Friday, September 19, 2014

2 kerja

Saya sekarang ni jadi pengganti kawan yang sedang cuti bersalin. Insya Allah bulan 11 nanti dia masuk la semula. So kerja-kerja dia memang saya la yang kena siapkn. Kebetulan sebelum dia bersalin haritu dia baru dapat projek yang kena siapkan bulan 11. So saya la yang kena sambung.

Saya buat 2 kerja la sekarang ni. Nasib la kerja saya tak la banyak & urgent sangat. So boleh la nak concentrate pada kerja kawan saya tu. Actually tak la susah mana pun. Sebab kerja-kerja tu pun saya pernah buat gak dulu. Cuma bila dah lama tinggalkan jadi macam slow la sikit. Lama-lama dah ok la. Harap-harap cepat la siap projek ni.

Friday, September 12, 2014

Sakit mata

Agaknya sekarang ni musim kot. Minggu lepas Cik Auni ngan saya kena sakit mata ni. Bermula dengan anak buah suami. Dia dapat cuti & balik kat rumah mak mertua saya. Sebab sekolah dengan rumah mak mertua memang dekat. 4 hari dapat MC. Saya risaukan Cik Auni.

Sangkaan saya tepat. Lepas 4 hari Cik Auni dah nampak tanda-tanda jangkitan. Malam tu jugak saya bawa dia pergi klinik. Alhamdulillah tak teruk sangat & lepas 2 hari sembuh. Lagipun hanya sebelah mata dia yang merah. Ahad tu saya pula yang berjangkit. Sakit mata ni cepat betul dia berjangkit. Malam tu saya dah rasa lain macam. Nak tidur pun susah. Bangun pagi memang tak boleh buka mata. Terpaksa la en suami pimpin saya masuk toilet.

Tengahari saya terus ke klinik memandangkan kedua-dua mata saya dah merah. Gatal toksah cakap la. Berair je mata ni. So doktor bagi saya MC 2 hari Isnin & Selasa. Saya pun terus balik kg rumah mak saya. Ala 15minit je dari rumah mertua. Apa ada hal. Saya tak nak berjangkit kat suami saya plak. Lagi pun budak yang transit kat rumah mak mertua saya tu cuti sebab UPSR. Risau berjangkit kat dia plak.

Kat rumah mak saya takde sapa-sapa. Lagipun mak saya kerja. So kebarangkalian nak berjangkit kat orang lain tu kurang la sikit kan. Lepas 2 hari saya rasa dah ok. Cuma kadang kadang bila saya lama-lama tengok pc rasa macam gatal semacam jer...

Ni kali kedua saya kena sakit mata. 1st dulu masa kecik. Saya ingat lagi masa tu abang la yang kena paling teruk. Dekat 2 minggu dia cuti sekolah. Kesian kan sapa yang kena sakit mata ni. Itulah pentingnya kesihatan. Bila dah sakit baru nak rasa nikmatnya kesihatan tu kan....

Bloggeroid

Salam semua...

Saya  3 4 kali try update guna bloggeriod tapi tak lepas-lepas bila nak publish. Kenapa ha??? Konon-kononnya dah install bloggeroid kat tepon senang la nak update kan. Nak tido pun boleh update. (cam blogger tegar sangat la kan hehehehe...) tapinya ntah knp time nak publish tu failed memanjang. Stress ok.

Ni ada kesempatan sikit kat opis ni boleh la soksek sikit. Alhamdulillah saya semakin sihat. Dan saya rasa saya boleh dah nak mengarang membebel bergosip sorang-sorang kat blog yang dah lama saya tinggalkan ni. Kesian blog ni. Dah lama sangat diabaikan. Ada gak rasa macam nak tutup je blog ni tapi macam sayang plak. Banyak kenangan dengan blog ni.

Macam mana pun saya akan teruskan juga blog ni. Sebab kat sini la satu-satunya tempat saya luahkan segalanya. Dulu ada gak 2 3 medium yang lain tapi semua saya dahh tutup. Biar la blog ni satu je. Yang ada ni pun kadang-kadang diabaikan. Semoga saya akan terus berkongsi segalanya disini....

Friday, August 8, 2014

Aidilfitri 2014

Orang lain dah lama tepek gambar raya. Siap smpai raya ke7 dorang tepek gambar. Saya baru nak upload. Ni dah 2 minggu raya. Tak pe la janji ada walaupun lambat kan.





Tahun turn rumah mak saya. Meriah la sebab 2 orang adik saya pun raya rumah mak. Seminggu sblm raya dah sibuk wasap nk masak apa time raya. Adik kat kajang nak masak rendang daging. Husband dia nk rendang daging. Kalau ikut famili saya takde rendang pun takpe sebab dari kecik memang kitorang jarang makan rendang. Lagi2 daging. Sebab arwah ayah ada darah tinggi so dia mmg tak makan daging.

Adik kat Bukit Subang nak masak ayam masak merah ngan begedil. Suami dia tak cerewet sangat bab makan. Semua dia bedal. Seronok kalau tengok dia makan. Cuma dia request nak ketupat daun. Tak nak yang segera.

Tugas saya plak masak kuah kacang. Sebab en suami selalu makan kuah kacang ada daging. Saya plak suka kuah kacang kosong. Pastu buah la sekali kuah lodeh. Tetiba teringin nk makan gulai ikan tongkol.

Tapi gulai tu saya masak masa raya keberapa tah. Badan saya betul2 tak larat time tu. Tapi bila dapat 2 3 hari saya ulang lauk tu je. Pagi petang siang malam makan lauk yng sama pun takpe hehehhe...

Gambar makanan dah terdelete la plak. Takpe la kita bayangkan je yer. Agak puas jugak la raya tahun ni sebab saya cuti seminggu. Walaupun duduk kat rumah je. En suami raya ke2 dah kerja. Adik-adik saya raya ke 2 petang dah balik rumah mak mertua diorang. Saya raya pertama tengahari dah sampai rumah ak mertua. Petang tu balik rumah mak semula. Maklum la jarak 20minit je. Lagipun ruah mak mertua saya pun penuh gak. Abang long balik kak ude pun ada. Selalunya kak ngah ngan kak lang je. Diorang dah tak de mak mertua so tiap2 tahun memang balik rumah mak la.

Aidilfiri ada lagi 2mggu. Mesti ramai yang buat or dapat jemputan rumah terbuka. Mlm tadi ada jugak budak opis ajak ke rumahnya. Tapi minta maaf la saya tak dapat nak hadir. Terima kasih atas jemputan yer...

Semoga kita berjumpa lagi untuk aidilfitri tahun depan...

posted from Bloggeroid