Sakit-sakit kepala dibuatnya. Nasib la dia tak stay lama dalam badan. Mau la jugak dia keluar wlaupun kebanyakkannya keluar ikut bawah (oooppppsss...malu saya).
Alhamdulillah sekali lagi saya dapat merasai bulan puasa disaat saya hamil. Cik Auni dulu pun morning sickness masa bulan puasa. Sebab tu due date diorang dekat dekat je. Beza dalam sebulan lebih jer. Setakat ni tiada lagi agenda muntah yang teruk. Cuba rasa macam malas nak bercakap. Kalau cakap je mesti rasa nak muntah. Eeee...malas nk fikir la...
Setelah mengharungi bulan puasa saya rasa pregnant kali lagi teruk dari Cik Auni dulu. Saya dapat puasa berapa hari je. Memang teruk la saya rasa untuk kali ni. Macam yang sebelum ni, saya tak boleh bau-bauan. Saya alah pada bau. Wangi-wangi tak boleh nak bau. Apatah lagi bau busuk. Pergi kerja memang tak mekap langsung. Kadang-kadang tak cuci muka. Tak pakai bedak. Hari-hari akak cleaner tegur muka saya pucat. Muntah memang teruk. Saya makan sikit-sikit supaya saya tak muntah. Selagi boleh saya akan tahan daripada muntah. Tak suka ok.
Tempat paling saya tak suka toilet/bilik air dan bilik tidur. Bilik air kan ada sabun, syampu, shower form bagai...Eeeeeeee tak sukanya. Lagi-lagi waktu pagi. Ramai yang masuk bilik air. Lepas guna kan ada bau sabun mandi, ubat gigi la, pencuci muka. Saya masuk cepat-cepat gosok gigi pastu mandi. Sabun pun buat syarat je. Kadang-kadang tak sabun pun. Pernah sekali masa saya syampu rambut terus saya termuntah. Seminggu 2 kali je syampu rambut. Tak suka sangat. Masuk bilik memang saya tak sentuh langsung bedak, losyen, krim muka ke hapa. Deodorant pun kadang pakai kadang tak. lantak la. nasib la saya ni takde masalah bau badan. Tapi paling tak suka bila En suami lepas mandi. melekat ok bau sabun mandi. Pastu sembur deodorant la. Dengan losyen pastu sembur plak perfume mak aiiiiii.....menjerit la saya apa lagi kan. Siap saya suruh En Suami beli sabun mandi yang takde bau. Dah mana nak cari kan...
Saya berterima kasih banyak-banyak pada En suami sebab sepanjang saya alahan bau dia yang uruskan mandi pakai Cik Auni, Kalau saya yang mandikan memang tak bersabun la Cik Auni tu. Sampai kan satu tahap saya tak cium langsung Cik Auni. Rasa sangat kejam ok. Bau peluh dia pun saya tak suka. Kesian betul anak mummy tu kan...tak pe la kejap je ni.
Lepas raya selera pun dah makin ok. Tapi tak boleh makan banyak. saya cepat sengkak. makan sikit tapi kena kerap. Ok la kan. tapi En suami tu susah la sikit. Time dia makan di ajaknya saya makan sekali. Timing makan saya memang dah lari. Saya makan bila lapar. Tapi jap je dah kenyang. Perut takde la besar sangat. Harap-harap bertahan la sampai baby lahir nanti yer. Mummy tak larat nak bawa badan besar-besar ni. Ni pun rasa macam cepat je mengah.
Mengandung kali ni cepat penat. Mungkin sebab ada anak kecik yang tengah melasak. Cik Auni pun kalau sampai tahap mengada dia nak berdukung je. Tak dilayan kang kata mengabaikan anak sulung. Pilih kasih la hapa la...Kalau saya larat saya layan. kalau tak larat saya akan duduk main-main je dengan dia. Bagi dia leka. mana larat nak membawa dua orang sekali gus. Cik Auni pun boleh tahan berat sekarang ni.
CHECK UP
Check up kali kedua bp saya tinggi. 130/80. Memang saya sakit kepala time tu sebab malam tu saya tak cukup tidur sebab blackout. Jenuh mengipas cik Auni dari pukul 3-5 pagi. Dah kena cek bp 2hari sekali. Lepas 2minggu pegi checkup lagi. lain-lain semua ok.
Alhamdulillah lepas appoiment ngan doktor semuanya ok. So Check up seterusnya adalah sebulan selepas tu. Harap semuanya akan seperti biasa sampai la bersalin nanti. Saya sebenarnya tak sabar nak scan baby. Dengan harapan biar la kali ni baby boy. Ye la yang 1st girl. Kalau dah dapat sepasang macam ok kan. Tapi tak kisah pun kalau dapat girl pun. Kalau girl lagi berebut la kasih sayang Cik Auni dengan ayah dia hehehee.
Saya teringat masa scan Cik Auni dulu. Doktor tanya anak 1st ke. Biasanya parent akan excited dengan anak pertama ni. Kalau kedu ketiga dan seterusnya takde dah nak scan bagai ni. Pada saya Insya Allah, 2 3 4 5 orang baby pun saya akan scan jugak. Saya nak semua dapat rasa. Semua saya akan scan kecuali keadaan yang tak dapat dielakkan la. Seronok sebenarnya. Masa doctor scan untuk confirmkan saya mengandung kali kedua ni, tu pun saya dah excited. ni kan pula bila baby dah besar. Masa tu dalam 7 minggu kalau tak silap. Mana la nampak rupa lagi. Doctor cuma tunjuk denyutan nadi je. Tu pun dah sengeh sampai telinga. Berapa minggu ye dah boleh buat 3D/4D. Tak sabar nak tengok baby mummy ni.
TENDANGAN BABY
19 minggu kandungan saya dah ada rasa gerakkan. Agak kerap jugak la. Cuma tak perasan masa bila. Tiba-tiba je macam eh...baby gerak ke ni. sweet sangat. Masuk minggu ke 20 baby dah pandai mengeras mengeras. Biasanya waktu malam & awal pagi.Lagi satu kalau saya tahan kencing mesti baby akan mengeras. Tak selesa kot. Busuk la mummy ni. baby nak bergerak pun tak selesa hehehehehe.
Oh ya masa ni jugak saya kena sakit mata. Berjangkit dari Cik Auni. Nasib la Cik Auni sekejap je & tak merah sangat. Saya perasan dia sakit mata je terus bawa dia pergi klinik. Saya punya teruk jugak la. Dengan mata merahnya...bengkak...gatal plak tu. menahan je la rasa nak garu-garu mata ni.
MENGIDAM
Sejak mengandungkan Cik Auni saya takde la mengidam yang bukan-bukan. Cumanya masa Cik Auni dulu tak sempat nak makan steak. Tu yang meleleh je air liurnya. Seronok kan time pregnant ni. nak makan apa je Insya Allah ada je insan yang akan tunaikan. Untuk yang kedua ni setakat ni saya cuma teringin nak makan durian dengan ikan terubuk bakar je. Alhamdulillah kedua-duanya telah selamat dimakan oleh baby dalam perut mummy ni hehehehe...Mulanya En Suami memang tak benarkan makan durian. Katanya nanti baby panas huhuhu...saya pun hold la dulu sampai habis musim durian. Time tu menggelabah la en suami nak cari durian hehehehe padan muka dia. Bukannya nak makan banyak pun. Mak mertua saya bising sebab en suami tak belikan durian lagi untuk saya. Saya dapat makan pun adik ipar yang belikan. Ikan terubuk plak kebetulan masa tu tak musim lagi. Saya tak kisah sebab saya tahu ikan ni bermusim & bukan susah pun nak dapat. Ni pun adik ipar yang belikan. Kebetulan dia pergi pasar & ada plak ikan tu. Terus bakar & makan panas-panas. Esoknya mak mertua plak yang masakkan ikan terubuk. Syukur sangat saya dikelilingi orang-orang yang tersayang..
FASA BERIKUTNYA
Masuk 21 minggu, bawah perut saya dah terasa sakit. Tidur pun dah tak selesa. Bukan sebab perut dah besar. Cuma bila nak beralih posisi tidur tu b****t saya rasa sakit. Ambik masa gak la nak betulkan. Nak bangun tidur pun dah rasa sakit. Baby kalau saya mengiring kekiri mesti dia tendang-tendang. Tak suka agaknya. Padahal ruang masih banyak lagi. Saya rasa berat badan tak naik sangat. Sebab saya makan macam biasa je. Tak tahu la kalau 7 8 bulan nanti. Masa Cik Auni aritu berat sebelum bersalin 86kg. Kita tengok plak kali ni berapa...
Check up untuk 21 minggu ada sikit masalah. Berat saya naik 2kg. Rasanya makan macam biasa.Cuma kuantiti nasi memang agak banyak dari kebiasaannya. Mungkin sebab tu kot. Hb plak makin turun. 10.6. Doctor kata ok cuma risau akan turun lagi. Sebab dah 3 kali check up asik turun je. Seminggu lagi kena minum air gula. Harap la ok semuanya. Pastu kena repeat bp selang sehari selama 2 minggu. Next check up kena 3 kali pergi klinik. Minum air gula, Scan baby, check up biasa, scan baby dengan cek hb.
Masa 21 minggu doctor ada scan baby. Masa nurse nak cek jantung bukan main laju lagi. Macam lari 100 meter je. Tapi ok xde la merisaukan nurse. Bila scan baby tak reti duduk diam. Lama juga doctor nak dapatkan ukuran baby. Doctor ada bagitau kemungkinan baby boy. Tapi tak sure lagi.
Masa mengandung kali kedua ni macam mudah je dapat selsema ngan batuk. Masa Cik Auni idulu rasanya tak pernah kot. Entah la mungkin ada, cuma saya tak perasan je. Tapi kali ni seakan mudah je nak kena jangkitan. Lagi-lagi kalau Cik Auni selsema. Sure lepas tu saya pun kena. Agaknya kurang vitamin C kot. Kurang makan buah. Masa mengandung Cik Auni dulu dalam peti ais sentiasa ada stok buah. Strawberi paling suka. Yang ni macam malas je nak makan buah.
PERSIAPAN BABY
Untuk second baby ni segala persiapan masih sama macam Cik Auni dulu. Persiapan kita buat sikit-sikit. Mana yang boleh kita recycle, kita guna balik. Tapi saya perasan macam En Suami yang excited plak. Pantang nampak baju baby murah-murah. Mula la sibuk tanya saya nak beli ke tak hehehe...Hari tu pergi farmasi, sebelah tu kedai Anakku. Boleh plak En Suami yang beria nak masuk. Lepas beli barang kat farmasi saya pun masuk la Anakku. Saje nak tengok-tengok je dulu. Last-last terbeli gak 4 pasang baju baby. Ermmm...tak pe la. Kita kupul sikit sikit yer...
PEMBAWAKKAN BUDAK
Selain alahan yang agak teruk, pregnant kali ni saya mengalami kegatalan kulit kepala. Selalunya memang ada masalah kelemumur tapi bila syampu ok je. Tapi kali gatal dia lain macam. Saya rasa dh berkerak kulit kepala saya. memang la saya jarang syampu rambut sebab tiap kali syampu je saya akan termuntah. Masa Cik Auni dulu takde sampai jadi masalah kkulit kepala gatal. Saya anggap ni pembawakan je la...sebab tiap kali lepas syampu pun ada masalah ni jugak.
Satu lagi pembawakkan budak ni bila En Suami yang kuat makan. Jap-jap dia kata lapar. Sehari 3 4 kali makan nasi. tengah-tengah malam kalau lambat tidur pun mesti dia mengadu lapar. Saya alhamdulillah setakat 6 bulan ni takde la terasa malam-malam nak makan or lapar yang melampau.
CERITA CHECK UP LAGI
Check up untuk 26minggu alhamdulillah saya dah pandai kawal makan. Cuma kadang-kadang terlajak jugak. Result Mggt (minum air gula) alhamdulillah clear. Takde masalah. Yang masalahnya BP saya. Malam tu memang tidur kejap-kejap sebab Cik Auni tak sihat. Pagi tu takde plak saya rasa pening or tak sihat. tapi bila cek BP naik la plak. Dah lagi sekali kena repeat BP lagi. Kali ni siap ngan test urin sekali. Hermmm ikut kan je la demi anak tersayang yang sedang aktif dalam perut mummy ni. Yang penting baby mummy ni sihat seperti biasa.
Saya dh kena check up 2 mggu sekali. Ini disebabkan BP saya yang tak stabil. Bila datang check up kat KK BP akan naik. Dh kena buat selang sehari. Lepas 2 mggu doktor nak review. HB plak alhamdulillah dah naik. Saya harap ianya akan maintain 11 keatas. Berat pun naik seperti yang disarankan. memang la kena tahan makan tapi takde la sampai kelaparan. Saya cuma tukar menu pagi & malam je. Just ambik roti whole meal. Malam makan roti dengan sayur & lauk-lauk yang MIL saya masak. Hasilnya mmg tak mengecewakan. Tidur malam pun tak de la baby merengek lapar (blh yer bby merengek dalam perut hehehehe).
Lepas Check up kat KK saya terus ke klinik private untuk ambik Iberet Folic. Ubat KK saya tak boleh plak nak makan sebab sembelit. So saya buat appoitment sekali untuk scan 4D. Tak sabar plak rasanya. Dekat KK next check up baru doc scan lagi. Baby kat dalam perut ni pun bukan main aktif lagi. Malam ok lagi. Mummy masih boleh lagi tidur lena. Kadang-kadang je terasa bby mengeras. Oh baby tak suka mengiring ke kiri. Tau je la Cik Auni kan kuat ngempeng. Kalau mummy mengiring ke kiri memang baby akan tendang byk kali. Sian baby...
Bukan saje kuat ngempeng, kadang-kadang Cik Auni boleh nak baring atas mummy. Tak kira la mummy baring terlentang ke, mengiring ke yang dia tau dia nak baring atas mummy.
Masa scan 4D tu baby tengah tidur. Dapat la jugak tengok muka baby. Cik Auni pun ada sekali. Mummy excited lebih hehehe. Hidung baby mummy rasa cam hidung ayah. Muka tak tahu la ikut siapa. Baby masam je...tak suka agaknya kena kacau time dia tidur. Saya buat scan 4d ni dekat Klinik Sri Penawar, Kuala Selangor. Kos RM130 dapat gambar & CD. dalam CD tu ada gambar & video sekali. Saya tak tahu tempat lain berapa diorang caj. Masa Cik Auni haritu cuma dapat gambar saje. Tu pun tak clear. Eh masa Cik Auni haritu 3D. Kalau tak silap saya dalam RM150. Untuk 4D ni saya bayar separuh je dalam RM50. Selebihnya saya guna medical.
Ha...dah tau kan jantina adik Cik Auni. Jika betul Alhamdulillah dikurniakan sepasang cahaya mata. Kalau geng Cik Auni yang keluar pun Alhamdulillah. Cik Auni dapat la kawan. Boleh la tolong mummy masak nanti.
29 minggu semakin terasa gerakan-gerakan baby. Kadang-kadang kalau mummy makan terlebih sikit je dah semput dibuatnya. So makan ala kadar je. Check up 29 minggu berat naik 1.1kg. Doc kata jaga makan takut terlebih banyak plak. Scan untuk kali ni nak tengok kedudukan uri. Alhamdulillah semua ok. So lepas ni ada masalah ke tak de masalah ke dah kena check up 2 minggu sekali. Sekejap je rasa kan. Lebih kurangg 10minggu je lagi. Dup dap dup dap...
Mummy semakin semput bila berjalan lama. Hari tu ada bawa Cik Auni g karnival upin ipin kat PICC Putrajaya. Ayah la beria sangat nak bawa Cik Auni. Dah la parking jauh. Menapak la naik bukit sikit. Sebabnya ada 3 event dalam satu masa. maunya parking tak penuh. Mummy pun jalan slow-slow. Tertinggal mummy kat belakang.
BABY MAKIN BESAR
Masuk minggu ke 30 baby dah makin aktif waktu malam. Perut dah semakin sempit. memang tak lena tidur dibuatnya. Alhamdulillah mummy tau anak mummy sihat kat dalam ni. Check Up 31 minggu semuanya ok. Nurse yang check pun senyum je. BP ok...HB pun dh cantik...urin takde masalah. So check up kali ni memang ok la..
BARANG BABY LAGI
Untuk 2nd baby ni saya masih teruja untu breastfeed baby. Saya tekad untuk lengkapkan penyusuan sehingga 2 tahun. Cik Auni dapat sehingga 1y3m jer. Walaupun begitu tetap la nak melekat & ngempeng dengan mummy lagi.
Mummy sangat teruja dengan gajet btreastpump sekarang ni. Makin banyak jenama breastpump yang cantik-cantik, kiut-kiut, lawa-lawa. Rasa geram jer. Setelah berbulan (sejak mula-mula dapat tau pregnant 2nd baby) mummy servey bermacam breastpump akhirnya berjaya gak mummy dapatkan breastpump baru. Mulanya ayah tak setuju. Sebab ayah kata yang lama masih elok& masih boleh guna lagi kenapa nak beli yang baru. Ye mummy tau S3 tu ayah yang belikan. Mummy sangat hargainya. Tapi kali ni mummy beli yang singgle je. Yang manual pun dah ada. So kira lengkap la set breastpump mummy. Double electric, single electric & manual. Puas hati betul mummy rasa hahahaha(opppsss...tergelak beso plak).
Mummy tak tahu la kenapa mummy tereksited beli barang baby untuk yang 2nd ni. Mungkin pengalaman yang pertama tu dah ada so kira macam nak lengkapkan la apa yang tak dapat masa 1st baby dulu. Masa Cik Auni dulu dok la berkira-kira je nak beli stroller ke tak. Alhamdulillah keputusan kami suami isteri untuk tidak membeli stroller adalah betul. Memang takde keperluan pun. So yang 2nd ni mummy beria beli. Cik Auni boleh duduk, baby pun boleh guna. Ye la anak dah 2 ni kna macam tak larat plak nak berdukung pastu nak mengejor plak Cik Auni tu. Penah la bawa Cik Auni guna stroller sepupu dia, nampaknya dia ok je duduk dalam tu. So kira lulus la ni.
PERSIAPAN MUMMY
Persiapan baby rasanya semua dah ok. Persiapan mummy plak. Setakat ni mummy baru siapkan (mak sebenarnya) bengkung tradisional. Masa Cik Auni saya guna 2 jenis bengkung. Tradisional & moden. Yang tradisional tu pinjam makcik punya. Mak mertua punya pun ada. So selang selang guna. Untuk kali ni saya dah beli kain suh mak jahitkan. Ingat nak buat lagi 1. So senang leh tukar-tukar & sendiri punya. Saya lagi selesa bila pakai yang tradisional ikat lilit-lilit. Tak de masalah pun. Adik saya pun kata dia rasa ok sebab bila berjalan tu rasa selesa sangat. Orang lain saya tak tahu yer...
Bersalin kali ni saya dah suruh mak tempahkan jamu tradisional. Yang mana jamu dia adalah serbuk. Saya tak tahu kenapa tapi saya rsa macam nak try plak yang tradisional. Mak pun bising beli yang mahal-mahal tapi tak guna kesemua bahan yang dibeli tu.
Yang lain rasanya macam nak beli kain batik ngan t-shirt. Stokin dah beli. Yang lama tah kemana hehehehe. Kain batik ngan t-shirt tu saje la nak beli baru. Terasa la ada sesuatu yang baru walaupun duduk berpantang kat rumah je pun hehehehe...
KENCING KOTOR
Check up seterusnya doctor detect kencing kotor plak. Saya tanya nurse apa punca kencing kotor ni. Nurse kata maybe sebab kurang minum air kosong. Memang ye pun. 2 3 hari sebelum check up tu saya rasa loya jer. Makan pun rasa nak muntah je. Asik nak minum manis. Air kosong memang susah la nak minum. Nak nak pagi tu saya breakfast minum milo dengan makan roti sekeping. Selalunya lepas check up baru saya ambik sarapan. Dah kata loya so saya pun minum la milo nak hilangkan loya tu.
BP dengan HB dah cantik kena plak kencing kotor. Tak pe la yang penting babay sihat alhamdulillah. 34 minggu lagi la mummy tak boleh tidur malam. Asal baby gerak je terasa perut ni macam berombak je. Nak-nak plak bila kakak Auni bangun nak susu baby pun bangun jugak. Kadang-kadang kakak Auni tu 4 kali bangun menyusu. Mummy baru nak lelap dah bangun minta susu lagi. 2 jam sekali la dia menyusu. Elok kakak Auni lelap baby plak buat aktiviti dalam perut mummy. Mummy tak tahu camne la agaknya bila baby dah keluar nanti. Adakah jadual menyusu berganti-ganti dengan kakak Auni jugak. Kalau bangun serentak macam mana la agaknya yer.
Takpe...nanti bila anak anak mummy dah besar pasti mummy rindu saat-saat macam ni kan...Actually mummy semakin nebes ni. Macam 1st time nak bersalin plak. Harap dipermudahkan la semuanya....
24/12/2014 saya ada check up lagi. Appoitment pukul 11 tapi saya pergi pukul 2. Saya ambik 1/2day sebab esoknya cuti Krismas. Lagipun Jumaat ngan Isnin memang apply cuti. So merasa la cuti lama sikit hujung-hujung tahun ni. Dan saya rasa check up kali ni la yang paling sekejap sekali. Saya sampai klinik tepat pukul 2 ptg. Pukul 2.45 petang settle semua. Alhamdulillah tiada masalah apa-apa. Tu yang cepat & lagi pun orang pun tak ramai petang tu. mungkin sebab esoknya cuti umum kot. Just ambik berat, check BP ngan check perut.
Alhamdulillah barang-barang ke hospital pun dah ready kat dalam kereta. Baju-baju baby kat rumah pun dah basuh...semuanya dah ready. GL pun dah buat. Lepas ni check up seminggu sekali. Tak sabar nak tunggu baby keluar tapi biarlah tahun baru dia lahir. Merasa la ayah sambut birtyhday ngan anak. Kalau tak ayah menjeles je mummy sambut birthday ngan Cik Auni...
Bila check up seminggu sekali ni rasa macam makin nebes plak. makin tak sabar pun yer. Saya dah tak fikir pasal berat. Lantak la. Nurse kata perut saya besar. Doc scan pun katanya dah full. Dah takde ruang dalam perut saya. Patut la saya rasa macam mengah je. Bila baring nak bangun rasa susah sangat. Berat semacam je perut ni. Oh doc kata baby dalam 2.8kg. kalau ikut Cik Auni masa lahir 3.3kg. Masa tu 37 or 38 week. Baby masa ni 36 week. Memang tunggu masa je kalau baby nak kuar awal. Doc pun kata standby je bila-bila masa je baby boleh kuar. Tapi tak tahu la kalau baby boy ni suka duduk dalam perut mummy lama-lama.
Pergerakkan baby waktu malam memang sangat aktif. Kadang-kadang saya tak boleh nak lelap. Kalau bangun buat susu Cik Auni baby pun bangun sekali. Sesekali En Suami pegang perut suruh baby tidur. Dia tak tahu anak dia ni memang aktif waktu malam. Harapp dah keluar nanti dia ok tak aktif macam kakak dia. Cik Auni dulu dalam pantang memang menguji kesabaran betul. Timing menangis dia bermula pukul 9 or 10 mlm sampai la 2 3 pagi. Nak berenjuut je dalam buai. Tak pun nak beriba jer...Stress betul time tu. Tapi tu semua menjadikan mummy seorang yang sangat sabar dan tabah untuk menjaga anak mummy. Harap yang kedua ni mummy akan menjadi lebih tabah lagi.
Entah kenapa makin nak bersalin ni selera makan macam membuak-buak jer. Macam-macam plak rasa nak makan. Nak makan nangka la, ais krim la, ABC la, Nasi lemak doraemon la...Saya dah tak sabar sebenarnya. Rasa macam tak larat nak bawa perut ni. Walaupun berdebar sentiasa ada tapi saya sentiasa menantikan tanda-tanda bersalin. Ye la setiap anak kan berbeza. Cik Auni dulu induce sebab BP tinggi. Semoga kali ni dipermudahkan semuanya....
Masih menanti hari. Baby seronok sangat kot duk dalam perut mummy nii tak nak keluar. En Suami berharap baby keluar sama tarikh birthday dengannya. Nampaknya baby lagi selesa duduk dalam yer. Masa 37 minggu tu ada la rasa sakit-sakit. Tapi tu semua braxton hicks je. kadang-kadang nak berjalan pun malas. Rasa macam dah tak larat sangat jer. Tapi ada masa macam ok jer. Check up tiap-tiap minggu pun ok. Tiap kali check up mesti nurse kata perut dah tegang sangat. Tunggu hari jer. Memang la...kadang-kadang bila lepas makan je rasa sangat tegang perut ni. Baby kalau gerak-gerak pun memang dah tak selesa sangat. Lagi la kalau dia mengeras. Tak pe la baby suka duduk kat dalam lagi yer...Mummy sabar menunggu. Tapi kalau baby nak keluar jangan bagi mummy sakit lama-lama yer sayang. Nanti mummy bagi upah susu yer....
PENANTIAN
Mummy dah tak sabar tunggu baby keluar. Teruja sangat dah ni. Bukan sebab mummy dah tak larat nak bawa baby. Mummy tak sabar sebab baby asik gerak-gerak je kat dalam ni. Tinggal lagi beberapa hari je lagi. Kalau overdue maka mummy terpaksa menyerah diri ke hospital. Tapi biarlah secara natural. Mummy tak sabar nak gomol, peluk & cium baby. Dah tak sabar nak bau baby ni. Cepat la sayang. Keluar la cepat. Nanti boleh main-main ngan kakak....

1 comment:
brp ye byrn sis kena time checkup bulanan di klinik sri penawar ye?
Post a Comment