Showing posts with label MC. Show all posts
Showing posts with label MC. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Sakit mata

Agaknya sekarang ni musim kot. Minggu lepas Cik Auni ngan saya kena sakit mata ni. Bermula dengan anak buah suami. Dia dapat cuti & balik kat rumah mak mertua saya. Sebab sekolah dengan rumah mak mertua memang dekat. 4 hari dapat MC. Saya risaukan Cik Auni.

Sangkaan saya tepat. Lepas 4 hari Cik Auni dah nampak tanda-tanda jangkitan. Malam tu jugak saya bawa dia pergi klinik. Alhamdulillah tak teruk sangat & lepas 2 hari sembuh. Lagipun hanya sebelah mata dia yang merah. Ahad tu saya pula yang berjangkit. Sakit mata ni cepat betul dia berjangkit. Malam tu saya dah rasa lain macam. Nak tidur pun susah. Bangun pagi memang tak boleh buka mata. Terpaksa la en suami pimpin saya masuk toilet.

Tengahari saya terus ke klinik memandangkan kedua-dua mata saya dah merah. Gatal toksah cakap la. Berair je mata ni. So doktor bagi saya MC 2 hari Isnin & Selasa. Saya pun terus balik kg rumah mak saya. Ala 15minit je dari rumah mertua. Apa ada hal. Saya tak nak berjangkit kat suami saya plak. Lagi pun budak yang transit kat rumah mak mertua saya tu cuti sebab UPSR. Risau berjangkit kat dia plak.

Kat rumah mak saya takde sapa-sapa. Lagipun mak saya kerja. So kebarangkalian nak berjangkit kat orang lain tu kurang la sikit kan. Lepas 2 hari saya rasa dah ok. Cuma kadang kadang bila saya lama-lama tengok pc rasa macam gatal semacam jer...

Ni kali kedua saya kena sakit mata. 1st dulu masa kecik. Saya ingat lagi masa tu abang la yang kena paling teruk. Dekat 2 minggu dia cuti sekolah. Kesian kan sapa yang kena sakit mata ni. Itulah pentingnya kesihatan. Bila dah sakit baru nak rasa nikmatnya kesihatan tu kan....

Monday, January 14, 2013

MC & cerita birthday

Saya MC arini. Maka berehat saja dirumah. Actually dari ari sabtu lagi badan dah x sedap. Tekak perit & sakit kepala. Bangun tido tetiba rasa cam ada kahak kat tekak. Memang dah rasa lain. Pagi tadi rasa cam dah ok. Sebab ahad dah pegi ambik ubat pun. Dah siap nak g keje pun. Kete pun en suami dah start. Tetiba batuk ada kahak. Terus ke bilik air. Mencurah-curah muntah. Nasib baik sempat ke bilik air. Lepas muntah kepala dah ting tong. Sudahnyer keklinik mc saje....

Sabtu lepas birthday en suami...plan nak dating-dating dengan dia. Memandangkan en suami baru accident khamis lepas & dia pun rasa x sedap badan lagi maka kami cancelkan aje segala planning. Tambah plak saya pun tak sihat. Takde surprised apa-apa pu untuk dia. Hadiah pun tak ada. Kami hanya duduk berdua kat rumah jer. Dah dua-dua pun tak sihat. Cuma ada la beli kek SR ngan pizza. Itupun makan kat mah jer... Gambar apa semua memang tak ada. Takde mood nk bergambar dalam keadaan dua-duanya sakit. 

Cuma malam ni, ada wat special delivery kek untuk en suami kat tempat keje dia. Seb baik ada K.Meen yg baik hati. Memang dari dulu lagi suka ngan kek-kek K.Meen ni. Tapi tak tahu la en suami suka ke tak. Dia ni pelik sikit. Kang dapat-dapat terus call tanya kenapa membazir....kita tunggu je la respon dia jap lagi. K.Meen kata nk anta dalam kul 10.30pm....tak sabar ni. Nebes pun ada. Tetiba saya plak yang nebes hahahaha apa kes kan????Hadiah besday memag tak ada. Sebab bila tanya en suami kata tak nak apa-apa...fuhhhh selamat duit den hahahahahaactually aritu dh beli 2 barang untuk dia, dh bagitau pun itu adiah besday dia. En suami ok saya pun ok jer la...Rasa lambat plak nk pukul 10.30 ni.....

Friday, December 24, 2010

MC

Hari ni saya MC. memang dari semalam badan suam-suam suku. Tekak pun lain macam jer. Semala 1/2 day sebab tak larat sangat. Hari ni memang niat nak pergi kerja. Kerja banyak (sampai bila pun kerja tak habis kan???) Lagipun dah janji dengan supplier nak emailkan surat.

Bangun tido pagi tadi rasa berat jer badan ni. Kepala pun berdenyut-denyut jer..Dok berkira-kira nak kerja ke tak? Lepas solat subuh makin tak larat pulak badan ni. Sudahnyer 8.30 ke klinik jugak akhirnya. Dapat la MC harini. Tapi pergi gak opis. Supplier dah call bila nak email surat.

Cuti-cuti pun ramai yang call tnya pasal kerja (cam penting sgt jer kan) hehehee...xde la orang penting kat opis tu kebetulan ada kerja yang x settle lagi...dari klinik ke opis, sampai umah dah kul 11. Perut sikit punya lapar. Alhamdulillah selera saya dah kembali seperti biasa. Dekat 2 mggu xde selera nak makan. Makan ubat selsema ngan demam jer. Ubat batuk memang tak makan sebab tau ubat tu akan membuatkan kepala saya ting...tong....

Lepas solat zohor mata ni bagai digam-gam...terus tertido dari kul 2.30 hingga 4.30. Ingatkan ubat tu x mengantuk sekali mata x leh tahan dah....

Malam ni malas dah nak makan ubat. Buatnya terlajak esok pagi sudah....acikan saya tak makan ubat heheehehe....



Thursday, May 28, 2009

MC

Ubat2 yg pelu dihabiskan

Semalam pegi opis gigi masih berdenyut2...ingatkan blh la tahan. Tapi gagahkan jua dek kerana tugasan yg melampau. Lagi pun next week mmg dh apply cuti. Last week pun dh mc gak. Rasa malu pd diri sendiri bila cuti byk2...
Mmg plan nk g klinik pun. Kad pun dh bw sekali. Klinik kat sebelah opis je so masuk la keje dulu. Dalam kul 10 pegi. Xde orang pun so masuk2 terus jumpa doktor. Cek sume gigi pastu doktor tu cam tau2 je aku sakit gigi.

Doktor: gigi sakit ke?
Aku: Haah...(xbyk ckp sbb dh x tahan)
Doktor: Yang mana sakit?
Aku: Atas belah kanan
Doktor: Ok sy cuci sume la...
Aku:?????? (redha ja doktor nk wat apa, sbb mmg nk gigi ni cepat sembuh.)

Selesai cuci sambil dia mbebel apa tah kat pembantu dia (aku malas nk ambik pot...)sbnrnya dok pikir apa la doktor nk wat kat gigi aku ni sbb dia x sentuh pun gigi aku yg sakit tu. Rupa2nya dia wat last sekali. habis dia gerudi gigi aku tu. Aku pun pejam2 mata tahan sakit. Doktor kata dh tahap sampai saraf dah ni...dia buh ubat pastu next week kalo sakit lg kena gerudi sampai saraf. Sbb nk kena inject bahagian saraf tu.

Ngeri plak aku dengor...Yg dia buat ni pun dh sakit apatah lagi tang saraf tu. TAKUTnya......
Doktor kata dia buh ubat kat gigi yg dh berlubang tu. Mmg sakit sbb ubat nk bertindak balas ngan bakteria tu. Dorang nk berperang kot. Pas kumur2 mmg dh terasa sakit sngt. Lebih berdenyut2. Sudahnya doktor bg MC....