Setiap hari saya rindukan dia. Tak pernah sekali pun saya melupakannya. Ye saya rindu sangat kat abah. Abah muncul lagi dalam mimpi saya. Masa tu saya dalam pantang. Saya tak ingat dah berapa hari saya berpantang. Dalam mimpi saya tu hanya ada saya, abah dan adik saya yang sama-sama bersalin dengan saya. Saya tahu abah datang nak tengok cucu-cucu baru. Saya tak sempat nak ziarah kubur abah sebelum saya bersalin. Tapi saya tak pernah lupa untuk sedekahkan doa setiap hari. Saya tahu abah pun rindukan saya.
Saya bagitau mak pasal mimpi tu. Mak hanya minta saya sedekahkan Al-Fatihah untuk abah. Setelah saya bergelar ibu, saya baru saya tahu yang pengorbanan ibubapa memang tiada nilainya. Mereka nak yang terbaik buat anak mereka. Dulu abah selalu ingatkan kami supaya jangan lupakan ibubapa. Pengorbanan mereka membesarkan anak-anak demi melihat anak-anak berjaya. Walau susah, walau sakit, walau lapar, anak diutamakan. Saya sedikit terkilan sebab hanya sebentar saya dapat membahagiakan abah. Kalau boleh saya nak bawa abah berjalan-jalan lagi. Nak senangkan abah. Nak gembirakan abah.
Kesenangan sedikit yang saya berikan takkan sama dengan jasa abah membesarkan saya. Memenuhi segala kehendak saya...menceriakan kesedihan saya, melupakan kesusahan saya.....satu-satu kenangan itu bermain dikepala saya. Saya tau saya hanya boleh mengembalikan semua itu dengan kenangan sahaja. Selebihnya berdoa agar saya dapat bertemu abah di dalam mimpi.
Maaf saya terlalu emosi.....
No comments:
Post a Comment