Tuesday, May 14, 2013

"Ketenangan Saya"

AUNI FIRZANAH BINTI MOHD FIRDAUS
TARIKH : 1 MAC 2013
HARI: JUMAAT
MASA: 10.17 MLM
BERAT: 3.3 KG
HOSPITAL SG BULOH

AUNI = LEMAH LEMBUTKU, KETENANGAN, KETETAPANKU
FIRZANAH = PINTAR, BIJAK

Alhamdulillah bayi yang saya kandung selama 9 bulan selamat lahir pada hari Jumaat, 1 Mac 2013 jam 10.17 malam dengan berat 3.3 kg. Saya bersalin secara normal seperti mana yang saya inginkan. Alhamdulillah juga tiada apa-apa yang berlaku semasa proses kelahiran puteri sulung saya ini. Insya Allah saya akan ceritak pengalaman saya bersalin secara normal ini sebagai kenangan untuk saya dan juga sebagai panduan buat mereka-mereka yang dalam proses menunggu hari. 

"Auni Firzanah"...nama ni memang saya yang pilih. Memang saya nak (kalau boleh) anak-anak saya nanti saya nak namakan dengan huruf A. Dan kalau boleh tak nak panjang-panjang. Sebab tu saya tak letak Nur ke Siti ke kat pangkal nama. Ini pun dah kira panjang, tapi tak apa sebab saya nak kekalkan nama Firzanah untuk anak seterusnya. Kalau anak lelaki pun saya akan kekalkan satu nama mereka. (planning cam nak anak ramai jer kan) Ye...kalau boleh biar la lebih daripada tiga hehehehe...

Auni Firzanah, mummy harap Auni akan jadi seorang yang lemah lembut dari segi percakapan, perbuatan, tingkaj laku dan segalanya. Mummy mahu anak mummy ni akan tenang menghadapi segala ujian yang bakal dilalui kelak. Juga tenang menghadapi segala situasi. Mummy akan sentiasa berdoa agar Auni ditetapkan pendirian dan juga keimanan dalam diri Auni. Mummy & ayah mau yang terbaik saja buat Auni. Semoga Auni Firzanah menjadi anak yang solehah, dan kebanggaan keluarga seterusnya kepada agama dan bangsa.

No comments: