Friday, September 12, 2014

Sakit mata

Agaknya sekarang ni musim kot. Minggu lepas Cik Auni ngan saya kena sakit mata ni. Bermula dengan anak buah suami. Dia dapat cuti & balik kat rumah mak mertua saya. Sebab sekolah dengan rumah mak mertua memang dekat. 4 hari dapat MC. Saya risaukan Cik Auni.

Sangkaan saya tepat. Lepas 4 hari Cik Auni dah nampak tanda-tanda jangkitan. Malam tu jugak saya bawa dia pergi klinik. Alhamdulillah tak teruk sangat & lepas 2 hari sembuh. Lagipun hanya sebelah mata dia yang merah. Ahad tu saya pula yang berjangkit. Sakit mata ni cepat betul dia berjangkit. Malam tu saya dah rasa lain macam. Nak tidur pun susah. Bangun pagi memang tak boleh buka mata. Terpaksa la en suami pimpin saya masuk toilet.

Tengahari saya terus ke klinik memandangkan kedua-dua mata saya dah merah. Gatal toksah cakap la. Berair je mata ni. So doktor bagi saya MC 2 hari Isnin & Selasa. Saya pun terus balik kg rumah mak saya. Ala 15minit je dari rumah mertua. Apa ada hal. Saya tak nak berjangkit kat suami saya plak. Lagi pun budak yang transit kat rumah mak mertua saya tu cuti sebab UPSR. Risau berjangkit kat dia plak.

Kat rumah mak saya takde sapa-sapa. Lagipun mak saya kerja. So kebarangkalian nak berjangkit kat orang lain tu kurang la sikit kan. Lepas 2 hari saya rasa dah ok. Cuma kadang kadang bila saya lama-lama tengok pc rasa macam gatal semacam jer...

Ni kali kedua saya kena sakit mata. 1st dulu masa kecik. Saya ingat lagi masa tu abang la yang kena paling teruk. Dekat 2 minggu dia cuti sekolah. Kesian kan sapa yang kena sakit mata ni. Itulah pentingnya kesihatan. Bila dah sakit baru nak rasa nikmatnya kesihatan tu kan....

No comments: