Thursday, May 30, 2013

Makanan Kegemaran Rasullullah S.A.W


Sebagai panduan & peringatan untuk saya dan yang lain-lainnya

Barli
Bagus untuk demam jika dibuat sup

Kurma
 Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.

Buah Tin
 Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

Anggur
 Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

Madu
 Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

Tembikai (segala jenis)
 Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
Susu
 Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

Cendawan
 Baik untuk mata, perancang keluarga.

Minyak Zaitun
 Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
Delima
 Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari
 Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
Air
Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Credit to Google

Wednesday, May 29, 2013

Tips Mengajar Bayi

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Bersama ini ada 10 tip untuk membantu anak anda mencapai potensi diri.

1. Pengulangan

Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan berbahasa bayi!

Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran

Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan buku

Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula awal

Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar

Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan.

Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira. 

8. Belajar dengan gembira

Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan

Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!

Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
credit to google
 

Tuesday, May 28, 2013

Segalanya demi anak



20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku. 

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar. (ye mmg betul pun. Saya pun perasan gak)

2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!! (Rindu baby tendang-tendang)
 
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!! (Auni start bgn kul 4 pg setiap sejam)

4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru. (Lebih terasa sayang)

5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit.. (Risau ooo kalau anak sakit)

6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-) (hari-hari tido awal)

7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak. (Inilah yang berlaku kat saya sekarang. Tgk penderitaan baby kat surat khabar or tenet or tv pun dah mengalir air mata. Cepat sangat sensitif)

8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri. (lom lagi...)

9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo! (Ssh hati kalau baby tak buang air)
 
10- Kita akan lebih menghargai diri kita. (yup....)

11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja. (kalau boleh 24jam nak peluk cium)

12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.(SETUJU!)

13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh. (Auni lom ada gigi lagi)

14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.

15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka. (sangat-sangat memahami, kalau boleh nak tolong redakan tangaisannya)

16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!

17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!

18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.

19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.

20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan! (yea!!!! sentiasa menunggu kejutan-kejutan tersebut)

credit to google
 

Aqiqah Auni Firzanah & Rayyan

Alhamdulillah majlis aqiqah Auni & Rayyan telah selamat berlansung pada hari sabtu 25 Mei lalu. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dengan bacaan tahlil & doa selamat. Diteruskan dengan marhaban kemudian cukur jambul dan diakhiri dengan dendang fatimah.

Segala persiapan berjalan lancar dengan kehadiran saudara mara dan jiran tetangga yang datang rewang sejak dari petang jumaat lagi. Memandangkan Jumaat tu cuti hari wesak maka sempatlah kami menyediakan segala persiapan. 
Auni sebenarnya tak biasa tidur dalam buai tu. Buai tu Mak Lang yang bagi. Itupun sebenarnya buai anak Mak Ude. Kira turun temurun la. Auni tidur sekejap je dalam tu. Ingatkan lepas mandi, menyusu terus la dia tidur dalam tu sekali tak sampai 1/2jam pun kat dalam tu. Dah biasa tidur buai enjut-enjut.

Beria-ria mummy suruh mama hias buai ni. Sudahnye Hakim plak yang tidur lena dalam buai tu. Sian mama bertungkus lumus menghias buai & sediakan pelamin. TQ mama...

Pelamin yang simple jer. Ni pun last minit mama buatkan. Rayyan hanya duduk dalam portable rocker tu jer. Sepanjang majlis Rayyan sangat baik. Tido jer dalam rocker tu. Sampai la kumpulan marhaban tu mendendangkan dendang fatimah. Auni je gelisah semacam. Agaknyer kalau masuk dalam buai enjut-enjut tu confirm lena diulit intan.
Bahagia betul sikecik ni kalau dapat masuk buai enjut-enjut dia. Auni ni kalau lepas mandi pagi tu, menyusu masuk buai confirm tidur lena sampai kul 12.00-1.00 ptg. Jaga kul 10 or 11 untuk susu pastu tidur balik. 

Ahli-ahli kumpulan marhaban yang sangat aktif. Mak pun ahli marhaban jugak. ni cuti sekolah ni banyak la jemputan yang diorang ni dapat. Pagi petang...nasib baik malam tak ada. Kalau ada sure lagi busy mak saya ni. Saya tak tahu la plak apa nama kumpulan marhaban ni. Setakat ni mereka hanya menerima undangan sekitar kampung saya je. Ye la duduk kampung je kan. Tapi tak tahu la kalau-kalau mereka ni ada menerima undangan di luar daerah ke....
Layan gambar je la yer...

Mereka-mereka yang merewang dihari tersebut

lauk & goodies bag

Acara cukur jambul dimulai dengan Rayyan

Diikuti oleh Auni

Rayyan with his mummy

Wan pun potong jambul Auni gak

Famili sebelah suami. Terima kasih sebab sudi datang

Kami dihari bersejarah Auni
Petang tu jugak ayah botakkan Auni
Anak mummy dah gondol
Disini saya nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga buat mak tersayang yang merupakan tonggak utama dalam menjalankan majlis tersebut. Dari persiapan makan, minum, kenduri, marhaban hinggalah majlis selesai. Saudara mara & jiran-jiran yang sudi meluangkan masa rewang kat rumah saya, terima kasih daun keladi kalau ada kenduri rewanglah lagi yer hehehehe....Mama yang sibuk-sibuk siapkan buai & pelamin [s]anganku musnah[/s] (last-last anak mama si Hakim tu yang tido dalam tu kan). Mak mertua & adik ipar yang datang sehari sebelum  majlis untuk sama-sama rewang, sayang mak & adik muahhhh....muahhh... Famili sebelah suami yang sanggup luangkan masa walaupun banyak kenduri kendara time tu...

Alhamdulillah selamat semuanya.....

Tuesday, May 21, 2013

Rindu Bertamu Lagi...

Setiap hari saya rindukan dia. Tak pernah sekali pun saya melupakannya. Ye saya rindu sangat kat abah. Abah muncul lagi dalam mimpi saya. Masa tu saya dalam pantang. Saya tak ingat dah berapa hari saya berpantang. Dalam mimpi saya tu hanya ada saya, abah dan adik saya yang sama-sama bersalin dengan saya. Saya tahu abah datang nak tengok cucu-cucu baru. Saya tak sempat nak ziarah kubur abah sebelum saya bersalin. Tapi saya tak pernah lupa untuk sedekahkan doa setiap hari. Saya tahu abah pun rindukan saya. 

Saya bagitau mak pasal mimpi tu. Mak hanya minta saya sedekahkan Al-Fatihah untuk abah. Setelah saya bergelar ibu, saya baru saya tahu yang pengorbanan ibubapa memang tiada nilainya. Mereka nak yang terbaik buat anak mereka. Dulu abah selalu ingatkan kami supaya jangan lupakan ibubapa. Pengorbanan mereka membesarkan anak-anak demi melihat anak-anak berjaya. Walau susah, walau sakit, walau lapar, anak diutamakan. Saya sedikit terkilan sebab hanya sebentar saya dapat membahagiakan abah. Kalau boleh saya nak bawa abah berjalan-jalan lagi. Nak senangkan abah. Nak gembirakan abah.

Kesenangan sedikit yang saya berikan takkan sama dengan jasa abah membesarkan saya. Memenuhi segala kehendak saya...menceriakan kesedihan saya, melupakan kesusahan saya.....satu-satu kenangan itu bermain dikepala saya. Saya tau saya hanya boleh mengembalikan semua itu dengan kenangan sahaja. Selebihnya berdoa agar saya dapat bertemu abah di dalam mimpi. 

Maaf saya terlalu emosi.....

Monday, May 20, 2013

"Ketenangan Mummy" (Pengalaman Bersalin)

Ok dah janji nak tulis pasal pengalaman saya bersalin. Sambil ambik mood sambil ingat balik detik-detik berada di hospital. ok tarik nafas dulu yer...fuh...fuh...fuh...

Actually EDD saya 13.3.13. saya suka sebab tarikh cantik dan sangat berharap baby akan keluar pada tarikh itu. Tapi dari awal lagi saya dapat rasakan baby macam nak keluar awal jer...badan pun dah tak larat. Nak jalan pun dah rasa berat sangat. Kalau baby nak keluar awal pun biar la dapat 10 Mac. Kalau lewat biarlah dapat 17 Mac. Dua tarikh yang penting dalam hidup saya. 10 Maca anniversary saya manakala 17 Mac adalah birthday saya. Masa dapat tau EDD 13 Mac rasa syukur sangat. Senang nak celebrate sama-sama. Sekali harung jer. Lagipun orang laki ni susah sangat nak ingat tarikh-tarikh penting kan??? Ni kalau En Suami tak ingat jugak memang nak kena la kan...ok ok jom cerita pasal bersalin plak. Nanti terus kelupaan.

27 Feb 2013
Saya g KK untuk check up. Masa ni kandungan saya masuk 38 minggu. Check up pun dah seminggu sekali. Biasanya saya buat appoitment petang tapi tak tahu kenapa kali ni saya ambik pagi. Sebab minggu sebelumnya tu rasa macam kejap jer so boleh la saya ambik pagi. Saya bajet dalam pukul 10-11 dah settle semuanya. Malas nak ambik cuti 1/2 day. Lagipun saya dah plan nak ajar orang yang ganti saya masa cuti nanti. Maka pagi-pagi saya pun keluar rumah. Pergi awal dengan harapan bolh la settle semuanya awal. Lagipun check up yang biasa-biasa jer...Bagitau En Suami yang saya akan terus pergi kerja so tak dapat la nak breakfast sama-sama.

Sampai klinik ambik nombor duduk macam biasa. tengok orang pun tak ramai lagi so hati pun berbunga-bunga la sebab rasa boleh balik awal & terus masuk kerja. Tapi kalau lambat dah plan nak EL jer. Bila sampai turn saya, macam biasa la nurse akan suruh timbang & dia ambik tekanan darah. 2 kali ambik tekanan darah katanya tinggi. Saya pun ok jer la sebab sebelum ni pun pernah jadi camtu. Sebelum-sebelum ni kalau ambik tekanan untuk kali kedua dah ok tapi kali ni nurse tu suh pergi rehat kat bili menyusu. Nurse bagi masa 1/2jam untuk rehat. Kalau boleh tido lagi bagus. Tidak la saya nak tido kan. Call En Suami bagi tau BP tinggi & kena repeat. 

Bila repeat result sama jer. 150/100..terus refer doktor. Doktor pun check sekali lagi. Sama jugak. Check kaki tgk bengkak ke tidak. memang la bengkak kan. Dah masuk 9bulan.

Doktor: BP awak tinggi ni. Kena pergi hospital ni...
Saya: ha????hospital??? tak pergi boleh tak doktor??
Doktor: eh tak boleh kena pergi arini jugak. (sambil menulis sesuatu kat kertas) jap lagi saya call ambulans
Saya: (what??????? ambulans???)

Ingatkan doktor tu main-main. Sekali memang betul pun. Depan-depan saya dia call pihak ambulans. Sementara tunggu ambulans datang saya diberikan ubat dan tangan saya pun dah siap-siap kena cucuk untuk masuk drip. Saya terus call En Suami. Terkejut dia ingatkan saya dah nak bersalin sebab saya bagitau kena pergi hospital naik ambulans. Ni la 1st time saya naik ambulans & kalau boleh dah taknak naik dah. Serik weiiii....ingat syok ke naik ambulans tu. Saya dok fikir camne la kalau orang yang sakit teruk tu naik ambulans. memang la sekejap tapi hazabnya naik ambulan tu.....melambung-lambung saya kat dalam tu. Nasib baik la tak terus terberak kat dalam tu. Oh ya saya ditemani seorang nurse yang meniringi saya ke hospital.
Dalam perjalanan ke Hosp Sg Buloh (dlm ambulans)
Sampai hospital sg buloh, nurse tadi uruskan kemasukkan saya. Saya diberikan kertas kecik berwarna-warna untuk check air kencing. Lepas tu bermula la episod saya kat dalam hospital tu.

Hari pertama doktor pantau saya punya BP. Perut saya pun dipasang alat CTG (kalau tak silap saya la) untuk pantau jantung baby. Saya call En Suami bagi minta belikan makanan sebab saya sampai pun dah pukul 12 t.hari & nurse kat situ pun suh suami belikan makanan. Dari pagi tak makan apa-apa tapi takde plak saya rasa lapar. Masih boleh bertahan lagi. Sangat la boring duduk kat hospital tu. Tempat saya memang khas untuk orang-orang yang bermasalah sama macam saya. Petang baru la En Suami datang bawa makanan. Makan macam orang tak makan sebulan hehehehe...En Suami tunggu saya sampai petang & saya rasa memang saya tak boleh keluar lagi. Dalam pukul 6 doktor datang check. Katanya BP saya dah stabil & saya boleh bersalin ikut EDD saya. Pagi esok saya dah boleh balik katanya. Lega sangat bila doktor baitau camtu. Saya pun bagitau la En Suami. Apa-apa pun kena tunggu result pagi esoknya. So malam tu En suami balik & minta saya bagitau awal kalau saya dah boleh keluar. Malam tu mak telefon. Actually saya malas nak risaukan mak. Bukannya saya nak bersalin lagi. Ada 2 minggu lagi untuk saya bersalin. Saya pun bagitau mak la saya ok. Doktor suruh rehat jer kat hospital ni.Maka bermalam la saya di sana. Tapi biasa la kalau dah namanya hospital mana nak rasa selesa tido kat sana. Jap-jap nurse datang wat check BP ngan CTG. Tiap kali nurse datang cek mesti nurse tu tanya ada sakit-sakit ke tak. Saya pun cam pelik jer. Bukan saya nak bersalin lagi pun.

28 Feb 2013
Bangun pagi rasa happy jer. Ye la doktor dh bagitau boleh balik pagi ni kan...Pergi breakfast yang pihak hospital sediakan. Dapat la jumpa kawan-kawan baru. Macam-macam pengalaman kat sana. Ada yang dah 3hari duk situ tapi bukaan masih juga 4cm. Pukul 9 doktor datang check. Doktor lelaki india ngan doktor lelaki melayu. Doktor melayu tu cam muda lgi. Handsome plak tu hehehe....sekali doktor india tu kata nk check bawah, saya pun terpinga-pinga la tapi redha je la kan. Dah terbayang-bayang ceriita-cerita yang saya dengar & saya baca kat blog-blog. Aduh dah cuak dah ni. Tak tahu macam mana sakitnya, saya dah seriau dah...Saya pun ready la tarik nafas dalam-dalam...sekali doktor cek xde la saya rasa sakit sangat seperti yang saya baca kat blog-blog tu. Ye la sakit orang kan lain-lain. Maybe pada saya tak sakit tapi pada orang lain sakit. Cuma saya seriau bila glove penuh dengan darah. Then doktor kata dak buka 3cm. So saya tak boleh balik kena bbersalin gak. Punah harapan saya nak balik rumah. Saya macam tak percaya jer yang saya dah nak bersalin sebab saya tak rasa sakit pun lagi. Hati dah berdebar jer bila doktor kata saya kena bersalin. Tunggu masuk ubat & bila-bila masa jer saya akan bersalin. Sangat bosan duduk dihospital. Bukan boleh buat apa pun. Lupa plak nak suruh En Suami beli bahan bacaan. Maka saya hanya baring, tido, pura-pura tido, tunggu nurse datang check BP ngan CTG, borak-borak ngan patient lain kat pantri huhhh...sgt la bosan. Petang tunggu En Suami datang borak-borak. En Suami plak tak boleh tunggu kat katil sebab saya diletakkan ditempat khas. So bila En Suami datang saya la yang kena keluar. Jap-jap saya masuk takut-takut nurse nak check BP. Menurut nurse malam baru saya akan dimasukkan ubat untuk mempercepatkan bersalin. Saya tak ingat berapa kali doktor check bawah tapi bukaan tetap la 3 cm jer.

Bila malam saya sekali cuak. Saya ada baca kalau induce dorang masukkan ubat ikut bawah. Dah la kena seluk, ni nak kena masuk ubat plak. Macam-macam yang bermain difikiran saya. Saya dah bagi tau En Suami yang saya akan diinduce. Mulanya En Suami nak tunggu, dia risau kalau saya berslain malam tu jugak. Saya kata tak tentu lagi, so saya suruh dia balik rumah jer sebab pukul 8 malam ubat tak masuk-masuk pun lagi. Sudahnya sampai ke pagi saya menunggu dengan debaran. Dalam hati dah bisik-bisik ngan baby suruh baby keluar bulan 3 gak. En Suami jeles sebab bulan 3 sama birthday dengan saya hehehe

1 Mac 2013
Pagi tu saya sempat mandi syampu rambut bagai. Baru la rasa selesa sikit. Dari semalam tak mandi. Toilet 1 je nak mandi camne. Beg pun tak bawa sebab tak sangka plak nak bersalin kan. Nasib baik toiletteries ada dalam beg khas. Pakai la saya baju hospital yang kaler pink tu. Masih tertungu-tunggu bila la dorang ni nak masukkan ubat. Nurse asyik tnya je dah sakit ke belum. Kalau ada sakit bagi tau nurse cepat-cepat. Saya memang langsung tak rasa sakit. Bukaan masih lagi 3 cm. Cuak, cemas, takut, debar sume ada ...dah bercampur-campur kat dalam diri saya ni. Saya hanya mampu berdoa jer. Mak telefon saya bagitau la yang saya akan dimasukkan ubat dan disuruh bersalin jugak.

Oh ya saya dapat sms dari adik saya yang dia pun dah masuk hospital nak bersalin jugak. Adik saya memang tengah tunggu hari jer. EDD dia 3.3.2013. Lepas lunch lepak-lepak kat pantri dengar la pengalaman kakak-kakak yang ada kat situ. Tiba-tiba nurse panggil saya ngan katil depan saya. Katanya doktor nak check bukaan lagi. Still sama gak. Then nurse kata labor room ada kosong maka kami berdua ditolak la ke labor room. Lagi cuak kat dalam bilik tu. Dah la sorang-sorang. Nurse pun pasang la alat-alat kat tangan saya. Rupanya dorang masukkan ubat melalui drip jer..so tangan kiri saya dorang masukkan ubat dengan air apa tah. Pastu tangan kanan plak alat check BP. Perut dengan alat CTG lagi. Sangat tak selesa ok!!!Seb baik tak masuk ubat ikut bawah. Fuhhh lega....Pastu datang doktor perempuan cina nak seluk lagi saya pun ok la sebab 2 orang doktor india seluk-seluk saya boleh tahan ini kan pulak doktor perempuan kan...doktor tu kecik jer tapi sekali dia seluk mak ai....memang menahan nafas betul saya. Terasa dirodok-rodoknya bawah saya tu.
Sikembar Auni, Rayyan

Pastu masuk plak sorang doktor perempuan melayu. Lawa sangat doktor ni. lembut jer, sejuk jer tengok muka dia. Dalam hati kata ini ke doktor yang nak sambut baby saya nanti. Kalau ini sakit pun tak pe. Doktor tu cek-cek graf jantung baby, tengok-tengok pc then dia buka satu bungkusan hijau yang memang dah tersedia kat meja dalam bilik tu. Doktor tu kata dia nak pecahkan ketuban ngan buang air kencing sekali. Saya tau dia nak jolok dengan kayu macam chopstick. Agak panjang jugak kayu tu tapi saya tak berani plak nak tengok. Masa dia buat kerja dia tu saya langsung tak rasa sakit. Selesa jer, mungkin sebab doktor tu lembut & cantik kot....lepas tu terasa air keluar. Dalam hati saya kata oh itu kot air ketuban. Serius saya tak tahu air ketuban tu macam mana & tak tahu banyak mana. Doktor kata kalau rasa nak kencing, kencing je kat situ. Saya pun pelik tadi dia kata dia dah kuarkan air kencing sekali, tak pe la. Dah la bilik tu sejuk. Saya mana la tahan sejuk dengan kaki yang tak terselindung langsung.

Tiba-tiba saya rasa nak kencing...dah la sorang-sorang je, dua-duan tanya dah kena cucuk. Camne nak bangun g toilet. tak de plak nurse lalu kat depan tu. Camne ni???? Tak kan nak kencing atas katil ni jer. Malu la plak. Dah tak tahan saya kencing jer la. Dorang memang ada pasang plastik kat bawah saya. Saya masuk labor room pukul 3, dalam pukul 5 camtu nurse datang tanya ada rasa sakit tak. Saya kata tak rasa sakit lagi. Nurse tu kuat kan lagi ubat tu untuk cepatkan proses. Dalam pukul 7 saya rasa dah 3 kali saya kencing. Memang banyak giler la. Saya rasa dah macam banjir jer. Tapi tak de la plak saya bau hanceng kan....pelik jugak!MAsa ni saya dah rasa sakit. Mungkin sebab ubat tu dah banyak masuk dalam badan saya. Saya rasa dalam 1/2jam sekali rasa sakit tu datang then makin lama makin kerap. Adik ipar saya sms kata ada saya nak kena operate sebab dah tak boleh nak teran. Saya hanya baca je tapi tak dapat nak balas. En Suami sms pun saya tak layan sebab saya rasa ngantuk sangat. Oh ya doktor ada bagi ubat tahan sakit. Mula-mula tu saya rasa ok la sebab ubat tahan sakit kan. Tapi sebenarnya ubat tu mengantuk giler.

Walaupun mengantuk saya tak rasa plak nak tidur. Saya cuma mamai-mamai jer. Sakit construction memang sangat sakit. Saya tak ingat pukul berapa nurse datang tgk CTG saya katanya graf jantung baby tak cantik. Saya dah mula risau takut terjadi apa-apa yang tak diingini.Bila bukaan dah full tibalah saat yang dinantikan. Saya hanya bersalin dengan bidan terlatih. Tak ada doktor pun. Kalau tak silap saya ada 5 orang kat dalam tu semuanya perempuan. Saya tak kisah pun doktor tak ada sebab saya tahu kalau malam hanya ada 2 orang doktor je yang duty. Mungkin orang lain lebih memerlukan doktor berbanding saya. Saya tengok nurse-nurse tu pun semuanya berpengalaman. Banyak bagi nasihat kat saya. Ingatkan saya suruh intigfar banyak-banyak, selawat & doa nabi yunus. Ajar saya macam mana nak teran. Saya memang tak tahu langsung nak teran. Tak ada langsung mengikuti mana-mana kelas. Berserah je la. Orang kata teran macam kita kena sembelit....tipu semua  tu....saya sembelit tak teran cam tu pun hahahaha (orang lain camtu la kot)

Saya tak tahu En Suami sampai pukul berapa. Masa masuk ubat tu saya dah inform kat dia. Tak sangka plak dia bawa mak mertua saya. Sebenarnya kalau boleh saya tak nak susahkan dia. Saya tau dia penat wat kerja kat rumah. Mak saya plak dah ke Kajang tengok adik saya. Oh ya adik saya dah selamat bersalin pukul 7 lebih secara normal. Tak jadi operate sebab dia dah tak tahan nak meneran (boleh camtu kan???) Percubaan pertama saya meneran tak berjaya. Saya ingat pesan kawan saya teran jangan buka mulut nanti koyak rabak. Nurse tu pun pesn yang sama gak. Nurse shif petang tu pun kata ikut apa nurse suruh. Saya rasa ubat tahan sakit tu langsung tak membantu. menyusahkan lagi ada la. sebab masa saya nak meneran tu saya rasa ngantuk sangat. Patut la adik saya boleh tertido masa dia bersalin haritu. Nurse suruh saya pegang pergelangan kaki. saya memang tak boleh nak pegang sebab tangan saya dah kebas. Ye la dah bebrapa jam tanya saya berbalut ngan alat BP tu. Pastu ngan ubat tahan sakit lagi, ubat induce lagi. Saya nak genggam pun tak boleh. Nak jer saya tarik baju nurse tu.

Saya kuatkan semangat jugak. Memang time ni rasa nak cepat ke kuarkan baby dalam perut ni. Saya cuba juga pegang pergelangan kaki saya. Akhirnya dapat gak saya capai. Percubaan meneran kali kedua  alhamdulillah berjaya. Time ni En Suami dah ada kat dalam bilik tu. Serius saya langsung tak hiraukan dia muahahahaha (boleh camtu...) Apa yang penting saya nak kuarkan baby ni cepat-cepat. Nurse puji kata saya pandai teran. Kali ni kepala baby dah nampak. Nurse suruh En Suami tengok then bagi semangat kat saya. Dalam hati saya eleh berani ke hubby saya ni tengok. Dia tengok la jugak tapi dari jarak yang jauh hahaha...tau dah perangai en suami tu. Bila saya nak tau teknik yang betul saya teran lagi tapi terhenti sekejap sebab saya nak tarik nafas, nurse-nurse tu dah cuak cakap jangan berhenti teruskan teran. Saya pun teruskan meneran. Alhamdulillah....Alhamdulillah...Alhamdulillah....itu yang terkeluar dari mulut saya saat Auni Firzanah selamat keluar dari perut saya. Lega sesangat.....
Duduk wad 1 malam jer

Auni keluar je terus menangis dengan kuatnya. Nurse angkat tunjuk pada saya & tanya  saya baby apa. Saya pun jawab la perempuan. Satu kucupan singgah di dahi saya. Baru saya tengok muka En Suami betul-betul hehehehe...Nurse tanya pada En Suami nak terus azankan ke nak bersihkan baby dulu. Saya gelak dalam hati. Nak ke En Suami tu pegang baby yang belum dibersihkan lagi. Memang tidak la kan. Terus nurse letak atas dada saya. Tak tergambar perasaan saya masa tu. Syahdu, gembira, syukur bercampur-campur dalam diri saya. Ya Allah terima kasih atas kurniaan ini. Saya sempat belai-belai baby..."sayang mummy" hanya itu yang terkeluar dari mulut saya. Saya pernah terbaca (tak pasti kat mana) bau baby adalah bau dari syurga (maaf kalau saya salah). Auni keluar bersih tiada pun selaput putih dibadannya. Apa yang saya tau & nampak Auni memiliki rambut yang hitam lebat. (patut la mummy asyik nak terkencing waktu malam jer) dan memiliki suara yang sangat nyaring. Sampai sekarang kalau Auni nangis memang semua orang akan terkejut. Auni jenis nangis tak bagi warning dulu. Kalau dia tido tetiba je dia nangis dengan kuatnya...

Baby dibawa untuk dibersihkan. Alhamdulillah uri keluar elok tiada masalah. Darah beku pun keluar elok. Yang masalahnya tang jahit menjahit...BUkan masalah apa, cuma masalah pada saya jer ;-) saya tak tahan sakit atau memang sakit. Pat jahit memang saya rasa sakit sangat. Terasa setiap cucukan jarum dan tarikan benang tu. Sebelah dalam ok. Part jahit luar tu. Actually memang nurse tu dah bagitau akan skit sikit sebab memang dia tak bius langsung kat bahagian luar tu. Orang kata jahit hidup-hidup..Mengerang-ngerang la saya menahan kesakitan. Tapi takde la saya menjerit-jerit. Agaknya nurse tu dah tak larat nk dengar saya mengerang dia sound saya. Tapi dia saound elok-elok la. Selesai semua nurse tinggalkan saya ngan baby sementara tunggu En Suami masuk & sementara tunggu saya dimasukkan ke wad biasa En Suami azankan baby. Alhamdulillah lengkap la kami sebagia sebuah keluarga.

Saya ditolak ke wad biasa dalam pukul 12.00 malam. Esok paginya saya dah boleh discharge. Alhamdulillah syukur sangat sebab saya dapat hadiah yang tak ternilai harganya untuk hadiah birthday & anniversary saya pada tahun ni. Semoga saya menjadi mummy yang kuat semngat, kental, tabah & berjaya!!!
Ni la buah ati pengarang jantung saya sekarang

Auni ni ikut muka mummy ke ayah?

Friday, May 17, 2013

Tabah lah sayang....

Berat mata memandang berat lagi yang memikulnya...apa yang terjadi mungkin ada hikmahnya. Tapi bagi dia yang menghadapinya terlalu sukar. Kalau saya ditempatnya mungkin juga saya boleh hilang panduan. Tak tahu nak kata apa, tak tahu dari mana puncanya. Perkara yang saya rasa semua orang pun tak inginkan ianya terjadi dalam hidup mereka. Hanya Allah yang Maha Mengetahui semuanya. Kepadanya kita berserah. Ibarat cubit peha kiri peha kanan pun terasa jugak, ialah dia terlalu rapat dengan saya. Saya sendiri tak tahu macam mana nak selesaikannya. Saya pun masih mentah dalamperkara ini. Benda ni jugak yang saya sangat takutkan. Ya Allah kau peliharalah dirinya. Berilah petunjuk dan jalan penyelesaian kepadanya. Kau kuatkanlah semangatnya untuk dia hadapi hari-hari mendatang.

Tuesday, May 14, 2013

"Ketenangan Saya"

AUNI FIRZANAH BINTI MOHD FIRDAUS
TARIKH : 1 MAC 2013
HARI: JUMAAT
MASA: 10.17 MLM
BERAT: 3.3 KG
HOSPITAL SG BULOH

AUNI = LEMAH LEMBUTKU, KETENANGAN, KETETAPANKU
FIRZANAH = PINTAR, BIJAK

Alhamdulillah bayi yang saya kandung selama 9 bulan selamat lahir pada hari Jumaat, 1 Mac 2013 jam 10.17 malam dengan berat 3.3 kg. Saya bersalin secara normal seperti mana yang saya inginkan. Alhamdulillah juga tiada apa-apa yang berlaku semasa proses kelahiran puteri sulung saya ini. Insya Allah saya akan ceritak pengalaman saya bersalin secara normal ini sebagai kenangan untuk saya dan juga sebagai panduan buat mereka-mereka yang dalam proses menunggu hari. 

"Auni Firzanah"...nama ni memang saya yang pilih. Memang saya nak (kalau boleh) anak-anak saya nanti saya nak namakan dengan huruf A. Dan kalau boleh tak nak panjang-panjang. Sebab tu saya tak letak Nur ke Siti ke kat pangkal nama. Ini pun dah kira panjang, tapi tak apa sebab saya nak kekalkan nama Firzanah untuk anak seterusnya. Kalau anak lelaki pun saya akan kekalkan satu nama mereka. (planning cam nak anak ramai jer kan) Ye...kalau boleh biar la lebih daripada tiga hehehehe...

Auni Firzanah, mummy harap Auni akan jadi seorang yang lemah lembut dari segi percakapan, perbuatan, tingkaj laku dan segalanya. Mummy mahu anak mummy ni akan tenang menghadapi segala ujian yang bakal dilalui kelak. Juga tenang menghadapi segala situasi. Mummy akan sentiasa berdoa agar Auni ditetapkan pendirian dan juga keimanan dalam diri Auni. Mummy & ayah mau yang terbaik saja buat Auni. Semoga Auni Firzanah menjadi anak yang solehah, dan kebanggaan keluarga seterusnya kepada agama dan bangsa.

Sunday, May 12, 2013

"Ketenangan" mummy & ayah

 Ini adalah pengalaman saya mengandungkan sikecil saya selama 9 bulan. Saya mau simpan semuanya sebagai kenangan yang sangat indah dalam hidup saya. Manusia mudah lupa so dengan cara ini sajalah ianya sedikit sebanyak akan membantu saya mengingati setiap pengalaman yang saya lalui dari awal hingga saat kelahirannya...

1 BULAN
Masa ni mummy tak tahu pun lagi akan kewujudan sayang. Memang mummy & ayah mengharap kami akan dikurniakan baby dalam masa terdekat ni. Walaupun usia perkahwinan mummy dan ayah baru 3 bulan tapi kami dah bersedia untuk menimang cahaya mata. Ayah memang sukakan budak-budak. Alhamdulillah period mummy pun tak ada masalah. Sebelum kahwin lagi mummy memang berharap agar mummy dapat baby awal. Setiap hari itulah doa dan harapan mummy dan ayah.

2 BULAN
Period mummy dah lewat beberapa hari. Ayah dah suruh pergi check tapi mummy saja lengah-lengahkan masa. Mummy kata kalau 2 minggu mummy tak period baru mummy nak pergi check. Tapi ayah mendesak juga. Tiba-tiba ayah pulak terlibat dalam satu kemalangan. Mummy memang tak fikir apa dah masa ni. Alhamdulillah ayah kecederaan ayah tak serius. Tapi ayah still ingat yg mummy masih belum buat ujian kehamilan. Bila ayah dah sihat, mummy buat test kat rumah jer. Resultnya positif. Ayahlah paling gembira sekali. Disebalik kesedihan yang mummy dan ayah lalui rupanya ada kegembiraan yang tak disangka. Mummy ajak ayah pergi klinik untuk buat pengesahan dan alhamdulillah mummy pregnant 6 minggu masa ni.

3 BULAN
Bermulalah fasa mabuk-mabuk mummy. Kena pulak bulan puasa...ayah semakin sihat dan dah mula kerja. Masa sahur memang mummy tak boleh nak makan. Minum air kosong jer. Makan nasi sikit-sikit. Kalau mummy larat mummy teruskan puasa. Kalau tak larat mummy buka. Mummy try makan kurma ngan susu tapi esok paginya keluar balik. Makan kurma ngan air kosong pun muntah. Sampai sekarang mummy tak boleh nak makan kurma. Macam fobia plak. Susu pun kadang-kadang jer mummy minum. Mummy risau kalau baby tak dapat nutrien yang cukup. Waktu berbuka tak ada masalah sangat. Cuma mummy tak ada la nak makan banyak sangat.

4 BULAN
Alahan mummy agak teruk. Mummy tak boleh bau wangi-wangi. Pergi kerja dah tak pakai perfume. Ayah pakai deodorant pun mummy rasa busuk jer. Muka pun kadang-kadng je cuci. Syampu rambut pun 2 kali seminggu jer. Mummy selalu tukar-tukar shower foam. Satu lagi alahan mummy, ialah mummy tak boleh masak. Dari awal pregnant lagi mummy tak boleh masak. Nasib baik mummy duduk dengan wan. Time raya pun mummy tak buat apa-apa. Nenek yang sediakan semuanya. Kesian jugak kat nenek. Nak kemas rumah, nak masak lagi...tapi nak buat macam mana mummy memang betul-betul tak larat. Nasib baik la baju raya memang mummy dan ayah nak prepare awal-awal lagi. Kalau tak memang tak beraya la kami. Raya tahun ni mummy dan ayah tak kemana-mana pun. Pergi rumah sedara mara 2 3 buah jer.

5 BULAN
Mummy masih mabuk lagi. Mummy dah dapat rasakan tendangan-tendangan kecil sayang...rasa macam tak percaya pun ada. Perut dah agak membesar. Tiap kali bangun tidur mesti mummy pegang perut. Mula terfikir betul ke dalam perut mummy ni ada baby.Mummy ngan ayah decide nak buat scan 3D. Excited nak tau jantina baby. Biasa la anak pertama kan. Ayah lagi excited. Kalau boleh ayah nak baby girl. Mummy plak tak kisah boy ke girl tapi kalau boleh biarlah boy. Dah terbalik kan....selalunya ibu yg nk girl & ayah plak nak boy. Tak kisah la kan janji anak mummy sihat. Tapi naluri mummy kata baby kat dalam perut mummy ni girl. Ada 1 klinik kat KS ni yg boleh buat 3D. Mummy ngan ayah pun buat appoitment. Tiba masanya mummy rasa sangat berdebar. Doktor tu baik sangat. Actually mummy tak nampak pun sayang mummy ni kat skrin sebab mummy baring. Ayah la yang seronok sangat bila doktor terangkan satu-satu pergerakan baby. Doktor kata sayang mummy ni aktif sangat. Bergerak je tangan & kaki sayang. Alhamdulillah sayang mummy ni girl. Hasil scan masa check up kat KK pun sama. 

6 BULAN
Keadaan mummy dah ok sikit. Makan makin berselera. Dah boleh masak sendiri, tapi mummy takde la masak sangat. Wan jugak yang masak hari-hari. Kalau balik rumah nenek je mummy rajin nak masak hehehe. Keadaan sayang pun ok takde masalah apa.

7 BULAN
Mummy kembali mabuk. Rasa sangat-sangat tak larat. Kembali muntah-muntah. Nasib baik masih boleh makan lagi. Yang tak laratnya pagi-pagi mesti muntah. Sangat tak selesa bila muntah dalam keadaan perut kita yang sedang memboyot. Terasa macam baby pun nak keluar sama. Muntah pun bukan keluar apa cuma air jer. Ye la perut kosong tak makan apa-apa lagi. Syukur sangat sebab mummy tak biasakan makan tengah-tengah malam. Walaupun ada jugak terasa lapar. Mummy lebih rela tido. Sayang mummy dah kerap bergerak diwaktu malam. Mummy nak tido pun dah tak selesa. mengiring kanan tak kena. Ke kiri pun tak kena. Mummy mana biasa tido terlentang. Terpaksa la tinggikan bantal. Tengah-tengahh malam kadang-kadang sayang mummy ni nakal sikit. Kejutkan mummy.Berat mummy pun naik mendadak

8 BULAN
Sayang dah tau jadual ayah balik. Kul 5pg je mesti sayang bangun. Kadang-kadang bunyi motor ayah je sayang dah bangun. Manja ayah betul la sayang ni. Mummy bahagia sekali bila ayah usap-usap perut mummy main-main ngan sayang. Kadang-kadang ayah yang pujuk sayang supaya tak tendang mummy kuat-kuat. 1 lagi rutin sayang bila mummy balik kerja. Sampai rumah je mesti sayang bergerak-gerak. Kadang-kadang berombak-ombak. Kadang-kadang sampai 1 jam sayang bergerak-gerak. Tiap-tiap hari ayah tanya sayang ada gerak ke tak...

9 BULAN
Mummy pergi check up 37 ++ minggu seperti biasa. Cumanya mummy ambik sesi pagi. Selalunya mummy ambik petang. Sebab mummy ingat pagi sekejap je. Mummy nak ajar pengganti mummy. Mummy pun cakap ngan ayah lepas klinik mummy terus pergi kerja. Nak ajar cepat sebab next weeknya mummy dah start cuti. Mummy nak ambik cuti seminggu awal. Sampai klinik check macam biasa, BP mummy tinggi. Nurse suh rehat 1/2jam. Pastu check lagi sama jugak result. Terus refer doktor. Doktor check sekalii lagi result tettap sama. Terus doktor call ambulan untuk anta mummy ke hospital....cerita seterusnya mummy cerita dalam pengalam melahirkan sayang yer...

Friday, May 10, 2013

Selamat kembali

Alhamdulillah saya kembali lagi setelah 2 bulan lebih saya meninggalkan blog ni bersawang. Baru nak cuci sikit-sikit ni.Alhamdulillah saya selamat melahirkan baby girl pada 1.3.2013 yang lalu secara normal. Nanti-nanti saya cerita pengalaman saya yer...sekarang ni tengah ambik mood lagi....