Friday, September 13, 2013

Food Feeder

Dah lama sebenarnya dok mencari food feeder ni. Eh jap nak google gamabr food feeder ni.

Ha camtu la food feeder tu. Leh letak buah, sayur ke bagi baby gigit-gigit. Since Auni dah suka menggigit ni saya memang tercari-cari la benda alah ni. Selama ni saya bagi dia gigit puting jer. Auni kan tak suka sangat ngan puting. Kejap je la dia gigit pun. Suka sangat nak gigit jari saya. agaknya nak tumbuh gigi kot.

Saya try gugel cari benda ni sebab kawan saya kata susah nak dapat. Tak sure plak kat anakku ada ke tak tapi cam tak penah nampak pun. Kat OneBabyWorld pun takde. So kita beli online saje la cara terbaik. Ada 1 kedai kat seksyen 19 tapi kuasa nak drive pergi s.alam semata nak cari benda ni. Dah la zaman bila nak sampai kesana. Kat Puchong pun ada tapi en suami bukannya kaki jalan. So kita guna hujung jari je la.

Cari punya cari ada la jumpa satu website ni ada jual. Murah daripada yang lain so saya pun beli la. Pendekkan cerita (sakit hati nak cerita) saya dah kena tipu kot. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai barangnya. Eeee...sakit hati sampai sekarang. Walaupun tak sampai RM50 tapi kalau dah 10 orang yang kena dah RM500 kan. Bila contact takde respon plak. Bagi saya RM50 tu banyak ok! Duit minyak saya seminggu tau!

Entah macam mana last week masuk kedai world of baby kat kuala selangor saje la tanya ada rupanya. Kalau tahu lama dah saya beli. Dia ada yang kecik ngan yang besar. Yang kecik tu sesuai untuk 6-12 bulan. yang besar tu untuk 12-24 bulan. Suke...suke..suke...terus beli. Harga kalau tak silap RM14 je kot. Tak pun dalam belas-belas jer...kalau kat kidsmebaby.com harga dalam RM30. Nak tahu selanjutnya gugelyer.

Food feeder ni sesuai untuk baby 6bulan keatas. 6 bulan kan baby dah boleh makan so boleh la nak bagi dia rasa-rasa buah-buah. Setakat ni saya bagi Auni kurma je. Suka sangat dia gigit benda tu. Jom layan gambar

Auni dan food feedernya

Amboi bukan main suke yer sampai bulat biji mata

Kakak Zati yang rajin melayan karenah Auni






No comments: