Kami bermalam di Rumah Tamu Impian 1 malam je. Pagi tu sebelum check out kami potong kek birthday mak dulu. Happy birthday mak! Sayang mak selamanya
Masa mula-mula plan nak g Pahang ni tak teringat pun birthday mak. ye la plan bukan main lama lagi. Dari tahun lepas. Tu pun bulan 12. cam lama sangat nak sebut-sebut tahun lepas kan...Pastu tengok-tengokk tarikh eh..eh...kena plak ngan besday mak. cantik la tu. So saya pun memulakan planning muahahahaha (eh ni plan baik xmo gelak jahat-jahat)
Plan punya plan maka jadi la jalan-jalan Bukit Tinggi. Dah kitorang stay kat Bentong so ke Bukit Tinggi je la. Nak ke Genting tak syok plak sebab bawa baby ngan mak kan. Nak santai santai jer.
Nak masuk ke Colmar Tropicale tu dikenakan bayaran masuk sebanyak RM12 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak. Waktu kitorang pergi tu CNY kan so ramai la. Cuaca pun tak berapa nak sejuk sangat. Kami sampai atas tu pun dalam pukul 12 t.hari. Lepak-lepak depan. Tak de apa aktiviti pun just ambik-ambik gambar kat bangunan-bangunan tu jer. Feeling-feeling kat ober c la...Bayaran ni termasuk la Colmar Tropicale, Japanese Village & Botanic Garden.
Makanan kat sini agak mahal yer. So kami memang dari awal lagi nak membawa bekal untuk dimakan kat atas sana. Ala bawa sandwic yang bekpes pagi tu je ngan jajan-jajan jer. Dah jalan-jalan tu mesti la lapar kan. Tapi kalau keadaan poket korang memang tebal so xde masalah la nak makan-makan kat sana kan. Sesekali apa salahnya. Cam kitorang memang dah niat nak bawa bekal (ecececece cover nampak hahahaha)
Aduh cam malas plak nak taip. Layan gambar jer la yer...
|
Mak & cucu barunya Amani |
|
Auni plak yang lebih-lebih |
|
Auni jeles mummy duk sebelah ayah |
|
Auni muka penat |
|
Excited kanmain |
|
Dengan nenek juga |
|
Duck tu plak yang lebih-lebih...Auni time ni dah kelaparan |
|
Nanti minta ngan ayah yer |
|
Budak yang tak takut pun ngan angsa tu |
Dah malas nak letak caption. Semoga mak berpuas hati dengan cuti-cuti ni.Mak tak tahu pun kitorang nak bawa mak jalan-jalan. Surprise katanya. Kebetulan mak pun free so ok la kan. Lepas ni tak tahu bila lagi nak jalan-jalan camni. time tu mesti Auni dah pandai jalan. Tak la penat sangat nak mendukung dia. baru la best kan...
No comments:
Post a Comment