Showing posts with label bebelan. Show all posts
Showing posts with label bebelan. Show all posts

Tuesday, March 18, 2014

Persediaan sebelum melangkah ke alam perkerjaan

Tajuk bukan main panjang lagi kan. Tetiba plak buat entry ala-ala cam nak bagi tips or petua kan. Bukan apa terpanggil plak untuk buat entry ni. Sebabnya geram. Geram dengan seseorang ni yang sangat malas. Ko yang nak kerja mak plak yang sibuk-sibuk tanyakan orang itu orang ini. Tanya sana tanya sini ada tak kerja kosong. Helllooooo dik awak yang nak bekerja kan. Bukan mak awak. Lagipun awak tu lepasan universiti or kolej or apa-apa lah. So maknanya ada pelajaran. Tak kan itu pun nak harap mak jugak kot.

Meh sini nak bagi panduan sikit. Sikit je la. Pada saya apa yang penting adalah resume. Lengkapkan resume dulu. Tak kan nak buat resume pun tak tahu. Saya dulu lagi sebulan nak grad dah sibuk buat resume. Pastu fotostat banyak-banyak. Fotostat sekali dengan segala sijil yang ada. 

Sesetengah universiti or kolej akan mewajibkan studentnya untuk menjalani latihan praktikal selama beberapa bulan. Ada yang 1 sem. Ada yang 2 3 bulan. Terpulang pada korang punya silibus. Masa ni ambik peluang untuk fotostat korang punya resume. Ni tips dari saya punya lecturer yer. Tapi jangan la mula-mula korang masuk praktikal korang dah buat kerja ni. Dah nak habis praktikal la. Kertas A4 masa study dulu kan banyak lagi. Guna la kertas tu kalau tak nak kena maki dengan staf lain. Cakap la nak pinjam fotostat tapi guna kertas sendiri. Kan dah jimat tu.

Lagi satu ambik peluang ni untuk mencari maklumat-maklumat organisasi yang korang nak hantar resume tu. Ambik masa lepas office hour ke, time rehat ke. Korang punya henfon kan guna untuk media sosial jer. Sekarang semua boleh dicari kat internet. Tak payah susah-susah. Nak ngan tak nak je. Rajin ngan malas jer.

Oh sekarang kan dah maju. Semuanya online. Lagi senang kan tak payah nak fotostat resume banyak-banyak cam saya dulu. Apply online jer. Tapi tu la kalau dah malas tahap cipan tak tahu la nak kata apa lagi. Semuanya dihujung jari sekarang ni. Sekarang nii orang berlumba-lumba nak cari kerja. Dalam sesaat berapa ramai yang duduk melayari internet nak cari kerja. So kena la cepat yer.

Sebenarnya entry ni saya rasa lebih kepada luahan perasaan marah jer ni. Geram tak habis lagi ni. Mak beriya-riya yang nak kerjenya elok je duk santai-santai. Tah-tah kat rumah tu terbongkang je kerjenye. Tak kesian langsung kat mak. Dah la orang tua tu bekerja cari duit nak hantar awak belajar sampai peringkat yang tinggi. Nak cari kerja pun nak mengharap pada mak lagi. Tak faham betul saya. Ni kalau adik saya nak lama saya tojol-tojol kepala dia. Saya dulu sebulan nak habis praktikal dah susah hati. Dah sibuk cari kerja. Alhamdulillah tempat praktikal saya ambik saya bekerja. Tu pun saya masih lagi mencari & terus mencari. Kalau ada peluang lagi bagus boleh la cuba kan. Satu bonus kalau tempat korang praktikal nak ambik korang bekerja. Tapi jangan terlalu selesa dengan keadaan tu. 

So adik-adik yang dah grad, or nak grad lagi berap bulan ni buat la persiapan awal. Tak payah la rehat-rehat dulu kat rumah. Terus je cari kerja. Lain la kalau korang anak orang berada. Duit berjuta-juta dalam bank. Makan tujuh keturunan pun tak habis. Boleh la korang nak menghabiskann beras mak bapak korang. Eh tapi kalau kaya tak makan kat rumah la kot. So beras kat rumah tu orang gaji yang habiskan hehehehe...

Dah la edisi bebelan saya. Lama tak bebel mengarut ntahhapahapatah kat dalam blog....

Thursday, January 3, 2013

Selamat tinggal & selamat datang

Pejam celik pejam celik dah masuk 2013. Tahun baru tak lari dari azam baru. Azam saya nk sambung azam tahun lepas dan tahun lepasnya lagi hehehehe. Dan tambah lagi semoga menjadi isteri yang sentiasa disenangi en suami (ewah...)

Terlalu banyak kenangan 2012. Pahit dan manis sama jer... nanti-nanti la cerita yer....

Sekarang ni agak sibuk jer. Kerja-kerja opis yang sentiasa ada. Kalau tak de kerja tak la dinamakan kerja kan. Baik sekolah jer cam cik siti fatima kita...sekolah pun kena wat keje gak kan. Banyak masalah yang timbul kat opis. Sekurang-kurangnya kita belajar sesuatu kan. Kalau tak ada masalah tak xde la jalan penyelesaian....(tak tahu apa yg direpekkan ni)

Perkrmbangan saya, memang semakin berkrmbang. Jalan pun dah mengah...Baby alhamdulillah dah masuk 30 minggu. Baby sihat dan semakin aktif bergerak-gerak dalam perut mummy. Lagi-lagi bila ayah dia usap-usap...suka betul yer baby. Rasa berdebar dah sekarang ni. Macammacam yang difikirkan. Semoga selamat semuanya...


Thursday, September 20, 2012

Suka lelaki romantik

Dulu saya selalu berangan-angan nak dapat lelaki yang romantik. Jalan berpimpin tangan. Makan ais krim, coklat, dapat bunga hari-hari walaupun sekuntum. Cam sweet sangat. Lagi-lagi  kalau si lelaki bawa tempat-tempat yang romantik pastu terus melamar saya huh...time tu tak dapaty nak bayangkan camne la perasaan & muka saya. Mesti tersipu-sipu malu cam kucing kan....muka kemerah-merahan.... hahahaha...tu angan-angan je la....hakikatnyer sendiri tentukan la...

En suami memang dari awal lagi dia buka jenis yang camtu. Stress gak la masa bertunang dulu. Nak g dating pun susah. Tapi sekarang saya tahu kat mana romantiknya dia. Lagi pun benda tu tak boleh dipaksa-paksa. Biar datang dari dalam hati dia sendiri. Dengan kerelaan dia sendiri.Baru la betul-betul ikhlas. Dan saya akui memang saya tak pernah dapat sekuntum bunga pun dari dia. Coklat pun tak pernah. Walhal semua oarang tau bunga dan coklat itu memang kesukaan perempuan kan....

Sapa yang tak cair kalau dapat bunga & coklat camni. Saya sendiri memang suka makan coklat. Coklat ni boleh hilangkan stress. Hakikatnya saya yang selalu belikan En Suami coklat. Rupanya dia memang suka sangat kat coklat. 

Ok kat sini saya ada tips lelaki romantik. Ni pun google jer. Mana la tau leh jadikan panduan...& paling sesuai bagi mereka yang dah berkahwin la...

1. Ungkapkan Ucapan Sayang.
Jangan pernah bosan untuk ungkapkan kata-kata sayang, cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pon tak apa, masih boleh sms, atau paling manis tulis saja di atas kertas atau tisu dan letakkan saja di atas meja solek, tepi katil atau atas bantal ke…itu laa romantik namanya. (Alhamdulillah tak pernah lagi bosan & berharap akan kekal untuk selamanya. Terpulang pada individu tersebut bagaimana untuk melaksanakannya)

2. Beri Bunga.
Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perkahwinan, beri pada hari-hari biasa pun tak apa. Janganlah bagi sampai sejambak, bagi sekuntum pun dah boleh membuatkan pasangan anda terasa di awang-awangan. Confirm senyum sepanjang hari.(yang ni boleh berangan jer la...berangan pun boleh senyum apa....)

3. Pandang Mata Pasangan.
Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandanglah dengan penuh kasih sayang dan cinta. (jeling-jeling manje boleh tak? ahakkkssss)

4. Bicara Dengan Lembut.
Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata dan bahasa yang lembut dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar atau anda main lepas jer nak cakap apa. Control emosi ketika berbicara.(setuju sangat!)

5. Sentiasa senyum.
Sentiasalah mengukir senyum kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pun sure tak jadi bila tengok senyuman anda yang manis memikat.(kadang-kadang emosi menguasai kita kan...penat, stress dll tapi kalau boleh kontrol lagi elok kan...)

6. Berpimpin Tangan.
Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama. (Kadang-kadang ada suami yang biar je isteri jalan sorang-sorang kat belakang kan?? )

7. Kunjungi Tempat Yang Romantik.
Sesekali  bawa pasangan pergi ke tempat-tempat peranginan. Seperti di tepi pantai, atau ke Cameron Highland bila tiba anniversary. Apa salahnya anda membawa pasangan bercuti untuk honeymoon sekali lagi. (nak paln g mana yer ;-) )

8. Memujuk.
Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak endah jer, tak patut macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Insya Allah pasangan anda cair dibuatnya. ( orang perempuan memang suka dipujuk, dibelai, dimanja... )

9. Memberi Kejutan.
Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulangtahun perkahwinan. Misalnya anda telah menempah satu tempat makan ekslusif untuk pasangan manakala dia tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda membawanya ke situ dan di atas meja telah tersedia hadiah istimewa untuknya. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik. (oh romantiknyer...)

10. Pakaian sedondon.
Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon  seperti t-shirt, tapi ada pasangan yang tak gemar memakai t-shirt, jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika pasangan anda memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt biru. Jika ada anak, pakaikanlah anak juga baju warna biru. Sweetkan? (terpulang pada pasangan tersebut. Kadang-kadang ada yang tak suka)

11. Cuba memahami lebih dalam sisi wanita.
Tidak selamanya lelaki boleh memahami dengan jelas apa yang diinginkan seorang wanita. Oleh itu, belajarlah memperlakukannya semanis mungkin, terutama saat si dia sedang datang bulan. Automatik dengan hal seperti itu, pasangan semakin mengerti bahawa anda memerhatikanya.

12. Tahan emosi anda dan gantilah dengan sikap pengertian.
Kaum Adam cenderung tak cukup pintar dalam urusan menahan emosi. Tapi jika anda benar-benar menyayangi pasangan, sudah tiba masanya menukar sifat itu dan menggantinya dengan sikap pengertian. Lakukanlah dengan sepenuh hati, nescaya pasangan semakin jatuh hati pada anda.(bila keikhlasan datang dari dalam hati maka pasangan akan lebih menghargai apa yang kita lakukan)

13. Candle light dinner di kafe kegemaran.
Kejutan manis boleh membuat anda kelihatan seperti lelaki romantis. Atur waktu yang tepat dan berikan setangkai mawar merah sebelum memulakan candle light dinner. Hal itu menjadi sesuatu yang sangat romantik di mata kekasih. Apalagi jika anda menikmatiya di bawah cahaya rembulan.(ni pun salah satu angan-angan saya la hikhikhik...)

14. Ungkapkan perasaan melalui puisi-puisi cinta.
Anda mungkin tak perlu melakukan hal ini setiap hari. Tapi anda boleh mendedahkan isi hati apabila merindukan kekasih atau semasa momen tertentu melalui sebuah puisi. Ini menjadi pengalaman menyenangkan baginya, sekaligus mempermanis kisah cinta kamu berdua.( yang ni pun kalau rasa boleh buat, buat la...kalau tak tak perlu ok! jadi diri sendiri lagi baik)

15. Peluk dan sentuhlah dia.
Sentuhan dan pelukan sering menorehkan kenangan yang tak terlupa dalam kisah asmara. Jika anda ingin meraih perhatian si dia, tak ada salahnya memberikan sebuah pelukan hangat dan menyentuh jemari tangannya dengan lembut. Buat pasangan senyaman mungkin dengan perlakuan anda yang istimewa. (masa kursus kawen aritu ada ustaz tu bagtau tips kebahagiaan rumahtangga. Katanya peluklah isteri sekurang-kurangnya 7 kali sehari. Tapi bagi pasangan PJJ sabar yer...ada hikmahnyer)

Tu semua tips jer. Kalau rasa boleh guna cuba la. Tak salah kan. Rasullullah pun ada cara dia tersendiri untuk berlaku romantik bersama isteri-isterinya. Apa pun yang kita lakukan biarlah dengan keikhlasan hati kita dan bukannya terikut-ikut. Saya percaya kalau dah suami kita tak romantik bukannya boleh dipaksa-paksa, tapi ada benada lain yang kadang-kadang kita boleh rasanya yang dianya romantik. Semuanya terpulang pada diri kita sendiri.....


Monday, February 21, 2011

Membebel dan berleter

Lama sudah tak membebel dan berleter disini. Hanya updated info2 yang boleh dikongsi bersama. Semoga ilmu yang sedikit ini akan dimanfaatkan oleh semua orang.

Sejak bertukar tempat kerja ni seolah2 tak ada masa langsung nak update blog. Kadang-kadang berbulan blog ni terbiar begitu saja. Bukan disebabkan kebizian yang tahap dewa tetapi mood untuk berkarya (ceh cam penulis novel plak) seakan sudah pudar dalam diri ini. Entahlah kenapa jadi begini. Kalau dulu tak sabar rasanya nak berkongsi cerita disini. Tapi kini cerita itu hanya tinggal dalam memori kepala jer...

Bosan???kenapa pulak nak bosan kan???sedangkan disinilah saya akan meluahkan segala-galanya. Berkongsi segala cerita dan peristiwa yang terjadi dalam hidup saya. Bukannya tak ada aktiviti yang dilakukan, boleh ditakan setiap minggu ada jer benda yang dilakukan sampaikan tak cukup masa. Pagi petang siang malam padat dengan aktiviti yang kadang-kadang tak dirancang langsung. Gambar memang dah terlalu banyak. Sampaikan telefon ni dh berat dengan gambar-gambar.

Mungkin disebabkan perubahan suasana tempat kerja. Dari segi skop kerja sama jer rasanya. Entahla...mungkin disebabkan penyakit M kot hehehe...Kalau M tu dah datang memang x boleh nak buat apa kan....sabar je la


Saturday, December 18, 2010

Sabtu yang suam-suam kuku

Sebenarnya arini ada jemputan kawen kat port klang tp xde member nak pegi...Oh harini saya bangun seawal 5.00 pg. Oh kagumnyer sebab ari sabtu dan hari tak kerja. Ditambah pulak dengan cuaca yang sejuk sebab semalam adalah hujan...

Tapi kenapa saya bangun sangat awal??? Entah la saya pun tak pasti. Tapi lepas tu saya tidur-tidur ayam saja. 6.30 baru saya bangun dengan malas sebab perut minta untuk dikeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan dalam badan.

Pukul 7 saya dah mendobi. Hari ni cuaca mendung haruslah mendobi seawal pagi. malam td pun dah masukkan separuh baju dalam washing machine. Oh mggu ni smggu sy kumpul baju. Selalu tu hari rabu saya dah basuh.

Mak pulak dengan rajinnya telah mengutip seluar2 jeans abang untuk dibasuh dan secara tidak sengaja telah terdobi wallet abg sekali hehehehe...(nasib la bang) sapa suh xmo basuh sendiri kan...

8.30 settle kemas umah ngan dobi. Mandi pastu bekpes nasi lemak yg dipesan pg2 celik2 mata kat abah hehehe...bertuah betul anak abah ni kan. celik2 mata minta nasi lemak huhuhu...oh mak saya wat ubi rebus cicah ngan sambal bilis. Kul 9 g pasar blk 10.30 terus masuk dapur...giler awal masak lunch arini. Masak sup ayam jer...tu pun hbs sume sayur kobis ngan sawi saya masuk sekali dlm sup tu hehehe...berbangga la mak dapat anak yg sgt rajin mengelat ini hehehe....

11.40 siap masak...abang pun baru bangun xyah nak sibuk2 bekpes leh terus lunch jer..tp kalo nk leh jer ubi rebus mak ada lg...so pasni xtau nak buat apa dah...mata cam ngantuk tapi xmo plak dia nak lelap. Nak kuar dengan cuaca yg sgt suram ni agak malas...so lepak2 dlm bilik sambil layan lagu & berharap internet akan speed ngan lajunya supaya sy tdk kebosanan menunggu...

Adik2 saya pun x blk mggu ni. kalo idak boleh la bertinju ngan mereka sampai mak abah jerit2 kata perangai mengalahkan budak2...

Xpe la arini rehat2 sajer dirumah sebab esok saya nak dating ngan adik2 yg kat rumah ni. Awal pagi kitorang dah nak kuar umah. Hopefully cuaca ok esok...

Sekian saje bebelan saya buat hari ini (sambil pk nak wat apa pasni)


Wednesday, July 29, 2009

Cuti Sem...

Cuti sem datang lagi. Memang sonok kalao cuti ni. Tu bg student la...bg aku ada sonok ada x sonoknyer...yg sonoknya rasa sunyi sikit bila student xde ni. yer la ari2 ngadap student, mcm2 perangai dorang ni. y x sonoknyer waktu2 camni la lagi byk keje nk wat sebenarnya

Nak wat itu nk wat ini, kdg2 x menang tangan. Lom lagi ngan xtvt2 lainnyer...huh mmgg penat. Cuti 3 mggu rasa cam sekejap sgt. Tapi nk wat camne kita try yg terbaik untuk memberi perkhidmatan yg terbaik wat student. Tapi student kadang2 xnak fahamm langsung keadaan kitorang.

Apa yg kitorang buat sume tuk kebaikkan student. Bukan nk minta pujian ke apa at least hargai la sikit apa yang kitorang dh buat. Apa susah sgt ke nk hargai kitorang bukan nk minta hadiah bagai sekadar rasa hormat dh memadai...

Kadang2 terfikir masa aku study dulu xla cam ni. sgt hormat pd org yg byk tolong kita. Mungkin masa dh berubah...tapi jgn la sampai nilai2 muni tu pun berubah sama. Berubah kearah positif xpa jgn sebaliknya...

Sama2 la kita renung2...