Minggu lepas tak balik umah mak. Balik sebenarnya tapi kejap jer. Balik ambik baju jer sebab last week kitorang pergi rumah abang ipar kat ipoh.
Selalu memang tiap-tiap minggu balik umah mak. Tak pun jalan-jalan ngan mak. Jalan la sangat kan padahal pergi umah makcik ke umah adik badik ke...tak kisah la janji dapat jumpa mak. Ni dah tak sabar nak tunggu weekend. Tapi mak seminggu kat mah adik kat s.alam. Tak tahu la balik ari apa
Hari biasa mak saya duduk dengan abang. Weekend abang pergi jumpa wife dia kat s.alam. PJJ la katakan. So weekend memang saya dah buat perjanjian sejak "aku terima nikahnya" dengan en suami nak balik umah mak. Memandangkan saya duduk dengan mak mertua sekarang ni so perjanjian itu diterima pakai. Sejak kawen camni la life kami. Mak sorang. mak mertua pun sorang. Itulah pun rutin saya tiap-tiap minggu. Kalau tak petang jumaat pagi sabtu saya balik umah mak. Kalau en suami keje sabtu, tengahari or sabtu petang baru sampai rumah mak.
Nak berjalan-jalan tu jarang la. Nak kuar-kuar tengok wayang ke, main boling ke, jumpa kawan-kawan ke memang dah jarang sangat la. Masa banyak dihabiskan dengan mak or mak mertua. Memandangkan saya jer yang dekat dengan mak selain abang. Sementara mak kita ada kan, apa salahnya. Tak mau la menyesal kalau terjadi apa-apa nanti. Walaupun sekarang ni nampak mak sihat lagi, tapi dalaman mana kita tau kan. Mak-mak kan suka nak tipu kita bab-bab kesihatan ni. Bila kita tanya mesti mak akan jawab sihat kan??? padahal time tu dia demam. Dah sah-sah la kita tau kan kalau orang demam
Tu belum lagi bab dia sakit kaki ke...lenguh-lenguh tulang ke...terseliuh ke...jatuh bilik air ke...tau-tau jer kita balik kaki dah berbalut. Tak pun malam-malam sapu minyak angin. Mana nak bagitau kat anak-anak. Kita pun camtu la agaknyer bila dah tua nanti kan...
Mak mertua pun duk sorang. Lagipun en suami ada kerja kat area sini. Kerja tetap kat s.alam. Dia sanggup ulang alik tiap-tiap hari. Dia lagi besar tanggungjawab sebab anak lelaki kan. Kitorang masuk mula-mula nak beli umah pun banyak kali berfikir. Cari umah yang dekat ngan mah mak mertua. Senang nak tengok-tengok. Mak mertua pun tak la kuat sangat. Selalu gak sakit-sakit lutut. Tapi tetap gak nak panjat-panjat kerusi simpana barang tempat tinggi-tinggi.
Agak-agak apa yang best nak buat weekend ni. Selalu balik lepak-lepak kat umah jer. Mak pun kalau weekend banyak jer aktiviti dia. Kenduri kawen banyak kan tiap-tiap minggu. Nak merewang lagi, jemputan kawen lagi. Dengan kumpulan marhaban lagi. Tak kisah la janji saya dapat tengok mak depan mata & tau mak baik-baik aje & happy dengan apa yang dia lakukan...
No comments:
Post a Comment