Showing posts with label Breastfeed. Show all posts
Showing posts with label Breastfeed. Show all posts

Wednesday, May 14, 2014

Kembali ke rutin lama

Lama tak la lama sangat. Baru 2 bulan rasanya. Tapi sblm ni mmg jarang dapat buat pun waktu mlm. Kalau sempat je saya buat.

Rutin apakah itu?? Sebenarnya saya cuba untuk mengepam susu kembali. Susu masih keluar. Cumanya xla semeriah orang lain. Memang sebelum ni pun susu x berapa meriah tapi saya still pam kat opis. Selepas Cik Auni setahun susu saya makin kurang.

Selalunya saya akan pam 3 4 kali di opis. Dengan selang masa 2 3 jam. Tak pernah miss. Tapi mungkin rezeki memang setakat itu saje.

Malam memang tak sempat nak mengepam sebabnya Cik Auni akan melekap je. Dia akan lepaskan bila dia betul2 lena. Itupun paling lama 2 jam je kot. Pastu dia cari lagi & memang susah nak lepas.

Kenapa saya try untuk mengepam semula. Sebab Cik Auni kerap selsema skrg ni. Sebelum umur dia setahun dia jarang kena flu & demam. Skrg ni blh dikatakn 2 minggu skali dia kena flu. Macam-macam cara saya dah usahakan.

Entah macam mana saya boleh terfikir nak mengepam semula wktu siang masa saya bekerja. Saya mulakan dengan malam ni. Tapi baru je dapat 10 minit Cik Auni dah jaga mencari nenen. Camne nak buat power pumping ni.

Semoga saya diberikan kekuatan..

Thursday, April 17, 2014

Petua/amalan/supplement untuk banyakkan susu

Assalammualaikum.......

Hari ni rajin plak saya nak menulis entry panjang-panjang. Sebenarnya auto publish je pun. Buat sikit-sikit simpan dalam draf. Mana la tahu kan tips ni berguna pada readers semua. Senang kan sekarang. Nak apa je google je. Ramai yang baik hati nak berkongsi macam-macam. Kongsi ilmu (tak kira la ilmu apa pun) kongsi resepi, kongsi pengalaman, kongsi tips dan macam-macam lagi la.

Apa yang saya nak kongsikan ni adalah dari pengalaman saya sepanjang saya menyusukan Cik Auni. Saya harap semoga perkongsian ni sedikit sebanyak akan dapat membantu ibu-ibu or bakal ibu yang nak menyusukan bayi mereka. Tapi saya nak tekankan disini semua ni adalah bergantung kepada penerimaaan diri masing-masing.

Ok jom kita mulakan. Yang pertama adalah niat untuk menyusukan bayi tersebut. Bila dalam hati dah tersimpan niat so automatik kita akan cari/usaha untuk mendapatkan ilmu seberapa banyak yang mungkin. Memandangkan Cik Auni adalah anak pertama saya & saya takde pengalaman lagi jadi masa tengah pregnant tu la saya cari info banyak-banyak mengenai penyusuan bayi ni. Search kat internet, minta pendapat famili terdekat, korek pengalaman kawan-kawan banyak lagi la. Nak bestt lagi ajak en suami cari maklumat sama-sama.

Ilmu penyusuan ni terlalu banyak. Saya tak nak cerita kat sini kang dah lari tajuk plak kan...Semasa dalam pantang mak saya akan masakkan lobak putih. Rasanya semua orang akan makan sayur ni kot dalam pantang. Dulu saya macam pelik kenapa tiap kali makcik saya bersalin mesti makan sayur lobak putih ni. Bukannya sedap pun. Rupanya lobak putih ni salah satu milk booster. Bila dah rasa sedap je. Tu la orang kata tak kenal maka tak cinta kan...


Sedap gak kalau buat sup kan...
Sebenarnya dari dalam pantang lagi mak kita dah bagi makanan yang merupakan milk booster. Selain daripada lobak putih ni, pegaga, jantung pisang, pucuk betik juga adalah penggalak susu. Cumanya siapa yang tak tahan pahit tu memang susah sikit la nak makan ulam-ulaman terutamanya pucuk betik tu. Selalunya pucuk betik dengan jantung pisang tu direbus. Ni kalau cicah sambal belacan memang perghhhh terangkat. Dalam pantang jangan makan tau!!!


Pegaga plak kalau dah boring mak akan blend minum airnya. Sedap jugak. Mak rajin kalau pegaga banyak kat rumah nenek memang dia rajin buat jus pegaga. Letak air batu minum waktu panas. Sedap weiii.....

Saya tak bernasib baik sebab susu lambat keluar. So saya bagi tau tukang urut yang mengurut tu. Tapi biasanya tukang urut tu memang akan urut breast untuk lancarkan air susu. Masa tu ada bengkak sikit. Lagipun saya ada masalah inverted nipple. Selain tu sebelum menyusukan bayi boleh jugak urut-urut breast tu 2 3 minit.

Menyusukan bayi ni kita akan rasa cepat lapar dan haus. Air kena minum banyak. Masa saya berpantang haritu cuaca memang panas. Kena ada air satu bekas kat tepi saya. Kalau tak memang saya malas nak minum hehehehe...jangan ikut perangai saya ni yer. Air memang kena minum banyak. Sekurang kurangnya 3-4 liter air sehari.

Siapa-siapa yang ambik set bersalin shaklee memang kena minum air yang banyak. Saya guna jamu biasa je. Makan jamu pun kena minum air banyak yer. Sebab jamu kan panas. Saya ambik jugak produk shaklee ni. Alfafa, ESP, Vit-C, B complex, Vita-lea. Ni pun salah satu usaha saya untuk banyakkan susu.

Produk yang sangat terkenal sekarang ni
 Memandangkan selepas 2 minggu susu saya masih segan nak kuar saya try kaedah mengepam. Saya kerapkan mengepam. Seminggu pam kuar 2 3 titik jer. Sebelah yang inveted langsung tak keluar. Macam dah putus asa, tapi fikir kalau orang lain boleh kenapa kita tak boleh. Tu pasal saya kata niat tu yang penting. Bila kita dah niat nak breastfeed kita akan usaha walau susah macam mana sekali pun. 1 yang saya belajar adalah supply vs demand. Lagi kerap kita susukan baby lagi banyak susu akan keluar. Lagi kerap kita mengepam lagi banyak susu akan terhasil. Bila susu dah keluar (masa tu tak banyak lagi) malam saya tak bagi dah fm pada anak. So malam memang saya direct feed jer. Alhamdulillah berhasil.

Susu saya memang cukup-cukup jer. Bila naik kerja memang takde stok pun. Ada pun cukup-cukup jer. Saya pam hari ni stok untuk esoknya. Alhamdulillah saya dapat support dari rakan-rakan kat office. Memang ada officemate yang tengah mengepam jugak waktu tu. Dari dia lah saya dapat semangat. Rakan-rakan lain pun sangat-sangat memahami. Emosi masa mengepam kena jaga. Ye la kita kerja mesti ada tekanan kan. Kadang-kadang kena marah dengan bos, kadang-kadang nak kejar dateline so kena pandai-pandai mengawal emosi. Emosi memainkan peranan yang sangat besar dalam proses penyusuan ni. Oh yer lagi satu jangan skip pam.

Ada sorang officemate ni jual cheese cake meleleh. Bila dia makan susu meriah sangat. Seronok je saya tengok. Saya pun ada try gak. Tapi tak kena dengan saya. Kalau adik saya dia minum horlick. Saya ada jugak minum. Selalunya saya ambik milo campur dengan ESP. Kalau bosan tukar vico+ESP. Kadang-kadangg saya minum susu Anmum Lacta.




Ada juga saya buat air longan kering. Sedap kalau minum suam-suam. Campur dengan kurma merah. Tak pun campur dengan barli. Beli je kat giant or tesco. Kalau macam malas sangat saya beli je yang instant. Tuang je dalam air panas. Sedap jugak. Kalau terlebih rajin plak saya buat laici kang. Boleh jugak sejukkan badan. Tapi jangan la letak ais plak yer. Eh tapi ada je kawan saya minum ais ok jer. Kalau baby tahan boleh la yer.
Instant red date & longan tea
Ada orang kata halba pun boleh banyakkan susu. Saya pun cuba jugak halba ni. Saya rendam 1 sudu kecik halba dalam secawan air panas. Biar sampai dia suam baru saya minum. Rasa memang tak sedap la kan. Boleh jugak dicampur dalam nasi. Maksudnya masa masak nasi tu campurkan sedikit halba ni. Tak de la rasa yang pelik-pelik kan...tapi saya nak campur camne dah kalau balik keje je makanan dah terhidang atas meja. Ai kan menantu hantu yang baik hehehehe...takde la. Saya bertuah sebab duduk dengan mak mertua yang memang sangat rajin memasak. Dan dia tak kan biarkan menentu hantu dia ni kelaparan...wah gitu.....

ni la rupa halba. boleh didapati di giant/tesco kat bahagian rempah-rempah tu
Habbatus sauda dalam bentuk soft gel
Seperti yang kita sedia maklum habbatus sauda banyak kebaikkannya. Salah satunya melancarkan air susu ibu. Saya makan ni 2 kali sehari. Pagi dengan malam. Ni pun salah satu ikhtiar saya jugak. Kalau serasi dengan badan Insya Allah ianya membantu untuk membanyakkan susu ibu. Saya pun sebelum ni tak tahu juga. Bila ada sorang kawan ni sarankan makan makanan sunnah ni apa salahnya saya cuba kan. Banyak lagi manfaat lain selain melancarkan susu ibu. Sekurang-kurangnya ia memberikan kebaikkan kepada tubuh badan saya jugak.

Harga pun tak mahal. Dalam RM10-RM15 sekotak. Dalam tu kalau tak silap saya ada 30 biji. Boleh didapati di kedai-kedai jamu. Saya beli hari tu dekat kedai kurma area Kuala Selangor. Sambil-sambil tu saya boleh beli kurma dengan kismis. 

Packaging dalam bekas camni senang kan...
 Dulu masa duduk Shah Alam senang nak beli kurma ni. Kat tesco tu ada kiosk yang jual kurma. Sejak anak dara lagi memang kurma sentiasa ada sebagai kudap-kudapan saya. Bila duduk kg ni susah sikit la nak cari kurma. Selalu kirim kat En Suami je. Sekarang dah ada kedai jual kurma kat Kuala Selangor senang la sikit. Macam-macam ada kat situ. Makanan sunnah air zamzam, kekacang, kismis semua ada.

Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya. Camtu jugak saya. Ikhtiar saya yang tseterusnya dengan mencuba Qaseh Gold. Rasanya ni produk baru dipasaran. 

Qaseh Gold Adinda
Minuman qaseh ni adalah campuran makanan sunnah macam kurma, madu, Za'faran, Habbatus sauda, buah tin, buah zaitun, air zamzam, dan juga beberapa herba tradisi. Semua dalam satu botol ni. Senang dah tak payah susah-susah nak makan madu, kurma, habbatus sauda asing-asing. Ambik ni 2 sudu pagi ngan 2 sudu malam. Insya Allah....Rasanya sedap manis. Tapi bagi saya macam agak manis. Yela dalam tu kan ada madu pastu kurma lagi. Tapi saya telan gak la. Selain memperbanyakkan susu, ada orang amalkan qaseh nii sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat. Selain untuk kesihatan la. Tu dah memang la kan. Kita pun sedia maklum yang makanan sunnah ni adalah untuk kesihatan tubuh badan kan.

Ermmmm apa lagi yer yang saya buat????Oh kawan saya bagi tips. Katanya masa mandi cuci la cik b tu dengan berus gigi. Yang paling halus yer...Kang sakit plak cik b tu. Ye la mana la tau kot-kot tersumbat ke. Urutan juga membantu yer...patut la masa mak saya susukan adik bongsu dulu (masa tu saya sekolah lagi) mak akan urut-urut dulu sebelum bagi cik b kat baby. Ianya melancarkan pengaliran air susu tu.

Selain dari usaha-usaha berikut jangan lupa perbanyakkan berdoa. Kita hanya berusaha, yang menentukan Allah. Allah juga adalah perancangan yang terbaik.


Semoga apa yang saya kongsikan ni akan dapat membantu mommies kat luar sana. Saya rasa ni jer kot petua-petua, amalan yang saya amalkan sepanjang saya menyusukan Cik Auni selama setahun. Ye saya hanya dapat susukan Cik Auni selama setahun jer. Mungkin itu sahaja rezeki cik Auni. Tak semestinya apa yang saya amalkan ni menjadi. Mungkin jadi mungkin tak> Kita usaha yang terbaik. Cuba dulu. Kalau serasi teruskan. Kalau tak cari/usaha cara lain. Banyak lagi cara yang boleh kita amalkan. Mungkin lain ibu lain caranya. Boleh bertanya diforum-forum atau grup-grup yang ada.

Banyak kelebihan yang saya dapat sepanjang saya susukan Cik Auni. Saya harap untuk anak seterusnya (ehemmmm...ehemmm....)dapat la saya menyusukan beliau sehingga 2 tahun. Mungkin ilmu saya belum cukup lagi. Insya Allah saya akan terus mencarii ilmu penyusuan ni untuk anak seterusnya!!!!!

Pic semua adalah dari en gugel...

Thursday, April 3, 2014

Pengalaman Breastfeed Cik Auni

Cik Auni dah setahun. Rasa sekejap jer kan. Masih terasa lagi saat dia menendang-nendang dalam perut mummy ni. Masih terasa lagi saat kelahirannya yang saya rasa cukup senang. Alhamdulillah saya dipermudahkan untuk melahirkan Cik Auni. Dan saya berdoa semoga sekiranya saya dikurniakan anak lagi saya akan mudah melahirkan mereka. Rindu dengan bau baby...eh...eh....

Masih terbayang lagi saat pertama kali menyusukan Cik Auni. Bersungguh dia hisap cik b saya. Masa tu baru beberapa jam. Susu memang tak keluar langsung. Tapi saya tetap bagi juga Cik Auni hisap. Cik Auni kan keluar pukul 10 mlm. Kul 12 cam tu saya dah berada kat wad. Sejam sekali dia akan menangis nak susu. Saya bagi jer dia hisap. Tak fikir dah susu ada ke tak. Tapi lepas 2 minggu bersalin pun susu tak keluar gak. Saya dah risau kalau Cik Auni kelaparan. Nurse pun tak bagi fm. Nurse kata kalau kandungan gula dalam badan dia ok maka tak perlu la dia nak bagi fm. Nasib baik tengahari tu saya dah discharge.

Baalik rumah mak berpantang & berurut pun susu still tak keluar. Selama tu memang baby saya bagi fm. Memang sedih tapi saya tak ada pilihan. Adik saya yang bersalin sama pun menghadapi masalah yang sama. Nasib la saya ada buat research gak sebelum bersalin. Cari ilmu breastfeed banyak-banyak. So ada masa terluang memang saya akan pam. Adik saya pun cam tu gak. Kami saling ingat mengingati. Lama-lama susu keluar gak. Tapi masih top up dengan fm jugak.

Lepas sebulan, malam memang saya tak bagi fm. Sebab saya tau kalauu malam susu akan lagi banyak keluar. Cumanya silap saya saya tak pam waktu malam. Kenapa??? Sebab saya pernah buat tapii tak berhasil. Bila susu start ada malam baby plak menangis-nangis. So bila baby dah tido saya pun tido jugak sebab dah penat. Malam saya sorang jer yang jaga baby so agak stress. Bila baby dah tak nangis malam itu pun macam-macam usaha saya & mak buat. Akhirnya jalan penyelesaiannya ialah baby nak melekap jer. Nak ngempeng rupanya. So memang tak de masa langsung untuk saya mengepam waktu malam. Bila saya cuba nak lepaskan baby akan nangis. Macam tu la berterusan sampai sekarang.

Saya banyak berterima kasih pada en suami yang sanggup menghadiahkan spectra3 pada saya. Saya sebenarnya tak tahu nak beli breast pump apa. Masa tu yang femes mesti la medela. Tapi tengok harga memang tak mampu la. Lepas bersalin kakak ipar bagi pinjam pureen. Officemate guna pureen, tengok dia pam ok je takde masalah so saya pun try la. Tak serasi. So en suami belikan spectra. Saya pun terkejut dia boleh pilih spectra tu padahal dia tak tahu pun pasal breast pump ni. Dah dia pergi anankku memang brand-brand yng femes je la yang ada kan. Nasib la hehehehe...

Alhamdulillah saya teruskan pam guna spectra ni sampai susu keluar. Start keje pun saya angkut spectra ni la hari-hari. HAsil yang saya dapat tak la banyak mana. PAling banyak pun 8oz jer. Saya memang tak de stock langsung & Cik Auni memang saya campur fm. Cuma kalau saya balik kerja or hari cuti jer fully bf.

Sambil-sambil saya pam saya akan cari info macam mana nak banyakkan susu. Macam-macam yang saya dapat. Saya buat semuanya. Hasilnya tetap sama. Saya tak kisah saya tetap juga pam. Tetap jugak bf Cik Auni.

Sayangnya saya hanya dapat bf dia setahun jer. Walaupun camtu ia satu pengalaman yang sangat manis bagi saya. Time ni saya rasa saya rapat sangat dengan Cik Auni. MAsa ni la saya nak tengok muka Cik Auni puas-puas. Masa ni la saya nak rasa tendangan-tendangan dia kat muka saya. Masa ni la saya dapat rasa cubitan-cubitan yang sangat sakit kat cik b saya. Masa ni la saya menjerit-jerit bila mana Cik Auni gigit cik b saya. Semua tu jadi kenangan yang paling manis bagi saya.

Saya akan rindukan semua tu. Satu pengalaman yang sangat berharga. Yang orang lain tak akan rasa kecuali bagi mereka yang bf saje.

Kenapa saya susukan Cik Auni setahun je? Tak ambik supplement ke? Yang tu nanti saya cerita kan entry lain yer...


Wednesday, March 5, 2014

Luahan hati

Sedih sangat hati ni. Selama setahun, bermacam-macam cara saya buat...bermacam-macam petua saya amalkan tapi saya terpaksa jugak lepaskan. Saya kena redha. Mungkin ada hikmahnya. Mungkin setakat ini jer rezekinya...Ya Allah...kuatkan hati saya. Saya sedih sangat ni. Tapi saya tak boleh buat apa-apa.

Saya pasti rindukan segala kenangan bersamanya. Segala-galanya. Mungkin bagi sesetengah orang perkara biasa. Tapi tidak bagi saya. Berat sangat rasanya nak lepaskan. Setelah setahun saya dengan berat hatinya terpaksa merelakan Cik Auni untuk fully fm. Niat saya untuk bf Cik Auni selama 2 tahun tidak kesampaian. Setiap perahan semakin sikit. Cik b pun makin sakit setiap kali saya pam.

Rasa sangat bersalah pada CIk Auni sebab tak dapat berikan yang terbaik untuknya. Terasa saya bukan mak yang baik. Sedihnya ya Allah. Berjujuran air mata ni saat menaip entry ni. Nak sangat bf Cik Auni sampai dia 2 tahun tapi saya tak mampu nak lakukan. SAya tak terdaya. Maafkan mummyy sayang.....

Sunday, July 7, 2013

Jeles!!!

Apa yang saya jeleskan???? Jeles kat mommies kat luar sana yang BF baby mereka pastu boleh wat stok ebm banyak-banyak. Mula la terfikir camne la dorang boleh buat stok camtu punya banyak kan. Siap beli deep frezer lagi.

Saya ni...alahai sedih sangat. Macam-macam dah saya buat. Makan supplement la...ikut petua orang tua2 la...teknik pengepam pun saya dah ubah tapi still tak boleh wat stok. Saya pam arini esok dah habis. Siap kena top up ngan susu formula lagi. Sian baby saya. Mummy dah cuba yang terbaik untuk sayang...

Camne pun saya akan cuba jugak untuk memberi yang terbaik buat baby saya. Biarlah walaupun setitik susu yang keluar tetap saya akan bagi padanya. Nampaknya saya kena berusaha dengan lebih lagi. Doa banyak-banyak then baru tawakal. Jika dah ditakdirkan begitu & sebanyak itu sahaja susu saya maka saya redha. Sekurang-kurangnya saya dah pun buat yang terbaik buat anak saya.

Actually setiap kali saya baca blog mama2 yg bf ni kadang-kadang memberi semangat pada saya. Kadang-kadang saya rasa down sangat. Kenapa saya tak boleh buat sebagaimana mereka...itu yang menjadikan saya sedih. Tapi cepat-cepat saya buang perasaan tu sebab saya tau kalau saya sedih camne susu saya nak kuar kan....

Mulai sekarang saya kena lebih positif!!!!! Chayok mummy!!!!

Wednesday, July 3, 2013

Bekas Air Baru

Yea saya ada bekas air baru. Ada yang baru yang lama jangan dilupakan tau! Tidak, saya masih menggunakan bekas air lama. Yang lama tetap menjadi pojaaan hatikuuuu....
Ye inilah bekas air lama saya. Dari saya kat Shah Alam kot. Sangat berjasa pada tuannyer. Bekas air ni berkapasiti 1000ml. Sekarang ni saya kena menambah pengambilan air dalam tubuh saya iaitu sebanyak 2-3liter setiap hari. memandangkan di rumah adalah sangat malas untuk minum air sebab dapur jauh sangat (alasan xboleh diterima langsung) maka saya menggantikannya di waktu bekerja. 

Memperkenalkan bekas air baru saya yang berkapasiti 2000ml. Minum la sampai kembung yer...
Actually lama dah cari bekas air yang 2000ml ni. Senang sikit tak payah saya ulang alik nak isi air. So pepagi sesampai je saya di opis saya akan mengisi kedua-dua bekas air ini. Sebab saya kan pemalas. So bila dua-dua saya dah isi saya akan pastikan saya habiskan kedua-duanya sebelum balik kerja. Kalau dulu sebelum lunch jer saya kena ambik air lagi. Kadang-kadang terlupa so bila dah lupa maka saya tak minum air la. Saya ni kalau ada depan mata baru nak minum. Kalau tak de memang susah la saya nk minum kan. sebab tu kat rumah mesti ada sebotol air dalam bilik. Padahal dapur tu bukannyer jauh sangat. Punya la malas nak pergi dapur minum air. Dasar sangat kan....

So sekarang saya dah ada 2bekas air. BF ni memang haus kan. Lagi-lagi lepas mengepam kan...kadang-kadang masa mengepam tu pun rasa haus. So kawan-kawan marilah kita minum air untuk kecantikkan (tetiba lari topik kan) tapi tetap pasal air kan...boleh la....