Tetiba plak dibulan puasa ni cerita pasal pengalaman berpantang plak yer. Bukannya bersalin dalam bulan ramadhan kan??? Saje je jer...Sebab saya rasa seronok plak masa dalam pantang. Penjagaan diri, penjagaan baby, makan dan sebagainya la.
Hari ke2 bersalin saya dah boleh balik rumah. Saya bersalin jumaat malam, sabtu dah discharge. Ambik masa jugak la kan nak settle bil, ambik ubat bagai kan. Pagi tu sebelum breakfast doktor scan perut saya nak tengok kot-kot ada benda yang tertinggal dalam rahim. Cebisan uri ke...Alhamdulillah semuanya ok. En suami sampai pun lambat gak la. Sempat lunch kat wad lagi. Menu lunch saya masa tu ayam masak lemak cili api ngan sayur apa tah saya pun tak ingat. Tapi masak lemak tu takde la pedas pun.
Pagi tu saya terskip breakfast sebenarnya. Tu yang bila time lunch saya makan macam kebulur je. Last makan masa lunch ari jumaat dalam kul 1 cam tu. Hampir 24jam la saya tak makan. Tengah-tengah makan baru saya terperasan yang saya ni baru bersalin. Maknanya saya dalam proses berpantang la kan..Boleh ke makan ayam. Tapi saya habiskan jugak sebab dah lapar sangat kan. hehehehe...pastu saya teringat sapa tah bagitau kalau kat spital makan jer makanan yang dorang bagi sebab dorang dah bubuh ubat dalam tu sebenarnya. Saya pun ok jer.
takde la begini menyelerakan ayam tu |
Settle semua dalam kul 2 kot kami bertolak dari hospital sg buluh. Singgah KS rumah mertua nak tunjuk baby. Jalan terkepit-kepit risau jahitan terkoyak. Dekat kul 4 camtu baru balik umah mak. Mak saya kan takde time ni tengah tengok adik saya yang jugak bersalin sama tarikh ngan saya kat hospital kajang. Baby dia ada masalah sikit so kena tahan wad lagi. Mak dah suruh makcik saya tunggu kat rumah. Dari pagi dok call saya billa nak sampai. Masing-masing dah tak sabar nak tengok baby. Saya pun pagi tu bila doktor cakap dah boleh balik terus la bagitau mak kan. Tak mahu la mak risau kalau saya kat wad lama-lama. Dah berbelah bagi plak orang tua tu nanti. So mak pun pagi-pagi dah inform makcik suh tunggu kat mah. Sian gak tunggu saya dari pagi. Nak buat macam mana dah urusan kat hospital tu lama. banyak kali gak mak pesan jangan lupa pakai stokin. Saya ikut jer...walaupun tak tahu apa sebenarnya fungsi stokin tu hehehe...
Dah sampai rumah maka bermula la fasa berpantang saya. Makcik dah siap sedia dengan segala macam daun-daun & rempah-rempah untuk mandi. Saya suka mandi air daun-daun ni sebab bau wangi jer. Rasa segar je badan ni. Petang tu saya dah start mandi air daun ni. Lepas siap mandi terus makcik saya tungkukan saya. Makcik bukannya bidan tapi bab penjagaan lepas bersalin ni memang tiptop la kalau dia yang jaga. Pastu makan nasi panas-panas. Satu pinggan penuh ok. Sayur rebus dengan tempe bakar. Saya ok jer makan makanan tu tapi dalam portion yang besar. Siap kena habiskan lagi, terkejut perut saya ok. Malam tu badan dah rasa sengal-sengal rasa lain macam jer.
Kebersihan Ibu
Pagi-pagi bangun mandi air daun lagi. Sepanjang berpantang memang mandi air daun ni 2 kali sehari la. Pagi ngan petang. Seminggu sekali makcik saya akan tukar ramuan. Air tu takde la 100% air rebusan. Campur la kan... Antara daun yang boleh dimasukkan yang saya tau je yer...daun serai wangi, daun lengkuas, daun pandan, daun inai, pucuk jambu muda, yang lain saya tak kenal pun hehehe..Bertungku pun kena buat 2 kali sehari. Pagi ngan petang. Mak saya kul 6.30 dia dah anta batu tungku kat dalam bilik saya. Tungku la jugak walaupun mata ni berat. Kadang-kadang terlelap gak tapi bila rasa batu tu lama kat perut ha hambik ko kan...
Kalau kat bandar beli siap yang ni je senang |
Makan
Minggu pertama breakfast saya hanya makan roti ngan susu or milo jer. Saya xmau makan nasi. sebab tak biasa ambik heavy breakfast. Ikutkan mak memang nasi panas-panas la kan..Minggu kedua dan seterusnya mak masakkan nasi goreng or bihun goreng. Seapkan dalam pantang makan nasi goreng ngan bihun goreng. Takde la ko letak udang, ayam bagaikan. Yang basic-basic jer, bawang ngan ikan bilis jer. Minyak pun letak la sikit jer. Pastu ada la kuih-kuih yang dah boleh makan. actually boleh jer kalau nak makan roti jer. Tapi jemu kot 44 hari berpantang makan roti jer.
ikan haruan baik untuk mempercepatkan luka bersalin |
Untuk lunch ngan dinner biasa la...nasi panas, sayur air, ikan goreng/bakar. Mak selalu masak lobak putih sebab nak banyakkan susu. Lauk plak selalunya ikan gelama, ikan cencaru, tempe, ikan haruan. Kadang-kadang ikan ni mak masak sup. Macam ikan haruan, ikan merah ataupun masak rebus halia. So far makan saya takde masalah sangat. Boleh lagi menahan tekak nii makan makanan sume tu. Lagi-lagi lobak putih tu sedap jer. Setengah orang tak suka makan lobak putih kan...
manjakani |
Yang saya tak boleh blah kena makan buah manjakani ngan pucuk betik. Pahitttttttttttt woiiii.........Pucuk betik tu boleh la lagi. Tang manjakani tu......perggghhhhh........seb baik la benda tu susah nak dapat. Mak kata dapat makan sikit pun jadi la. 2 biji pun hazap wei nak makan. Nak tau camne saya makan. Saya bungkus-bungkus ngan nasi pastu saya telan. Itupun terasa lagi pahitnya....
Jamu
Untuk jamu plak saya beli set Mak Bidan. Dalam tu ada pati herba, pilis & param, krim panas, kapsul jamu, minyak telon, tungku herba, perawan herbal wash free mandian herba.
Jamu ngan pati herba tu habis saya makan. Jamu sekarang semua dah dikapsulkan so senang nak makan. Pati herba tu sedap tak pahit manis-manis gitu. Nak dibandingkan dengan pati herba traditional yang mak saya beli. Saya makan separuh botol jer yang lain mak saya habiskan hehehehe. Param ngan pilis tu dia cam bedak sejuk senang nak guna. Minyak telon ofkos saya guna untuk baby. Sapu kat perut, belakang ngan tapak kaki dia. Tungku herba saya guna untuk tungku tangan, badan sikit-sikit jer sebab saya lagi suka guna batu tungku traditional yang berat tu. Tungku herba ni dia just kukus jer pastu cepat sejuk. Krim panas saya tak guna. Saya guna krim panas jenama lain. Perawan herba wash plak ada la saya guna 2 3 kali jer sebab saya rasa tak sesuai dengan saya. Jamu saya makan lepas baby saya sihat daripada jaundis sebab nurse pesan jangan makan jamu dulu. Tu pun kadang-kadang saya skip gak hahahahaha.
Bertungku
Bab bertungku untuk minggu pertama makcik saya yang tungkukan. Guna batu sungai jer. Panaskan atas dapur gas jer. Pastu bungkus dengan daun menkudu baru bungkus guna kain. Dia akan tungkukan dari perut sampai hujung kaki. Lepas 2 minggu saya dah pandai tungku sendiri. Saya tak ada buat bertangas. Saya just duduk atas batu tungku tu jer untukk mengeringkan luka bersalin tu. Caranya duduk cam duduk antara 2 sujud pastu letakkan batu tu kat b**t*t. Itu jer...
Urut
Mak dah tempah tukang urut untuk saya ngan adik. Mak suh dia datang bila
adik saya dah balik rumah. Senang boleh urut sekali. So pagi ahad tu
nenek yang urut saya. Sebab saya bagitau badan saya ada sakit-sakit
malam tu. Nenek dulu memang urut orang bersalin. Sekarng ni jer dah tak
larat. Boleh jer kalau nak suruh nenek urut tapi mak kesiankan nenek.
Lepas urut baru la saya rasa lega.Urut saya ambik untuk 7 hari, urut satu badan. Sedap makcik tu urut. Dia sengkak pun tak sakit sangat. Makcik tu siap tanya lagi dah buang air besar ke belum. Ye la 1st dia urut dah masuk 4 hari saya bersalin tapi saya masih belum buang air besar lagi. Ngeri kot nak g b*r*k. Kang tak pasal-pasal terkoyak balik jahitan bersalin tu, dh kena jahit semula. Tidak la.....saya rasa semua orang yang bersalin normal memang takut nak buang air besar. Tu yang jadi sembelit tu. Sebab tu dinasihatkan cepat-cepat buang air besar & minum air banyak-banyak untuk melawaskan sistem penghadaman kita. Tapi tak pe sebab sekarang ni dah ada ubat melembutkan najis kat farmasi. Cakap je nak ubat lembutkan najis. Ni pun makcik urut tu yang bagi tau.
baby pun nenek saya urutkan juga tapi xde la kuat-kuat |
Penjagaan Baby
Penjagaan baby semua mak saya uruskan. Baby saya kena jaundis tapi tak teruk. Saya just pergi klinik kesihatan untuk ambik darah jer. Kerap bagi baby susu. Kalau dapat breastfeed lagi bagus. Macam saya susu malu-malu nak keluar so saya terpaksa campur dengan FM. Baby yang kena juandis memang kerap tidur. Sekurang-kurangnya 2jam sekali kena susukan baby. Kalau baby tak bangun jentik tapak kaki dia. Ni nurse kat KK tu yang ajar. Tak payah nak jemur-jemur baby. Kerapkan susu je. 1st week mak mandikan pakai air suam jer, takde syampu takde sabun apa-apa pun. Bedak pun kadang-kadang jer pakai. Tapi baby tetap wangikan. Sebab bau baby adalah bau disyurga(saya pernah baca kat mana tah...)sebab tu sume orang suka cium baby kan...Minyak telon kena sapu takut baby kembung. Baby saya alhamdulillah takde kembung. Sebab dia suka kentot. Dah la kentot besar cam orang besar jer. Kalau saya makan jamu lagi berderet-deret dia kentot. Tido pun leh kentot hahahaha...tali pusat kena jaga rapi sebab dia belum kering lagi. Hospital akan bekalkan ubat cuci tali pusat. Baby saya dalam 2minggu jugak la nak tanggal tali pusat.
Tidur
Apa yang saya suka masa berpantang ni ialah saya boleh tido hehehe. Baby tido saya pun tido tak kira la bila-bila pun. Ada kawan saya mak dia tak bagi dia tido siang masa dalam pantang. Mak saya ok jer. Siap suruh tido lagi. Mak kata kalau baby tido, saya pun kena tido. Sebab kan ada baby yang tak tido malam. menangis malam-malam. Dah kalau ibu tak tido siang, malam baby nangis nak kena jaga plak bila masa kita nak rehat kan. Bukan ke masa berpantang tu kita kena rehat secukupnya. Baby saya memang kerap nangis malam-malam. Kadang-kadang stress jugak. Sebab tu kita perlukan tidur yang cukup. Mak saya yang tak cukup tidur. Sian mak...ye la kalau baby saya tak nak tidur nangis-nangis mak yang dodoikan sampai baby tertidur. Besar betul pengorbanan mak kan...
Bengkung
Saya menggunakan bengkung traditional yang panjang berjela-jela. Bengkung moden pun saya pakai jugak. Tamak betul kan saya ni. Tapi ibukan saya beli pun. Sume tu mak mertua ngan kakak ipar saya yang punya. Saya lagi suka pakai bengkung traditional. Sebab bila ikat tu memang betul-betul ketat. Nak jalan laju-laju pun tak kisah. Tapi selalu la kena marah sebab jalan laju-laju. Serius tak risau kalau nak berlari pun boleh (melampau sangat) Rasa selesa sangat. Bengkung moden saya pakai bila saya nak ke klinik jer.
Pakaian
Sepanjang berpantang saya hanya pakai t-shirt ngan kain batik saje. oh ya stokin ngan bengkung juga. Tak panas ke pakai stokin siang-siang???? Panas memang la panas. Dah nama pun berpantang kan. Bukan la lama pun 44 hari jer. Kadan-kadang buka juga waktu tengahari tu. Tapi malam wajib la pakai yer takut masuk angin plak.
Itulah sedikit sebanyak pengalaman berpantang saya. Saya tak rasa pun benda ni menyusahkan malah saya seronok melakukannya. Bukan lama pun. Ini untuk kesihatan kita jugak. Time ni la kita nak rehat sepuas-puasnya. So wanita-wanita diluar sana gunakanlah masa berpantang ni sebaiknya yer. Tak rugi kalau kita ikut betul-betul sebab hasilnya sangat memuaskan. Kita akan rasa happy sebab badan kita cantik, lemak dah takde, stress pun hilang, lagi-lagi ada baby. Lepas pantang kita nak kena back to normal. Jaga baby, jaga suami, nak kerja lagi, uruskan rumahtangga lagi. So encik2 suami sila la faham yer. Bagi masa kat puan-puan isteri ni berehat yer. Inilah masa yang paling sesuai untuk isteri berehat.
3 comments:
Dalam banyak-banyak gambar tu, aku cuma aim ayam masak lemak jewww...boley??
dah jgn nk ngengada k, br kul 10 ko dh tbayang mknn yer
Cam ngada lak baca
Post a Comment