Wednesday, February 5, 2014

Jalan-jalan ke Pahang

Ceritanya bermula bila mana mak mendapat undangan perkahwinan sedara mak yang duduk di Pahang. Pahang kat area Bentong. Actually dalam daerah Temerloh. Mak excited nk pergi sebab kitorang penah duduk situ dulu. Lebih kurang 12tahun. Di situ jugak lah saya ngan adik=adik perempuan saya dilahirkan. So kitorang pun excited sekali. Ye saya anak felda. Felda Lakum. Seronok bila teringat kenangan masa kecik-kecik dulu. Pergi ladang tolong mak abah kutip getah sekerap.

Saya pun dah bagitau en.suami awal-awal lagi. 2 3 kali sound dia jgn lupa tarikh 1 feb tu. Kang dia buat2 lupa naya je...

Saya ngan adik bertolak 1 kereta dari Bukit Subang jam 9 pg. Mak ngan abg 1 kereta gerak dari kampung. Adik kat kajang 1 kereta. Plan nak jumpa abang kat gombak pastu terus jumpa adik yg dari kajang tu kat bentong. Last-last 3 3 jumpa kat tol bentong. Sampai umah pengantin kul 12 gam-gam terus makan. Gambar takde yer sebab masing-masing dah kebulur so perut diutamakan.

Malam tu kami stay kat homestay kat bentong. Adik ipar yang carikan. Alhamdulillah sume ok. Rumah pun cantik. Double storey ada 4 bilik 3 bilik air. Lengkap dengan peralatan dapur. Rice cooker, kettle, periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, sudu, cawan sume ada la. Petiais ngan mesin basuh pun ada. Terbaik la homestay ni. Saya terlupa nak snap gambar. Ni saya copy paste dari mudah.my yer...






HOMESTAY / RUMAH TAMU IMPIAN BENTONG

di alamat :
No.626, LORONG 25,TAMAN BENTONG MAKMUR, BENTONG,PAHANG

Tel : 017-7033906 (En. Rizal)
012-4521779 (Pn. Aishah)

Rumah Penginapan Untuk Majlis Perkahwinan, Bercuti, Berkursus, Kem, Santai, Temuduga atau sebarang aktiviti lain

(Muslim sahaja)

Kemudahan :

1. Rumah teres 2 tingkat (N lot) mempunyai 4 bilik tidur, 3 bilik air,
disediakan peralatan mandi & 2 dapur (kering & basah)

Bilik 1 - katil kelamin saiz King (aircond)
Bilik 2, 3 & 4 - katil kelamin saiz Queen (kipas)
Setiap bilik dilengkapi dengan almari dan tempat penyidai baju.

2. Ruang tamu
(aircond, kipas, sofa, tv, astro, bacaan majalah dan novel, karpet)

3. Ruang dapur dengan peralatan memasak
(peti sejuk, mesin basuh dan kabinet, kelengkapan memasak, sudu,
pinggan, mangkuk, periuk, cerek, jug, gelas, cawan, kuali dsb..)

4. Meja makan untuk 6 orang

5. Seterika dan iron board

6. Lot parking ( 2 lot dalam pagar & 2 lot tepi rumah)

Kadar Bayaran : (Tetap)

Kadar Sewa Harian/Semalam
Hari Biasa /Hujung Minggu - RM250
Hari Cuti Umum - RM270

Max : 10-14 orang

Kaedah Bayaran :
Untuk Confirm, sila sms / call dan check tarikh dan
bank-in deposit sebanyak RM100 dahulu.
Selepas bayaran deposit,barulah tarikh akan terus dibooking.

Lokasi :
4 minit perjalanan ke bandar bentong.
20 minit perjalanan ke Bukit Tinggi Resorts, Selesa Hillhomes,
20 minit perjalanan ke Felda Lurah Bilut
30 minit perjalanan ke Felda Mempaga dan Kg. Lebu
30 minit perjalanan ke Kg. Janda Baik dan Genting Highlands
40 minit perjalanan ke KL,

Boleh tengok, survey rumah dulu...
Check In : 2.00 p.m
Check Out :12.00 p.m

Sebarang pertanyaan :(call / sms)
017-7033906 (En. Rizal)
012-4521779 (Pn. Aishah)

“Kepuasaan Anda, Keutamaan Kami” 



1 comment:

Unknown said...

salam puan
i nk tnya blh bbq tak?