Friday, February 7, 2014

Taman Botani Negara Shah Alam@Bukit Cahaya Seri Alam@Bukit Cherakah

Cuti-cuti hujung minggu ni korang g mana? Saya duk mah jer sebab last week dah berjalan ke Pahang. Apa kata korang pergi Taman Botani Negara Shah Alam. Taman Botani Negara Shah Alam dulunya dikenali sebagai Bukit Cahaya Seri Alam ataupun Bukit Cherakah.Ianya terletak di Seksyen 8 Shah Alam.

Bayaran masuk adalah RM3 bagi dewasa & RM1 bagi kanak-kanak dan warga emas. Parkir pula RM3 yer.Antara tarikan taman botani ni ialah taman haiwan, taman hiasan, rumah iklim sederhana empat musim, taman rempah ratus, taman kaktus, taman buah-buhan tropika.

Selain tu kat sini korang boleh gak membuat aktiviti perkhemahan, berbasikal mengelilingi taman, dan bagi yang sukakan aktiviti lasak boleh la try skytrek. Bayaran dikenakan bagi setiap aktiviti ni yer.

Untuk maklumat lanjut boleh la korang terjah website dorang

Aritu saje saje jer bawa mak g sini sebab masa tu nk tengok salji jer hehehe. Pergi pun dah tengahari. So layan gambar je yer

Pergi sini semata-mata nk masuk rumah 4 musim ni jer. Padahal banyak lagi aktiviti boleh buat, cumanya Cik Auni kecik lagi so agak terbatas la. Tak pe lain kali leh pergi lagi kita round-round naik basikal plk.


No comments: