Alhamdulillah majlis aqiqah Auni & Rayyan telah selamat berlansung pada hari sabtu 25 Mei lalu. Majlis bermula pada pukul 9.30 pagi dengan bacaan tahlil & doa selamat. Diteruskan dengan marhaban kemudian cukur jambul dan diakhiri dengan dendang fatimah.
Segala persiapan berjalan lancar dengan kehadiran saudara mara dan jiran tetangga yang datang rewang sejak dari petang jumaat lagi. Memandangkan Jumaat tu cuti hari wesak maka sempatlah kami menyediakan segala persiapan.
Auni sebenarnya tak biasa tidur dalam buai tu. Buai tu Mak Lang yang bagi. Itupun sebenarnya buai anak Mak Ude. Kira turun temurun la. Auni tidur sekejap je dalam tu. Ingatkan lepas mandi, menyusu terus la dia tidur dalam tu sekali tak sampai 1/2jam pun kat dalam tu. Dah biasa tidur buai enjut-enjut.
Beria-ria mummy suruh mama hias buai ni. Sudahnye Hakim plak yang tidur lena dalam buai tu. Sian mama bertungkus lumus menghias buai & sediakan pelamin. TQ mama...
Pelamin yang simple jer. Ni pun last minit mama buatkan. Rayyan hanya duduk dalam portable rocker tu jer. Sepanjang majlis Rayyan sangat baik. Tido jer dalam rocker tu. Sampai la kumpulan marhaban tu mendendangkan dendang fatimah. Auni je gelisah semacam. Agaknyer kalau masuk dalam buai enjut-enjut tu confirm lena diulit intan.
Bahagia betul sikecik ni kalau dapat masuk buai enjut-enjut dia. Auni ni kalau lepas mandi pagi tu, menyusu masuk buai confirm tidur lena sampai kul 12.00-1.00 ptg. Jaga kul 10 or 11 untuk susu pastu tidur balik.
Ahli-ahli kumpulan marhaban yang sangat aktif. Mak pun ahli marhaban jugak. ni cuti sekolah ni banyak la jemputan yang diorang ni dapat. Pagi petang...nasib baik malam tak ada. Kalau ada sure lagi busy mak saya ni. Saya tak tahu la plak apa nama kumpulan marhaban ni. Setakat ni mereka hanya menerima undangan sekitar kampung saya je. Ye la duduk kampung je kan. Tapi tak tahu la kalau-kalau mereka ni ada menerima undangan di luar daerah ke....
Layan gambar je la yer...
Mereka-mereka yang merewang dihari tersebut |
lauk & goodies bag |
Acara cukur jambul dimulai dengan Rayyan |
Diikuti oleh Auni |
Rayyan with his mummy |
Wan pun potong jambul Auni gak |
Famili sebelah suami. Terima kasih sebab sudi datang |
Kami dihari bersejarah Auni |
Petang tu jugak ayah botakkan Auni |
Anak mummy dah gondol |
Disini saya nak ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga buat mak tersayang yang merupakan tonggak utama dalam menjalankan majlis tersebut. Dari persiapan makan, minum, kenduri, marhaban hinggalah majlis selesai. Saudara mara & jiran-jiran yang sudi meluangkan masa rewang kat rumah saya, terima kasih daun keladi kalau ada kenduri rewanglah lagi yer hehehehe....Mama yang sibuk-sibuk siapkan buai & pelamin [s]anganku musnah[/s] (last-last anak mama si Hakim tu yang tido dalam tu kan). Mak mertua & adik ipar yang datang sehari sebelum majlis untuk sama-sama rewang, sayang mak & adik muahhhh....muahhh... Famili sebelah suami yang sanggup luangkan masa walaupun banyak kenduri kendara time tu...
Alhamdulillah selamat semuanya.....
No comments:
Post a Comment