Showing posts with label Banjir 2014. Show all posts
Showing posts with label Banjir 2014. Show all posts

Tuesday, December 30, 2014

Bantuan kepada mangsa banjir

Last week saya cuti agak lama. Lama sebab cuti krismas jatuh pada hari khamis. Saya apply cuti Jumaat dan Isnin. Pagi tadi masuk kerja je ramai yang bawa baju untuk didermakkan kepada mangsa banjir. Sambil-sambil breakfast tu macam-macam yang dorang bagitau. Maklum la lama tak masuk office.

Sayangnya tarikh akhir adalah hari ni. Esok pagi-pagi bekalan tu akan dihantar ke tempat banjir. Antara bekalan yang diorang perlukan pakaian, selimut, air mineral, bekalan makan, diapers & tuala wanita. Terus terfikir macam mana la nasib baby ngan anak-anak yang masih kecil kat sana.

Naluri mak-mak memang camni. Terus teringat anak kat rumah. So yang cadangkan untuk kutip lagi sumbangan untuk beli keperluan baby & anak-anak. Alhamdulillah mendapat sambutan. Sebenarnya kat opis diorang dah kutip dana & memang pagi tu diorang nak terus beli barang. Diorang pun dah decide nak beli air mineral ngan biskut.

Sekali lagi kutipan dana dilancarkan dan kami sepakat membeli keperluan baby seperti botol susu, susu formula, pakaian baby & anak-anak & diapers. Terharu sangat bila masih ada yang sanggup memberikan sumbangan disaat-saat akhir. Saya sendiri bersama seorang kawan pergi membeli keperluan tersebut. Terasa sangat puas bila dapat membeli barang tersebut. 

Saat membeli pakaian tu terbayang-bayang di mata saya bagaimana anak-anak ini kesejukkan. Lagi-lagi yang baby. Alhamdulillah kami mendapat harga yang berpatutan bila kami bagi tau tokey kedai tu yang barang-barang tu adalah untuk mangsa banjir. Kalau la kami sendiri dapat memberikan kepada mereka sumbangan tersebut alangkah gembiranya kami. Masa saya letakkan barang-barang tersebut ditempat pengumpulan, memang tiada langsung keperluan untuk bayi & anak -anak kecik. Kebanyakkannya menyumbangkan pakaian orang dewasa.

Saya berharap sangat agar sumbangan ini dapat disalurkan secepat mungkin kepada mereka yang memerlukan. Walaupun sedikit kami berharap ianya akan dapat meringankan beban mereka. Dan doa kami agar mereka terus tabah menghadapi dugaan yang besar ni...

Wednesday, December 24, 2014

Semoga bantuan segera dihulurkan...

Malam tadi dapat WassApp dari officemate saya berkenaan kampungnya yang dilanda banjir. Sebelum ni tak pernah pun rumah mak dia dinaiki air. Kampung dia tu kat Manik Urai Kelantan. Sedih sangat bila dia bagitau mak dia yang uzur hanya tinggal dengan anak sedara dia je. Dah la bekalan electrik terputus, talian telefon pun putus...Allah...sedih sangat rasanya.

Pagi tadi dia bagitau abang dia terpaksa dukung mak dia redah banjir sejauh 1km cari tempat yang lebih tinggi. Tak terkata saya. Sedih, pilu. Katanya lagi anak jiran dia yang berumur setahun menangis dari malam tadi sebab kesejukkan kena air hujan. Terus air mata ni laju je mengalir. Teringat Cik Auni kat rumah. Tak dapat bayangkan keadaan mereka di sana. Tengok dalam tv pun dah rasa sedih inikan pula bila orang yang terdekat dengan kita yang mengalaminya. Tak tahu nak cakap macam mana dah lagi...

Bantuan tak dapat diberikan sebab jalan semua tutup. Ada helikopter datang tapi tak ada tempat nak mendarat. Ya Allah begitu kuat ujian yang engkau berikan. Dalam hati terus berdoa agar tiada sebarang keburukkan yang lebih teruk berlaku. Semoga bantuan segera diperolehi. 

Ye la kita tak tahu kan keadaan mereka yang nak menyelamatkan mangsa. Bertungkus lumus berusaha sedaya upaya agar semuanya dapat diselamatkan. Kesusahan mereka berusaha patut dihargai. Mereka pun tak mau perkara yang lebih buruk berlaku.

Sama-samalah kita berdoa agar semuanya dipermudahkan.