Monday, February 21, 2011

Membebel dan berleter

Lama sudah tak membebel dan berleter disini. Hanya updated info2 yang boleh dikongsi bersama. Semoga ilmu yang sedikit ini akan dimanfaatkan oleh semua orang.

Sejak bertukar tempat kerja ni seolah2 tak ada masa langsung nak update blog. Kadang-kadang berbulan blog ni terbiar begitu saja. Bukan disebabkan kebizian yang tahap dewa tetapi mood untuk berkarya (ceh cam penulis novel plak) seakan sudah pudar dalam diri ini. Entahlah kenapa jadi begini. Kalau dulu tak sabar rasanya nak berkongsi cerita disini. Tapi kini cerita itu hanya tinggal dalam memori kepala jer...

Bosan???kenapa pulak nak bosan kan???sedangkan disinilah saya akan meluahkan segala-galanya. Berkongsi segala cerita dan peristiwa yang terjadi dalam hidup saya. Bukannya tak ada aktiviti yang dilakukan, boleh ditakan setiap minggu ada jer benda yang dilakukan sampaikan tak cukup masa. Pagi petang siang malam padat dengan aktiviti yang kadang-kadang tak dirancang langsung. Gambar memang dah terlalu banyak. Sampaikan telefon ni dh berat dengan gambar-gambar.

Mungkin disebabkan perubahan suasana tempat kerja. Dari segi skop kerja sama jer rasanya. Entahla...mungkin disebabkan penyakit M kot hehehe...Kalau M tu dah datang memang x boleh nak buat apa kan....sabar je la


No comments: