Sunday, November 25, 2012

Dinner 2012

Salam hujung minggu...apa plan kawan-kawan semua...mesti ramai yang gantung kuali periuk belanga kan. Maklum la cuti sekolah camni memang banyak undangan kenduri kan...

so far minggu ni saya tak kemana-mana. Jemputan kenduri pun tak ada. Maklum la muda lagi hehehehe...kalau tanya mak memang banyak la. maybe next week la kot. So malam minggu semalam opis ada wat dinner birthday celebration kat restoren Tupai-tupai Seksyen 13 Shah Alam. Makan steamboat la kita. gambar nnti dh dapat dari photographer saya upload kat sini yer...

Buffet RM29.90 seorang. makan sampai muntah. Tapi jangan muntah kat situ nanti tokey kedai halau hehehehe. Pada saya biasa jer. Memang banyak pilihan tapi biasa-biasa je kot. Cam kedai yong tau fu pasar malam. banyak bebola-bebola... Yang best hanyalah ais krim ;-)... nasi goreng dia pun ok gak. En suami pun suka nasi goreng dia. Kebersihan kureng. Saya ada nampak ada sedikit kekotoran pada pinggan dan mangkuk mereka. Tetiba jadi kembang tekak plak hahahaha...terpaksa pilih pinggan yang bersih.

Sebelum ni pernah gak makan steamboat kat seksyen 23 shah alam. Sangat puas hati berbanding tupai-tupai ni. Saya tak tahu la apa lagi yang best kat tupai-tupai ni. Pada saya johnny's gak dihatiku...

No comments: