Monday, October 15, 2012

Kuatkan saya!

Husband call petang tadi. Masa tu masih kat opis. Biasa la kan En suami mesti akan call at least sekali sehari. Tapi lama dia diam...suara dah lain macam. Bila tanya senyap. Saya pun biar la dulu. Ingatkan talian dh putus. Bila panggil dia ada pulak. Pastu baru dia bagitau. Suara sedih sangat. Saya pun malas nak paksa-paksa dia just dengar je apa dia nak bagitau. Pastu dia dh tak boleh nak cerita lagi. Saya pun kata sambung balik keje...terus saya pun menangis.. Tak boleh rasanya tengok suami sedih saya pun akan sedih gak. saya tau dia dah cuba yang terbaik....Ya Allah kuatkanlah saya supaya saya dapat bantu suami saya. Saya tak mahu dia nampak saya lemah. Saya nak kuat didepannya supaya dia juga kuat. Bantulah saya....

Saturday, October 13, 2012

Sabtu, cuti, hujan.....

Salam pagi sabtu...eh2 dh tengahari la hehehehe...sapa2 yg bercuti selamat bercuti yer. Pepagi lagi dah ujan. Memang terbaik la untuk sambung tido bagi mereka2 yang sedang bercuti. Kepada mereka yang kerja jangan malas2 tau!

Cuti2 ni nak buat apa yer...bangun xde la lewat sangat walaupun hari ujan...baiknyer saya!...misi mengemas bilik yang macam tongkang pecah. Mak mertua masuk pun dia jeling jer sebab tak sanggup tengok bilik anak dia. Menantu yang sangat baik kan???? hehehe...

Tengah best2 kemas bilik mak mertua panggil suh masakkan bihun goreng. Niat nak masak untuk tengahari terus. Dah mak mertua teringin makan bihun goreng masakan saya, maka saya pun tak sanggup nak hampakan perasaan mak mertua saya. Ni 1st time tau masak bihun goreng kat mah mertua. Seb baik saya ngan mak mertua jer yang ada. Tak de la sapa2 nak gelakkan saya nanti. Actually memang saya tak suka masak bihun goreng. Saya tak reti sebenarnya. Takut bihun tu tak masak atau jadi lembik. Risau gak. Bahan2 semua mak mertua saya dah sediakan. Tinggal saya masak jer....terbaik la mak mertua saya. Saya ngan debornyaer memulakan langkah menuju kedapur. Masa yang diberikan adalah 30 minit(ada tak ala2 masterchef hehehehe). Dengan bismillah dan selawat semua maka saya pun memulakan la tumisan saya. Tak tahu la memenuhi citarasa mak mertua saya atau tak...pada tekak saya ok jer. Alhamdulillah jadi elok jer. Lupa plak nk snap gambar hehehe...

Maka itulah breakfast merangkap lunch kami. Hujan masih turun jap lagi nak balik umah mak plak...selamat ujung minggu!!!!



Monday, October 8, 2012

yea!!!saya dh dapat anak buah

Comel kan...comel kan.....ni la anak buah pertama saya! Cucu sulung keluarga saya...eh2 jap2....sulung ke x yer...sebab sebelum ni adik saya pernah pregnent tapi meninggal dalam perut. Masa tu baby baru 5 bulan. kakak kepada baby ni la....

Nama tak tahu lagi. Mama & papa dia x decide lagi nak pilih nama apa. Tapi kitorang panggil Muhammad jer. Sebab memang nak letak pangkal nama dengan Muhammad. Ok jer kan panggil muhammad. Berat masa lahir 2.9kg. Lama gak nak keluarkan baby ni.Sepatutnya due 13/10/2012 tapi bp adik saya tinggi so doktor induce untuk cepatkan kelahiran. Lahir la baby ni pada hari jumaat 05/10/2012 jam 2.30 ptg. Geram betul tgk baby ni....Adik saya berpantang kat rumah mak. Rasa hari2 nak balik tgk baby.

Semalam nurse klinik desa datang buat lawatan. Dia dapat kesan jaundis pada baby. Suh cepat2 bawa hospital. Sampai hospital doktor kata baby demam. Kena la tahan wad. 
Ni gambar pagi semalam sebelum nurse tu datang. tak perasan pun yang muka dia ada kuning sikit2. Seb baik nurse tu dapat kesan. Cian kat baby...

Ni adik saya mms gmbr masa kat hospital. Cian kan...rasa tak sanggup nak tgk baby camtu. camne la orang yg tade perikemanusiaan tu kan. Sanggup buang anak kat dlm toong sampah, campak kat sungai & yang tak boleh saya terima sanggup campak anak dari tingkat 3. Apa yang ada dalam diri mereka masa tu kan. baby sekecil ni sanggup mereka buang. sedih saya...

Saya harap baby Muhammad cepat sembuh yer sayang. mmmmmuuuaaahhhhh dari mummy......

Friday, October 5, 2012

Doa dari kalian

Adik saya dah berada di hospital sg buluh ketika ini. Doakan dia semoga selamat melahirkan baby yer. Jap lagi saya pun nk pergi melawat dia dengan mak. nak bagi sokongan moral. Semalam dah induce tapi bukaan masih 3cm. Tentu dia sedang menahan sakit ketika ini. Teringat peristiwa tahun lepas macam mana dia sakit. Masa tu tak tahu pun baby tu nak keluar sebab kandungan baru 5 bulan. Semoga Allah permudahkan segalanya....