Monday, April 30, 2012
Cerita saya
Tetiba bangun pagi suara dah cam jantan jer... Seb baik laki ai xde tau! kalau tak mesti dia konpius hehehe...batuk masing kong...kong..kong...hidung masih berair lagi tapi tak seperti semalam. Semalam memang terbaik la...ingatkan adik-adik balik boleh la happy-happy bersukeria di hari rayer...
Walau macam mana pun ada gak beberapa perkara dapat dijalankan walaupun tidak seperti plan asal. Dan malam tadi walaupun diganggu oleh bunyi bising oleh en suami yang melayan dvd the day after tomorrow kat dalam bilik (langsung tak hormat bini dia yg tengah demam ok!!!!) tapi dapat gak tido dengan lena.. Alhamdulillah....itupun setelah dipaksa oleh en suami makan panadol suluble.
Kondisi hari ini adalah tidak berapa sihat lagi. Masih soksek soksek. Makan pun kena memilih sebab tekak masih gatal-gatal. Badan masih sengal-sengal. Actually demam takde sangat cuma batuk ngan selsema jer...
Nak cerita benda lain tapi taip benda lain. Takpe la lain hari saya cerita yer....
Thursday, April 26, 2012
Terbaiklah...
Saya rasa kan meja saya ni memang tak boleh kemas kot...kalau kemas pun paling lama bertahan adalah 1 hari. Kalau berhari-hari tu maknanya saya kemas meja sebab saya nak bercuti. Naik opis jer tenang jer bila tengok meja kemas. Tapi tak sampai tengahari sure macam ni lagi gayanya... ermmm entah la...dengan kerusi tunggang langgang dah rasa cam tongkang pecah pun ada huhuhu...
Rasa-rasa nak kemas tak meja ni. Tak payah la kot sebab jap jer tu hehehehe...selamat berkerja kawan-kawan...
Wednesday, April 25, 2012
Monday, April 23, 2012
Layan...
Lately ni suka sangat dengar lagu Asmidar ni. Layan la kejap 'biar sampai ke bintang'
Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang
Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang
Boling katanyer....
Seperti yang diwar-warkan pada entry sebelumnya maka dengan ini saya mengisytiharkan perlawanan boling suka suki....takder la lawan betul-betul just for fun untuk release tension pas keje. Lagipun kami susah nak kumpul ramai-ramai camni. Time cuti sem je boleh buat xtvt bersama. Alhamdulillah setelah bermacam-macam dugaan (ceh macam saya jer penganjurnyer hehehe) maka sabtu lepas bersamaan 21/04/2012 bertempat di 1Plaza Kuala Selangor telah berlangsungnyer pertandingan boling antara staf & keluarga masing-masing.
Kumpulan telah ditentukan berdasarkan cabutan undian yang telah dibuat oleh seminggu sebelum acara tersebut berlangsung. Sebarang cadangan ataupun bantahan memang tidak dilayan sama sekali oleh urusetia hahaha...(ni dah cam wat report plak kan...)
Penyertaan sungguh memberangsangkan maka terjadi lah 5 kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai 5 orang pemain.
Ini adalah kumpulan saya. Kami dibawah kumpulan BIRU
En. Suami group HITAM |
Yang lain terdiri daripada kumpulan MERAH, HIJAU & UNGU. Malas nak letak pic byk2 kat sini hehehe. Sori yer korang (dorang bukan baca pun...yer ke???)
Saya dan En Suami adalah orang paling akhir sekali datang. Pada hal rumah sekangkang kera jer...tapi lambat gak sampai...cam nak kena uruskan anak 10 jer kan...maaf sekali lagi yer kawan-kawan bukan salah saya yer salah en suamiku....
Datang dengan penuh senyuman buat muka tak bersalah.... |
Sila la salahkan En Suamiku yer...hehehehe (jgn marah yer bie...) |
Pertandingan ni dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga yang memberi sokongan kepada pemain-pemain...sebenarnya seronok tengok budak-budak kecik ni. Mak bapak yang ada anak kecik tu tak perlu risau sebab kita ramai babysitter yang sukarela untuk menjaga dorang. Staf-staf kita kan sume multitasking. Jaga baby pun boleh tau!!! TERBAIK la....dorang-dorang ni pun suker jer...
Jom layan pemain-pemain plak. Gambar cam banyak plak tak larat nak letak caption. Korang pandai-pandai la letak sendiri yer....
RUMAH HIJAU |
RUMAH MERAH |
RUMAH HITAM |
(ada ke rumah sukan warna hitam hehehehe...)
RUMAH UNGU |
RUMAH BIRU |
Dan ini adalah gelagat-gelatak tuan tanah kedaung yang agak poyo yer...Dah lama tak tayang muka sendiri. Meh la buh sikit yer....
errrr saya tak tahu nak letak caption apa hehehehe... |
3 dara pinggitan hehehehe....itu dulu sekarang dah tinggal 2 jer...tak sabar nak tunggu turn dorang ni. Cepat-cepat sikit yer adik-adikku.... |
Dua-dua muka dah tembam...tak suka bila En Suami buat mata boooouuuulat camtu... |
Meh kita tengok score plak....Agak-agak sapa yang menang. Keputusan sudah diumumkan maka kita layan gambar jer yer...
Kami main 2 frame jer...setelah ditambah kedua-dua frame maka keputusannya ialah........................
layan gambar hadiah dulu la yer....sajer wat suspen hehehehe
Pic ni takde kaitan dengan hadiah pertandingan tersebut yer...ini bukan hadiahnyer yer...hanya selingan sahaja, tiada kaitan antara hidup dan mati (tetiba plak kan....) |
Pemenang pertama jatuh kepada rumah MERAH. Kedua rumah BIRU, ketiga rumah HITAM, keempat rumah UNGU dan kelima rumah HIJAU.
Group saya dapat no. 2 hoooyeaaaaaa.... |
Dan group En Suami dapat no.3. Persaingan sangat sengit ok! |
Dan ini yang paling kami tak sangka sekali. Dalam ramai-ramai yang terrer main tu boleh plak kami yang dapat top scorer. Macam tak percaya pun ada. Bukan saya malah En Suami pun dapat. Inilah yang dikatakan rezeki penganti baru hehehehe...(malu la plak saya...) tapi sayang hadiah top scorer En Suami telah pecah sebab terjatuh huhuhuhu...tapi tak pe sebab dia sendiri yang jatuhkan muahahahaha....
Akhir kata majulah sukan untuk negara. Semoga anak-anak kita akan jadi pelapis kepada atlet-atlet negara kita. Mana tau kan suatu hari nanti. Melentur buluh biarlah dari rebungnya....Agak-agak sesuai tak peribahasa ni dengan entry ni. Lantak la kan hehehehe....kesimpulannya sangat enjoy & best!!! Len kali blh buat lagi yer....
Hip...hip....hooorayyyy!!!!!!!!!!!!!!!!!!! |
Labels:
AKU,
Boling,
Hadiah,
Hujung Minggu,
Opis,
Riadah,
Sahabat,
Suka-suka,
XTVT bersama
Location:
Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
Sunday, April 22, 2012
Sepetang di bus stop
Pic ni masa kitorang melawat anak buah suami yang sakit di DEMC. Waktu ni hujan sebab tu tudung saya ada bintik-bintik air. Kitorang kuar jap sebab en suami nak menghirup udara yang tak sihat. Sila lihat dijari beliau.... Sungguh tak sopan buat muka camtu. Dia memang tak suka ambik gambar. Hala je kamera kat dia pasti ada jer mimik muka yang dia buat. Pesanan buat suamiku: silalah kurang-kurangkan rokok anda itu yer...
Any tips untuk nak kurangkan ketagihan rokok kepada perokok tegar ni. nak suruh berhenti memang susah la kan....
Any tips untuk nak kurangkan ketagihan rokok kepada perokok tegar ni. nak suruh berhenti memang susah la kan....
Subscribe to:
Posts (Atom)